|
GASTRO-LAC dapat mengawal kuantiti jus gastrik yang terhasil
dalam perut. Apabila asid dalam perut berkurangan, proses
penghadaman turut menurun. Dengan itu pencernaan makanan
di dalam usus akan berlaku dengan lebih sempurna lagi.
GASTRO-LAC mengandungi prebiotik dan garam tisu biokimia
untuk membantu sistem penghadaman.
Gastritis atau radang gaster (gastric) menerbitkan simptom
seperti rasa pedih nyeri di hulu hati, mual, muntah-muntah,
cirit-birit, kembung dan cepat kenyang selepas makan
walaupun dalam kuantiti yang sedikit.
Pemakanan dan stress sering dikaitkan dengan masalah gastrik.
Kini satu lagi penyebab gastrik telah dikenal pasti iaitu
bakteria Helibacter pylori (H.Pylori). Bakteria ini mudah
hidup di dalam perut yang berasid. GASTRO-LAC mengandungi
bakteria baik di dalamnya yang boleh menghasilkan asid
organik untuk merencat pembiakan mikrob pathogen seperti
H.Pylori tadi. Penggunaan GASTRO-LAC sebagai suplemen akan
melegakan masalah usus.
Kembung berlaku apabila bertambahnya jumlah gas di dalam
sistem gastrousus. Gas-gas yang terbentuk hasil dari
fermentasi (penapaian) dan pembusukan makanan yang tidak
terhadam disebabkan oleh bakteria berbahaya di dalam usus.
Kembung juga dikaitkan dengan masalah laktosa dan bakteria
berbahaya yang terlalu banyak. Sakit hulu hati merupakan
sensasi rasa sakit pada bahagian esofagus yang disebabkan
oleh asid dari perut. GASTRO-LAC boleh menaikkan keasidan
kolon untuk mengatasi masalah tersebut serta menjaga
kesihatan sistem penghadaman.
GASTRO-LAC juga mengandungi kalium, kalsium, fosfours,
vitamin B1, B2, B3, B12 dan vitamin D, untuk memelihara
kesihatan usus, tulang dan gigi, mengatasi keletihan,
sakit bahagian abdomen, konstipasi (sembelit), gangguan
tidur, kabur penglihatan, cirit-birit, masalah kulit dan
anemia.
Cara
penyediaan
Masukkan 3 sudu yang disediakan (30gm) GASTRO-LAC ke dalam
bekas. Tambahkan 1 gelas air panas. Kacau hingga sebati.
3-4 jamuan sehari adalah mencukupi.
Cara
Simpan
Tutup ketat, simpan di tempat sejuk dan kering. |