_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
   

 

 
  Diafood
  Formula Istimewa Dr. Azizan
   
   
 
Kategori: Makanan tambahan
Isi: 300 gram
Tempoh Penggunaan: 2 minggu

Kesesuaian:

*

Penghidap masalah kencing manis. Amalkan dengan BIO-FIBER Dua kali sehari    

_

_

*

Mengalami masalah berat badan berlebihan. Minum bersama BIO-FIBER dua kali sehari & amalkan bersama NOMO FET.

   
   

 

Pendahuluan

 

Dewasa ini terdapat pelbagai jenis minuman yang berada di pasaran. Minuman berkafeina, minuman bergas, minuman berasaskan koko, barli, oats dan pelbagai jenis perasa yang lain. Sajian ini ada yang berkhasiat, namun tidak dapat dinafikan, ada juga yang mendatangkan mudarat seperti minuman berkafeina dan minuman bergas. Kita sering juga mendengar keluhan-keluhan berkaitan dengan minuman yang diambil, terutama di kalangan orang dewasa dan orang berusia. Minum teh boleh kembung perut, pesakit migraine tidak boleh ambil minuman berkafeina, minuman kopi panas badan, minuman bergas boleh rosakkan ginjal dan sebagainya. Kalau begitu apakan minuman yang sesuai diminum?

 

Sebenarnya Allah telah menganugerahkan kita pelbagai hasil tanaman yang berkhasiat untuk dijadikan minuman. Yang penting kita perlu berusaha untuk mengkaji, menganalisa dan mengenalpasti serta seterusnya mengolahkan semula ke dalam bentuk minuman yang berkhasiat. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan oleh Prof. Dr. Azizan Ismail dan kumpulan penyelidiknya, kini diperkenalkan sejenis minuman berkhasiat yang dinamakan DIAFOOD. Serbuk minuman ini adalah terdiri daripada campuran kacang soya, kacang hijau, kacang dal, biji badam dan susu tanpa lemak. Di antara khasiat bahan-bahan ramuan ini adalah seperti berikut:

 

 

 

Kacang Soya

 

Menurut Dr. S.J. Singh, bagi setiap 100 gram kacang soya (Glycine Max) tedapat 41.3 protein, 19.5 g lemak, 4.6 g mineral, 3.7 fiber, 240 mg kalsium, 690 mg fosforus, 11.5 mg zat besi, 1.9 kalium dan boleh memberikan 432 kalori tenaga. Kajian dijalankan di Amerika Syarikat ke atas kacang soya menunjukkan bahawa protein kacang soya adalah berkualiti tinggi dan berupaya menggantikan protein dari sumber-sumber lain termasuklah protein dari susu.

 

Kacang Soya mengandungi asid amino yang pada kebiasaanya tidak terdapat di dalam kekacang dan bijirin lain. Dalam setiap 100 gm kacang soya terdapat juga 710 IU Vitamin A, 0.73mg Tiamin, 0.76mg Riboflavin, 2.4mg asid Nikotinik, 1.68mg asid pantoenik, 0.64gm piridoksin, 6.11mg vitamin E disamping Biotin dan asid folik dalam kuantiti surih.

 

 

Khasiat Kacang Soya

 

Dari artikel yang ditulis oleh Dr. Christian Becker di dalam The Journal of The American Association, kacang soya didapati mengandungi nilai pemakanan yang tinggi di dalam kelas diabetes. Ini kerana kacang soya mengandungi terlalu sedikit kanji tetapi kaya dengan lemak dan protein yang berkualiti tinggi. Sementara itu, menurut kajian oleh Friedenwald dan Ruhrah (1910), diet kacang soya bagi pesakit diabetes telah menurunkan peratus keseluruhan gula di dalam urin pesakit. Diet kacang soya juga penting dalam kes ekzema dan masalah kulit yang lain. Penggunaan protein haiwan boleh menimbulkan aktiviti-aktiviti keradangan kulit. Protein kacang soya sebaliknya bebas dari kecenderungan untuk menghasilkan kesensitifan dan reaksi alergi kulit. Menurut seorang pakar kulit, Dr. Bulkely dari New York, diet kacang soya telah mengurangkan kegatalan kulit dengan begitu cepat dan seterusnya hilang dalam beberapa hari sahaja.

 

Menurut sebuah artikel di dalam Carcinogenesis (1980) oleh Dr. Walter Troll dari Pusat Perubatan Universiti New York, kacang soya mengandungi bahan perencat protease semulajadi (natural protease inhibitor) yang berupaya mencegah kanser. Dari kajiannya, dua kumpulan tikus telah didedahkan kepada sinaran X bagi mengaruhkan kanser buah dada. Satu kumpulan tikus diberi diet kacang soya manakala yang satu lagi diberi diet biasa tanpa bahan perencat protease. Keputusan menunjukkan bahawa 74% dari tikus dengan diet biasa menghidap kanser manakala hanya 44% dari tikus dengan diet soya mendapat kanser.

 

Selain daripada itu, diet kacang soya juga adalah baik dalam kes infeksi sistem perkencingan (Dr. Christian Becker), infeksi ginjal dan pundi kencing (kajian di Universiti Frankfurt), diarea musim panas serta sensitif kepada susu lembu di kalangan kanak-kanak (Ruhrah, 1910 dan Sinclair, 1916) dan juga dalam kes-kes arthritis, anemaia, riketsia dan obesity. Daripada pengalaman dan kajian makmal oleh Dr. Safoe, didapati diet soya penting di dalam pertumbuhan dan pemuliharaan flora bakteria asid urik bagi perlinduan usus kecil. 

 

 

Buah Badam

 

Badam mengandungi 59% lemak dan 21% protein yang berkualiti seperti protein susu. Terdapat juga vitamin A dan B disamping mineral-mineral seperti kalsium, magnesium, kalium, fosforus dan ferum. Badam tidak mengandungi bakteria pereputan (putrefactive bacteria). Oleh itu ia tidak mudah mereput walaupun di dalam badan. Dari itu badam boleh dianggap sebagai makan yang bersih dan steril. Setiap 100gm badam boleh memberikan 661 kalori tenaga, hampi-hampir menyamai mentega.

 

Khasiat Badam

 

Badam berkhasiat di dalam kes diabetes kerana ia tidak mengandungi kanji. Selain dari itu, badam juga berguna di dalam kes-kes riketsia, radang ginjal (nephritis), tifoid, pereputan instestin, cirit busuk (putrid diarrhea), anemia sekunder dan keasidan badan (hyperadcidity). Campuran badam di dalam minuman juga baik untuk mereka yang banyak menggunakan  otak di dalam tugas seharian.

 

Kacang Hijau

 

Di dalam kes diabetes, kacang hijau boleh meningkatkan penggunaan gluokos di dalam badan. Menurut kajian yang telah dijalankan di maklmal C.F.T.R.I. Mysore, India, pesakit diabetik kronik yang memerlukan Insulin 40 unit sehari, apabila diberi diet mengandungi ekstrak kacang hijau, telah menunjukkan penurunan ke atas keperluan terhadap insulin menjadi 20 unit sehari. Kajian juga menunjukkan perubahan ketara ke atas kandungan glukos darah (fasting blood sugara levels), toleransi glukos, kandungan gula urin dan keadaan umu pesakit. Kacang hijau juga berkhasiat untuk melegakan kembung perut dan kencing tertahan. 

 

Kacang Dal

 

Kacang dal lazat dan menyejukkan di samping mempunyai ciri-ciri afrodisiak dan ketonikkan yang baik untuk saraf. Ia juga berguna dalam kes-kes kelemhan seminal (seminal debility), leukorea dan diabetes, Dalam kajian yang dijalankan di Insititut Penyelidikan Teknologi Makanan Pusat, India kehadiran kacang dal di dalam diet biasa telah berupaya menurunkan kandungan gula di dalam darah.

 

Cara Guna

 

Dibancuh dangan air panas dan minum. Boleh dijadikan campuran dalam adunan untuk membuat pankek, kuih dan dessert (pencuci mulut).  

   
   
 
Lompat ke bahagian atas dokumen...
   
   
   
   
 
 

_

 
   
     
 
  Diafood
 
 

 

 

Serbuk minuman kesihatan terdiri daripada campuran kacang soya, kacang hijau, kacang dal, badam dan susu tanpa lemak. Sangat sesuai untuk penghidap kencing manis, melegakan perut, kencing tertahan dan sebagainya.

 
  HARGA: RM 19.00
       
 

 

 

 

     
  JUGA BOLEH DIDAPATI DALAM BENTUK TABLET: Alternatif kepada individu yang tidak boleh minum Nadya Diafood  
     
 
Klik untuk info Nadya Diafood Tabs
 
     
     
 
 
 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com