_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
 
   

 

   
  Bersalin di rumah kembali popular
   
   
 

Bersalin di rumah kembali popular

JIKA anda seperti kebanyakan wanita lain, sakit bersalin sudah tentu menjadi antara kebimbangan biasa yang perlu ditempuhi sebelum mendapat anak.

Anda mungkin pernah mendengar ibu-ibu bercerita pengalaman mereka bersalin. Tentang betapa sukar dan sakitnya untuk melahirkan seorang manusia ke dunia ini.

Masakan tidak. Bayangkan tatkala tiba saat hendak bersalin, kepala bayi perlu diteran keluar melalui faraj ibunya yang mengembang pada diameter maksimum, kira-kira 10 sentimeter sahaja.

Itu belum lagi kemungkinan bayi terlalu besar di mana doktor mungkin terpaksa melakukan hirisan di sekitar bukaan faraj bagi memudahkan bersalin serta mengelakkan koyakan lebih teruk.

Gambaran ini seolah-olah memberikan impresi kepada kita bahawa selepas ini, tiada seorang wanita pun yang akan melahirkan anak secara semula jadi lagi.

Kalau ada pun yang sanggup melalui proses bersalin secara biasa seperti nenek moyang kita zaman dahulu, sesetengah orang mungkin berfikiran, "tentu ada yang tidak kena dengan dia.''

Berdasarkan kajian tentang tahap keterukan kesakitan, sakit wanita bersalin dikenal pasti sebagai sakit nombor satu dalam banyak-banyak kesakitan, selepas sakit terbakar teruk dan amputasi.

Sebenarnya, apa yang mungkin anda tidak tahu, di sebalik pelbagai bantuan ubat-ubatan pelalian atau pembedahan caesarean bagi mengurangkan kesakitan, bersalin secara semula jadi kembali meraih popularitinya.

Kebanyakan ibu bapa kini menyedari akan faedahnya kepada si ibu, terutama sekali manfaatnya kepada si anak, jika dibandingkan dengan kesan sampingan ubat-ubatan yang sering digunakan semasa kelahiran.

Bagi Pengarah Eksekutif, Taman Pendidikan Raihan, Zuhairah Ali, beliau pantas mengatakan `tidak' jika ditawarkan beranak menggunakan bius penahan sakit.

Di sebalik lembut tutur katanya, beliau sudah empat kali bersabung nyawa melahirkan empat orang heronya secara normal, tanpa bantuan ubat-ubatan penahan sakit.

Hasil bibit cinta yang disemai Zuhairah bersama suami, Zainal Kassim, mereka dikurniakan dengan Za'em Ariff, 18, Amer kamil, 15, Ahmad Imran, 11, dan Ismael Ali, 8.

Lebih istimewa, dengan sokongan padu suami, anak ketiga dan bongsunya dilahirkan di rumah.

"Berdasarkan banyak pembacaan saya, teknik kelahiran normal rata-ratanya tidak begitu invasif seperti jika menggunakan bantuan dadah (ubat-ubatan).

"Justeru, bersalin secara biasa juga meninggalkan kesan sampingan mahupun risiko yang lebih sedikit, terutamanya kepada bayi,'' katanya.

Menurutnya, bayi yang berada di bawah pengaruh ubat-ubatan tidak mendapat pengalaman pertama yang sepenuhnya di luar rahim berbanding yang dilahirkan secara normal.

"Saya juga berasa lebih yakin apabila bayi diqamatkan oleh suami. Bayi berada dalam keadaan `sedar' sepenuhnya,'' kata Zuhairah yang memilih bersalin cara bercangkung di atas kerusi bentuk U.

Teknik itu, katanya, memudahkan bayi keluar kerana ia tidak perlu melawan graviti seperti bersalin cara berbaring.

Ditanya tentang kesihatan anak-anaknya yang mungkin lebih baik berbanding mereka yang dilahirkan dengan bantuan, Zuhairah bagaimanapun berkata, ia banyak bergantung kepada pakej.

"Alhamdulillah, anak-anak saya sihat tetapi dalam masa yang sama, saya suka juga mengingatkan bahawa, proses membesarkan anak-anak bukan hanya semasa kelahiran.

"Ia bermula dari dalam kandungan lagi, bagaimana ibu menjaga makanan misalnya, kemudian semasa bersalin dan menyusukan bayi.

"Kalau boleh, peringkat umur sehingga enam tahun, jangan ajar dan manjakan anak dengan memakan makanan ringan atau segera. Ia perlulah dikawal,'' katanya panjang lebar.

Menyentuh mengenai penyusuan bayi, Zuhairah memberitahu, dia mendapat banyak manfaat daripada menyusukan anaknya secara eksklusif selama dua tahun.

Yang paling disenanginya adalah rasa ikatan yang rapat di antaranya dengan anak-anak, faedah kesihatan anak-anak yang baik, mengecutkan rahimnya dan bentuk badan yang sederhana, tidak terlalu gemuk atau kurus.

Di samping itu, kata Zuhairah, bersalin di rumah baginya adalah jauh lebih selesa, dengan kehadiran suami dan keluarga selalu menemaninya di sisi dan memberikan sokongan.

Beliau turut mengimbas kembali pengalaman pertamanya melahirkan anak (ketiga) di rumah.

"Mudah, sebab masa tu saya baru lepas berendam dalam tab mandi, sebahagian tip yang boleh diamalkan untuk mengurangkan rasa sakit bersalin,'' cerita beliau.

Bagi mengurangkan rasa sakit, Zuhairah membanyakkan selawat dan melakukan teknik pernafasan semasa hamil. Beliau juga bergerak aktif seperti berjalan kaki ke sana dan ke mari.

Untuk bersalin di rumah, katanya, seseorang ibu itu perlu membuat persediaan seperti memilih dan bekerjasama rapat dengan doktor dan bidan berpengalaman.

Persediaan-persediaan lain yang diperlukan sebagai back up termasuklah kemudahan ambulans dan bekalan oksigen.

"Bila rasa sakit, baru panggil bidan. Doktor biasanya tidak akan ikut serta semasa proses bersalin di rumah,'' katanya.

Zuhairah turut menurunkan beberapa petua bagi mengurangkan rasa sakit bersalin secara biasa seperti membayangkan bahawa si bayi mengalami tekanan yang lebih berbanding diri sendiri.

"Berkatalah pada diri sendiri yang proses itu akan berakhir tidak lama lagi.

"Kalau boleh, jangan duduk sahaja semasa sakit. Dengan banyak berjalan, graviti akan membantu `menurunkan' si bayi dan mengurangkan kesakitan,'' katanya.

   
 
   
 
Lompat ke bahagian atas dokumen...
   
   
   
 
 

_

 
   
     
 

 
     
 
  Produk Paling Istimewa
 

 

 

 

 

 

Salindah

Set penjagaan ibu mengandung hingga habis pantang

- - -
 

Examo

Sesuai untuk semua peringkat umur

-

-

-

 

Ekonopack Phos-X

Khusus untuk lelaki. Kehebatan memang teruji.

-

-

-

 

Ekonopack Griptite

Khusus untuk wanita. Kehebatan memang teruji.

 

-

-

-

 

Diafood

Kawalan kencing manis ibu mengandung

-

-

-

 

Asmakur Cecair

Merawat batuk, asma, semput, radang bronkos dan melegakan pernafasan.

-

-

-

 

Nomo Fet

Untuk mengatasi kegemukan.

-

-

-

 

Maila

Kaedah alternatif untuk merancang kehamilan.

-

-

-

 

Nikotinex

Katakan "Tak Nak Merokok!"

     
     
 

NOTA: Semua ilustrasi produk yang ditunjukkan tidak mengikut skala & pembungkusan mungkin berubah dari masa ke masa.

_

_

 

 

 

 

 
 
     
   
     
 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com