Perokok di Malaysia belanja RM15 juta sehariSinar Harian Online, 21-11-2007Sejumlah tiga juta perokok di negara ini membelanjakan RM15 juta sehari bagi mengekalkan tabiat itu, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon.
Beliau berkata, perbelanjaan itu kian meningkat kerana semakin ramai remaja ketagihan rokok.
Mengikut kajian Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, jumlah perokok di Malaysia dijangka meningkat kepada 3.8 juta pada 2015 dan lebih empat juta menjelang 2020, katanya ketika mempromosikan talian khas ‘Berhenti Merokok’ di sini, semalam.
Lee berkata, kajian itu juga mendapati satu daripada dua lelaki berumur 25 hingga 64 tahun di negara ini adalah perokok.
“Sejumlah 274,000 perokok adalah wanita,” katanya.
Talian maklumat khas itu yang dilancarkan awal tahun ini dengan menggunakan nombor 03-88834400 bertujuan memberi bimbingan percuma kepada mereka yang ingin berhenti merokok.
Pada sidang akhbar selepas itu, Lee meminta semua pengusaha restoran menguatkuasakan sepenuhnya zon larangan merokok di premis masing-masing.
Katanya, pada masa ini masih terdapat pengusaha restoran yang menyediakan kawasan khas merokok bagi menarik pengunjung yang terdiri daripada perokok.
Beliau berkata, pengusaha restoran tidak perlu bimbang untuk melaksanakan zon merokok kerana pengunjung termasuk perokok tetap mengunjungi premis mereka kerana faktor kualiti pemakanan dan persekitaran yang bersih.
- BERNAMA


BERHENTI MEROKOK SEKARANG! Anda mampu mengubahnya...
http://www.edaransalindah.com/info-nikotinex.htm