_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
 
   

 

   
  BACAAN IBU HAMIL
  Cadangan bacaan untuk ibu hamil / mengandung
   

 

 

 

 

Soal Jawab Bakal Ibu

Ariza Mohamed,
PTS Millennia Sdn Bhd

ISBN: ISBN 983-3372-23-6
Barcode: 1234567890
Jumlah Halaman: 207 halaman

 

 

 

 

Sinopsis


Buku yang membantu bakal ibu dan pasangan memahami kehamilan.

Menghadapi saat-saat kelahiran anak sesuatu yang mendebarkan biarpun mungkin sedang menanti kelahiran anak kesepuluh. Setiap orang berbeza pengalaman, berbeza masalah dan berbeza debarannya. Memang Tuhan menjadikan setiap anak adalah unik.

Oleh itu, biarpun bukan merupakan ibu dengan pengalaman pertama, nasihat dan petunjuk sentiasa diharapkan dan dialu-alukan.

Di dalam buku ini, persoalan-persoalan yang bermain di fikiran ibu-ibu, sama ada pertama kali ataupun yang sudah berpengalaman disusun sedemikian supaya dapat dimanfaatkan oleh semua. Buku ini menjawab persoalan-persoalan dengan jawapan-jawapan ringkas dan mudah difahami. Ia adalah himpunan soalan-soalan yang biasa saya terima dalam menghadapi ibu-ibu mengandung dalam praktis saya.

Para suami juga digalakkan turut sama membaca buku ini supaya sama-sama merasakan pengalaman dan debaran yang dihadapi oleh isteri. Di akhir perjalanan ini menjadi harapan semua supaya kedua-dua ibu dan bayi selamat dan sihat. Ibu dapat bersalin tanpa komplikasi, mudah dan tenang. Bayi yang dilahirkan selamat, sihat dan comel.

Semuanya bermula dari titik pertama kita melangkah. Apabila semua persediaan sudah kita lakukan, maka doa dan tawakal kepada Tuhan adalah tumpuan harapan kita. Selamat berjaya kepada semua bakal-bakal ibu.

 

[ Isi kandungan ]

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Kehamilan

Fauziah Mohd Hassan,
PTS Millennia Sdn Bhd

ISBN: ISBN 983-3372-66-X
Barcode: 9789833372669
Jumlah Halaman: 184 halaman


 

 

 

 

Sinopsis

Sesuai dibaca oleh bakal ibu dan individu yang mahu mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan kehamilan.

Buku yang menjawab persoalan berkaitan dengan kehamilan yang kerap ditanya. Ia juga menyentuh persoalan berkenaan penyusuan dan payu dara. Dibuat dalam bentuk soal jawab supaya lebih fokus dan ditulis dalam bahasa yang mudah difahami.

     
 
   
   
 

 

Ensiklopedia Perbidanan Melayu
Anisah Barakbah
Nona Roguy / Utusan Publications & Distributions
Genre : Kesihatan
Mukasurat : 343 halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9676119512
(Kulit Tebal)

     
 

Sinopsis

Masyarakat Melayu mengamalkan praktis perbidanan yang sistematik, diwarisi turun-temurun, ratusan malah ribuan tahun lalu. Buku ini ialah rujukan komprehensif yang memaparkan kaedah perawatan dan penjagaan ibu sejak awal kehamilan sehinggalah tamat pantang bersalin. Turut dibincangkan ialah kaedah perawatan dan penjagaan bayi yang baru dilahirkan, serta aspek ketidaksuburan dan keguguran.

Telusuri sejarah, adat dan pantang larang, petua, masalah dan penyakit, langkah pencegahan, atur cara rawatan, doa dan wirid, serta resipi ubatan dan makanan, yang dilengkapi ratusan gambar foto dan ilustrasi berwarna-warni.

Singkapi falsafah kesihatan wanita Melayu dan formula pulang pulih sediakala, hikmat keanggunan para ibu mengatasi perawan.

[ Isi kandungan ]

   
 
 
   
 

 

Amalan Ibu Mengandung Menurut Al-Quran, As-Sunnah & Pengalaman
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 983-4244-86-X
Harga : RM 19.90

 

     

 

Sinopsis

 

 

1.
 

Panduan untuk ibu-ibu sedang mengandung,suri rumah, bakal pengantin, pengantin baru, pengantin veteran dan remaja yang bakal menempuh alam kedewasaan

2.
 

Teks dipermudahkan dalam bentuk byline, flashers,nota ringkas, sub-tajuk, quotation dan kisah

3.

Gambar foto yang realistik memberi gambaran bahawa kehamilan adalah sesuatu yang biasa dan mudah dilalui

4.

Ilustrasi yang menarik, humorous dan merehatkan pembacaan anda

5.

Gambarajah, carta, grafik, hiasan dan jadual menerangkan langkah yang lebih mudah difahami dan senang diingat

6.

Ayat al-Quran, hadis dan doa yang amat berguna untuk hafalan dan rujukan

7.

104 muka surat penuh warna-warni yang menarik

   
 
 
   
 

 

Penyelesaian Masalah Kehamilan
Penulis: Drs. Dini Kasdu, M.Kes; Mayaslinda Mahayuddin
ISBN: 9831974964
harga: RM 25.90

 

 

 

 

 

Menangani Masalah Persalinan
Penulis: Dra. Dini Kasdu, M Kes; Nor Hazreen Hamzah
ISBN: 9831975006
Harga: RM 22.90

 

 

 

 

 

Persediaan Menghadapi Detik Kelahiran
Penulis: Dr.Judi Hanuadi Endjun,SpOG; Idayu Mohd Anis; Mazl
ISBN: 9831974956
Harga: RM 15.90

 

 

 

 

Menangani Kesakitan Semasa Melahirkan Secara Normal
Penulis:  Name Bonny Duatmaja; Mila Meiliasari; Noraida Hj. Ilias
ISBN: 9831975081
Harga: RM 34.90

 

 

 

 

 

40 Hari Selepas Melahirkan, Masalah dan Penyelesaiannya
Penulis: Name Bonny Danuatmoja Mila Maliasari; Noraida Haji Ilia
ISBN: 9831975014
Harga: RM 44.90

 

   
 
   
 
   
   
 

* EdaranSalindah tidak menjual buku-buku ini.

  Dapatkannya terus dari kedai-kedai buku utama berhampiran anda.

   
   
   
   
 
 

_

 
 

Amalan Ibu Mengandung

Bacaan Al-Quran Online

 
     
     
   

* Muhammad Fadhli syok membaca...

_
 
  Ada buku informatif ?
 
_

Anda mempunyai maklumat berkaitan buku-buku menarik & informatif untuk disenaraikan di sini?

_

Emailkannya kepada:

agar dapat dikongsikan bersama bakal ibu.

_
_

 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com