|
|
Ceraian SALINDAH L11 sesuai digunakan oleh seisi rumah,
kerana khasiat di dalamnya merawat pelbagai penyakit.
Herba Cymbopogon nardus bersifat antiradang, menghilangkan
rasa sakit (analgetik) serta melancarkan sirkulasi darah.
Sesuai untuk menstruasi yang tidak teratur, sakit kepala
dan oto, sakit sendi dan batuk.
Piper retrofractum pula untuk memanaskan badan, sakit ulu
hati, sakit kepala, sakit gigi, afrodisiak, hidung berair
dan rasa lemah (neurasthenia), masalah pencernaan, kembung.
Manakala Solanum torum berperanan untuk menghilangkan
darah beku, bengkak terpukul, gastric, tidak datang haid
dan sakit gigi.
Zingiber aromaticum atau lempuyang merupakan herba yang tidak
asing lagi di dalam perubatan tradisional. Herba ini
terdapat di dalam ceraian SALINDAH L11 berperanan untuk
membersihkan darah, anti kejang, mengandung limonene yang
bersifat mengeluarkan gas (kaminatif) hasil pencernaan. Ia
juga sesuai untuk menambah nafsu makan, kaki bengkak
sehabis pantang, koliks, kekurangan darah, gatal-gatal,
kecacingan, sesak nafas, kembung, malaria, pedih perut dan
lemah urat saraf.
Bunga cengkih mengandungi kariofilin, yang berkhasiat untuk
menghangatkan, menhilangkan rasa sakit setempat,
mengeluarkan angin dalam tubuh, mengharumkan, bersifat
antibakteria, dan menghilangkan kejang perut. Menurut WHO,
cengkih merupakan di antara herba ubatan yang paling
banyak dipakai di dunia dalam bentuk balsam atau minyak.
Menurut farmakopia Belanda, rizom Zingiber officinale
mengandungi 6% bahan ubat-ubatan yang sering digunakan
untuk rumusan ubatan. Ia dikenali kerana manfaat
terapeutik dan halia ini menjadi herba asas di dalam
penghasilan ubat 23 buah negara. Ia boleh merangsang
kelenjar pencernaan, membuka selera makan dan untuk sistem
pencernaan. Sifatnya pedas dapat menghangat tubuh dan
mengeluarkan keringat. Bersifat antiinflamasi dan
antibakteria. Sesuai untuk masalah sakit kepala, batuk,
kembung, mual atau mabuk perjalanan.
Ceraian L11 ini juga mengandungi Nigelia sative. Jia
diamalkan membantu mengatasi masalah keputihan, sembelit
dan batuk rejan. Ekstrak pelaga juga boleh merawat masalah
flatulasi atau metorismus (penimbunan gas di dalam usus),
koliks dan lemah-lemah tubuh, mulut berbau, peluh berbau,
batuk terutama di kalangan kanak-kanak dan gatal tekak.
Limonina di dalam jintan mengharumkan dan kandungan flavonida
di dalamnya berkhasiat menyebuhkan radang. Khusus untuk
kanak-kanak yang mengalami batuk, diarea dan mencegah
kejang. Di samping itu juga wanita yang mengalami masalah
haid tidak teratur boleh mengamalkan minum tonik ini.
Piper retrofractum menurut farmakopia China, sesuai untuk
merawat sakit dada, sakit perut, lebih asid di dalam perut
(gastric), cirit-birit, hernia (burut), sinusitis, sakit
gigi, kencing tidak lancer dan haid tidak teratur. Ia juga
merangsang uri keluar sewaktu melahirkan. |