_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
 
   

 

   
  Macam-macam Kisah Wanita Bersalin
   
   

 

Wanita bersalin dalam kereta akibat kesesakan

 

KALSUM Mat Sharif menyambut bayi yang dilahirkan di dalam kereta oleh Radiah Alias di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, semalam.

 

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Seorang wanita terpaksa bersalin di dalam kereta ekoran terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), petang ini.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 1.10 petang sewaktu kereta yang dipandu oleh kakak angkat wanita tersebut, Kalsum Mat Sharif, 47, terpaksa berhenti di tepi Jalan Kuching kerana Radiah Alias, 33, mengerang kesakitan kerana hendak bersalin.

Kedua-dua hala jalan tersebut ketika itu mengalami kesesakan teruk kerana banyak kenderaan menghala ke ibu negara sempena cuti umum keputeraan Sultan Selangor.

Melihat kepada keadaan Radiah yang terus mengerang kesakitan, Kalsum cuba meminta bantuan orang ramai tetapi tiada siapa yang membantu.

Kalsum kemudian memasuki semula ke dalam keretanya bagi membantu Radiah bersalin yang ketika itu kepala bayi sudah hampir keluar.

Bayi yang disambut oleh Kalsum dilahirkan pada kira-kira pukul 1.30 petang iaitu kira-kira 20 minit selepas berhenti di tepi jalan tersebut.

Setelah berjaya membantu `membidankan' Radiah sehingga selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.5 kilogram, Kalsum keluar semula dari keretanya untuk memohon bantuan orang ramai tetapi tiada siapa yang membantu.

Bagaimanapun, setelah hampir setengah jam tampil seorang pemandu yang dikenali sebagai `Ibrahim' menghulurkan bantuan dengan menghubungi ambulans.

Radiah bersama bayinya dihantar ke HKL dengan ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) untuk pemotongan tali pusat dan pemeriksaan lanjut.

Radiah tinggal di Kampung Lawa, Jalan Kuching di sini. Bayi lelakinya itu kini berada dalam keadaan sihat.

Sementara itu, Kalsum ketika dihubungi memberitahu, beliau terkilan kerana tidak seorang pun yang melalui jalan tersebut berhenti ketika beliau memohon pertolongan.

``Saya sedih. Dalam keadaan tangan saya masih berlumuran dengan darah bayi, lambaian saya tidak diendahkan oleh orang ramai.

``Bagaimanapun, akhirnya seorang hamba Allah berhenti dan menolong memayungkan bayi yang baru dilahirkan dan menelefon ambulans,'' katanya.

Menurut beliau, selepas ambulans tiba, bayi dan ibunya terus dibawa ke HKL.

``Walaupun apa pun, saya bersyukur bayi itu dan ibunya selamat,'' kata Kalsum.

   
 

Sumber:Utusan Malaysia, 17/12/2002

   
 
   
 
Lompat ke bahagian atas dokumen...
   
   
   
 
 

_

 
   
     
 

 
     
 
  Produk Paling Istimewa
 

 

 

 

 

 

Salindah

Set penjagaan ibu mengandung hingga habis pantang

- - -
 

Examo

Sesuai untuk semua peringkat umur

-

-

-

 

Ekonopack Phos-X

Khusus untuk lelaki. Kehebatan memang teruji.

-

-

-

 

Ekonopack Griptite

Khusus untuk wanita. Kehebatan memang teruji.

 

-

-

-

 

Diafood

Kawalan kencing manis ibu mengandung

-

-

-

 

Asmakur Cecair

Merawat batuk, asma, semput, radang bronkos dan melegakan pernafasan.

-

-

-

 

Nomo Fet

Untuk mengatasi kegemukan.

-

-

-

 

Maila

Kaedah alternatif untuk merancang kehamilan.

-

-

-

 

Nikotinex

Katakan "Tak Nak Merokok!"

     
     
 

NOTA: Semua ilustrasi produk yang ditunjukkan tidak mengikut skala & pembungkusan mungkin berubah dari masa ke masa.

_

_

 

 

 

 

 
 
     
   
     
 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com