_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
 
   

 

   
  Macam-macam Kisah Wanita Bersalin
   
   

 

Wang bersalin dalam air

 

COMEL: Wang mencium bayinya yang selamat dilahirkan
menggunakan kaedah bersalin dalam air di Hospital Island.



Ibu Malaysia pertama guna kaedah baru diperkenal elak kesakitan

GEORGETOWN: Seorang wanita selamat melahirkan anak lelaki dalam air, kaedah yang baru diperkenalkan di Malaysia di sebuah hospital swasta di sini, kelmarin.

Wang Chiew Kian, 40, yang melahirkan anak yang sempurna sifatnya seberat 3.64 kilogram tanpa sebarang komplikasi, dipercayai wanita pertama yang melahirkan bayi dengan kaedah itu di negara ini.

Anak keempat Wang dilahirkan pada jam 5.20 petang dalam sebuah tangki air dengan dibantu sepasukan pakar perubatan Hospital Island, diketuai Pakar Perunding Sakit Puan hospital itu, Dr Narinder Singh Shadan.

Turut memberi sokongan kepada Wang yang mula dimasukkan ke dalam tangki air kira-kira jam 4.30 petang ialah suaminya, Goh Beng Huat, 37, seorang subkontraktor.

Kaedah melahirkan anak dalam air masih baru di Malaysia walaupun sudah lama digunakan di luar negara, khususnya Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

Kaedah itu adalah satu proses normal yang memerlukan ibu berada di dalam air beberapa jam sebelum tiba waktu kelahiran.

Wang ketika ditemui kira-kira setengah jam selepas melahirkan anak yang masih belum diberi nama, berkata dia memilih kaedah itu bagi mengurangkan kesakitan bersalin.

Beliau yang keletihan selepas kira-kira sejam berada dalam tangki air, tersenyum puas apabila melihat bayinya sihat dan comel.

"Sebelum ini, saya menanggung kesakitan ketika melahirkan anak. Tetapi, dengan menggunakan kaedah ini, ia mengurangkan kesakitan," katanya yang mendapat sokongan penuh daripada suami.

Dr Narinder berkata, pihaknya terpaksa menggunakan tangki air kerana hospital itu belum memiliki kemudahan yang lengkap bagi mengendalikan kaedah kelahiran dalam air.

Tangki diisi air hingga paras perut pada suhu 37 darjah celsius iaitu suhu badan. Kedudukan pesakit dalam tangki air sebelum melahirkan anak bergantung kepada keselesaan.

“Apa yang pasti, kaedah ini dapat mengekalkan emosi seorang ibu yang cemas hingga menjadi begitu tenang," katanya sambil menambah dalam kes Wang pihaknya memasang lagu berentak sentimental.

Beliau berkata, kaedah melahirkan bayi dalam air memerlukan pasangan yang bermotivasi, sokongan daripada keluarga, selain menggunakan khidmat pakar.

"Kaedah ini sangat baik kerana pesakit tidak diberikan sebarang ubat dan tiada sebarang gangguan.

"Tugas saya hanya perlu memeriksa tekanan jantung dan melihat skrin yang menunjukkan bila pesakit akan melahirkan anak. Saya tidak perlu memegang pesakit kecuali jika keadaan memerlukan.

"Kaedah ini juga mengurangkan trauma kepada ibu di saat melahirkan bayi serta mampu memberi satu persekitaran yang baru kepada bayi berkenaan," katanya.

   
 

Sumber:Berita Harian, 16/02/2008

   
 
   
 
Lompat ke bahagian atas dokumen...
   
   
   
 
 

_

 
   
     
 

 
     
 
  Produk Paling Istimewa
 

 

 

 

 

 

Salindah

Set penjagaan ibu mengandung hingga habis pantang

- - -
 

Examo

Sesuai untuk semua peringkat umur

-

-

-

 

Ekonopack Phos-X

Khusus untuk lelaki. Kehebatan memang teruji.

-

-

-

 

Ekonopack Griptite

Khusus untuk wanita. Kehebatan memang teruji.

 

-

-

-

 

Diafood

Kawalan kencing manis ibu mengandung

-

-

-

 

Asmakur Cecair

Merawat batuk, asma, semput, radang bronkos dan melegakan pernafasan.

-

-

-

 

Nomo Fet

Untuk mengatasi kegemukan.

-

-

-

 

Maila

Kaedah alternatif untuk merancang kehamilan.

-

-

-

 

Nikotinex

Katakan "Tak Nak Merokok!"

     
     
 

NOTA: Semua ilustrasi produk yang ditunjukkan tidak mengikut skala & pembungkusan mungkin berubah dari masa ke masa.

_

_

 

 

 

 

 
 
     
   
     
 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com