_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
 
   

 

   
  Macam-macam Kisah Wanita Bersalin
   
   

 

Ibu terkejut anak bersalin dalam teksi

 

Ketika menjenguk seorang saudara di salah sebuah hospital di selatan tanah air baru-baru ini, saya menyaksikan satu adegan menyayat hati membabitkan seorang gadis dan ibu bapanya.

Begini kisahnya, ketika menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), L bekerja di sebuah restoran berhampiran tempat tinggalnya. Tujuan L untuk mengumpul wang buat belanja ke Pusat pengajian tinggi (IPT) jika dia berjaya memperoleh keputusan baik. Jarak perjalanan dari rumah ke restoran tersebut cuma 10 minit.

Satu hari, semasa dalam perjalanan pulang lebih kurang pukul 6 petang, sebuah kereta berhenti bertanyakan arah jalan. L dengan ikhlas cuba membantu, malangnya dia diseret ke dalam kereta dan dirogol di satu kawasan sunyi.

L Kemudian ditinggalkan di tepi jalan - menjelang 9 malam baru dia sampai ke rumah dalam keadaan letih lesu. Ditanya oleh ibunya, L katakan kerja banyak di restoran untuk dibereskan.

Semalaman L menangis mengenangkan nasibnya - seluruh badan terasa sakit hendak diceritakan kepada ibu bapa takut dimarah, daripada mereka malu, L nekad merahsiakan perkara itu.

Hari berganti, minggu bertukar, bulan berlalu, L mula merasakan perubahan dirinya. Dia tahu kini dia telah berbadan dua kerana haidnya sudah berbulan-bulan tidak datang.

Satu pagi, L tiba-tiba sakit perut yang amat sangat. Melalui pembacaan dia tahu saat hendak bersalin sudah sampai. Bertubi-tubi pertanyaan menerpa. Kesakitan semakin kuat. Jeritan L yang mengerikan memaksa ibunya menerpa ke dalam bilik.

"Kenapa ni.... kamu ni sakit perut lain macam sahaja,'' jerit ibunya risau. Hati si ibu mula berkata-kata.

Dalam perjalanan dengan teksi ke hospital,si ibu sedar darah mula keluar melalui kaki anaknya...

"Ya Allah... apa ni.. apa jadi dengan kamu ni, sakit perut atau hendak bersalin...'' si ibu mula meracau dengan suara terketar-ketar. Air matanya mula bertakung.

Teksi diberhentikan di tepi jalan - sah L, sedang bergelut dengan maut untuk melahirkan anak. Tetapi siapa ayahnya?

Dalam kemarahan yang meluap-luap L dimaki hamun, dicaci dan mukanya di tempeleng berulang kali oleh ibu bapanya, sedang anak dalam kandungan mula memberontak untuk keluar.

Tanpa jawapan, tanpa sebarang tangisan, L akhirnya melahirkan bayi tanpa ayah itu dengan selamat di dalam teksi.....disambut oleh maki hamun dan esak tangis ibunya yang menjadi histeria dengan apa yang berlaku.

Mujur pemandu teksi yang juga jiran sekampung bertindak bijak, "Biar apa yang berlaku, bawa budak ini ke hospital dulu..nanti kita selesai kemudian..'' katanya.

Sebaik sampai di hospital, jururawat bergegas mengambil si bayi dan ibu untuk pemeriksaan. Kedua-dua ibu dan anak selamat. Namun ibu bapa L tetap tidak dapat menerima hakikat anaknya bersalin tanpa suami.

"Cakaplah siapa punya kerja.... siapa?'' jerit bapanya.

Dalam kesakitan yang masih terasa, L menceritakan segala-gala yang berlaku...Kali ini air mata yang sekian lama ditahan-tahan akhirnya melimpah ruah bagaikan empangan pecah.

"Katakan apa sahaja ayah, mak, demi Allah, apa yang saya cerita semuanya benar, bukan dibuat-buat. Saya tidak melakukan maksiat dengan sesiapa pun..demi Allah,'' ulang L berkali-kali.

Saya yang secara kebetulan berada di situ, merasa amat sedih dan sayu melihat keadaan L diperlakukan demikian oleh ibu bapanya di hadapan orang ramai. Apa yang berlaku bukan kehendaknya. Menyalahkan ibu bapanya juga tidak patut. Saya dapat bayangkan bagaimana perasaan mereka, malu, sedih dan macam-macam lagi.

Paling menyentuh hati, melihat wajah bayi yang dilahirkan L, seorang perempuan, bermata bulat, kulit kemerah-merahan dan sesekali mengangkat-angkat jari-jarinya seperti memanggil seseorang. Bagaimana nasib anak comel itu nanti?

Ketika catatan ini saya tulis, L masih dalam pantang, kasihan dia..dalam saat kawan-kawan semua bersiap sedia untuk ke IPT, dia terpaksa menempuh dugaan paling hebat dalam hidupnya.

Saya terbayang pada wajah L di hospital tempoh hari, terasa sayu dan sebak mengenangkan bagaimana wajah yang cantik dengan mata yang redup itu memandang bayi yang baru dilahirkannya tanpa setetes pun air mata yang mengalir. Jauh di sudut hati, siapa pun tidak tahu perasaannya. Saya mendoakan agar L tabah menghadapi segala dugaan.

Apa yang saya saksikan bukan drama dalam televisyen tetapi kenyataan yang berlaku di depan mata akibat perbuatan tidak berhati perut seorang lelaki.

Kepada lelaki bertopengkan manusia itu, jangan ingat anda telah terlepas, di dunia mungkin selamat, di akhirat masih ada hukuman yang menanti. Ingat, setinggi-tinggi tupai melompat, satu hari akan ke tanah juga. - Normala Hamzah.

   
 

Sumber:Utusan Malaysia, 29/05/2004

   
 
   
 
Lompat ke bahagian atas dokumen...
   
   
   
 
 

_

 
   
     
 

 
     
 
  Produk Paling Istimewa
 

 

 

 

 

 

Salindah

Set penjagaan ibu mengandung hingga habis pantang

- - -
 

Examo

Sesuai untuk semua peringkat umur

-

-

-

 

Ekonopack Phos-X

Khusus untuk lelaki. Kehebatan memang teruji.

-

-

-

 

Ekonopack Griptite

Khusus untuk wanita. Kehebatan memang teruji.

 

-

-

-

 

Diafood

Kawalan kencing manis ibu mengandung

-

-

-

 

Asmakur Cecair

Merawat batuk, asma, semput, radang bronkos dan melegakan pernafasan.

-

-

-

 

Nomo Fet

Untuk mengatasi kegemukan.

-

-

-

 

Maila

Kaedah alternatif untuk merancang kehamilan.

-

-

-

 

Nikotinex

Katakan "Tak Nak Merokok!"

     
     
 

NOTA: Semua ilustrasi produk yang ditunjukkan tidak mengikut skala & pembungkusan mungkin berubah dari masa ke masa.

_

_

 

 

 

 

 
 
     
   
     
 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com