_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
 
   

 

   
  Macam-macam Kisah Wanita Bersalin
   
   

 

Penumpang bersalin dalam bas ekspres ke Alor Star

 

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Seorang wanita bersalin di dalam bas ekspres ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Alor Star, dekat Plaza Tol Jalan Duta di Kilometer 27.9, Lebuh Raya Utara-Selatan, malam tadi.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 11.30 malam sewaktu wanita berkenaan, Hamidah Abdul Hamid, 46, yang berhajat bersalin di kampungnya di Alor Star, tiba-tiba mengadu kesakitan kepada pemandu bas ekspres Jelita Transtour yang dinaikinya.

Melihat kepada keadaan Hamidah yang tiba-tiba mengerang kesakitan kerana hendak bersalin, pemandu tersebut kemudian bertindak memberhentikan bas di tepi lebuh raya.

Bagaimanapun, sebelum pemandu sempat memberhentikan bas tersebut, Hamidah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Dengan bantuan pemandu dan penumpang bas, Hamidah kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) menggunakan ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) untuk pemotongan tali pusat dan pemeriksaan lanjut.

Bayi lelakinya itu kini berada dalam keadaan sihat.

Sementara itu, Hamidah yang ditemui pemberita di Wad Bersalin 1A, HKL berkata, beliau tidak menyangka akan bersalin di dalam bas berkenaan kerana belum lagi tiba tempoh sebenar untuk bersalin.

"Tarikh sebenar yang dijangkakan ialah pada 16 Disember ini,'' katanya.

Menceritakan kembali kejadian tersebut, beliau berkata, ketika menaiki bas berkenaan di Hentian Puduraya pada pukul 11 malam, tiada sebarang tanda-tanda kesakitan.

"Bagaimanapun, selepas bas bertolak dan melepasi Plaza Tol Jalan Duta, saya terus diserang kesakitan,'' jelasnya yang ditemani oleh anak lelakinya berusia 13 tahun.

"Namun, saya agak bernasib baik kerana mempunyai pengalaman melahirkan lima orang anak sebelum ini.

"Walau apa pun, saya tetap bersyukur kerana melahirkan bayi ini,'' katanya.

Bayi lelaki yang beratnya kira-kira 3.35 kilogram itu telah diberi nama Mohd. Qalzal Amin.

   
 

Sumber:Utusan Malaysia, 06/12/2003

   
 
   
 
Lompat ke bahagian atas dokumen...
   
   
   
 
 

_

 
   
     
 

 
     
 
  Produk Paling Istimewa
 

 

 

 

 

 

Salindah

Set penjagaan ibu mengandung hingga habis pantang

- - -
 

Examo

Sesuai untuk semua peringkat umur

-

-

-

 

Ekonopack Phos-X

Khusus untuk lelaki. Kehebatan memang teruji.

-

-

-

 

Ekonopack Griptite

Khusus untuk wanita. Kehebatan memang teruji.

 

-

-

-

 

Diafood

Kawalan kencing manis ibu mengandung

-

-

-

 

Asmakur Cecair

Merawat batuk, asma, semput, radang bronkos dan melegakan pernafasan.

-

-

-

 

Nomo Fet

Untuk mengatasi kegemukan.

-

-

-

 

Maila

Kaedah alternatif untuk merancang kehamilan.

-

-

-

 

Nikotinex

Katakan "Tak Nak Merokok!"

     
     
 

NOTA: Semua ilustrasi produk yang ditunjukkan tidak mengikut skala & pembungkusan mungkin berubah dari masa ke masa.

_

_

 

 

 

 

 
 
     
   
     
 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com