|
Gamat yang turut dikenali sebagi timun laut oleh kebanyakkan
masyarakat setempat mempunyai nilai terapeutik yang sangat
mengagumkan. Dianggarkan hampir 2000 sepseis gamat
terdapat di seluruh dunia dan di perairan
Malaysia sahaja
terdapat lebih kurang 30 spesis.
Gamat mempunyai “cell growth factor’ yang boleh merangsang
pertumbuhan sel dan tisu baru dengan kadar yang cepat. Ia
banyak digunakan untuk menyembuhkan luka sama ada dalaman
atau luaran.
Kajian yang telah dibuat mendapati gamat mengandungi kadar
protein 44%, karbohidrat 3-5% dan lemak sebanyak 1.5%.
Komponen-komponen lain termasuklah asid amino esential,
kolagen, vitamin E, zat-zat galian seperti kromium, ferum,
kadmium, mangan, nikel, kabalt dan zink.
EPA (asid omega eikosapentaenoik) dan DHA (asid omega
dekosaheksaenoik) unsur utama sebagai agen penyembuh luka
dan antithrombotik (mengurang keupayaan pembekuan darah).
Kedua-dua unsur ini membantu memperlahankan proses
degenerasi sel di samping melambatkan proses penuaan.
Gamat mengandungi antioksida untuk mengurangkan kerosakan
sel dan tisu tubuh, antibakteria dan antifungus untuk
tujuan rawatan kulit, menyembuhkan jangkitan kulat serta
antinosiseptif (penah sakit) dan antiinflamasi.
Krim Skindis adalah formula istimewa sapuan luar. Dirumus
dari bahan-bahan tradisional dan funa marin untuk masalah
kulit. Mengandungi kolagen untuk membantu pembentukan
tisu-tisu kulit, ligamen dan tulang. Krim Skindis
mengandungi mineral untuk membantu proses metabolisme
protein dalam memperbaiki kerosakan tisu-tisu,
mempercepatkan proses penyembuhan luka, terbakar dan
sebagainya.
Krim Skindis sesuai digunakan untuk masalah jerwat, ruam
lampin, ruam panas, kelopak garam, gatal gigitan serangga,
luka-luka kecil, ekzema, kulit gatal, cekam kuku, melecet,
melecur dan kurap susu.
Cara Guna
Bersihkan bahagian anggota yang sakit, sapu dan gosokkan
perlahan-perlahan pada tempat berkenaan. Guna tiga kali
sehari sehingga sembuh (disarankan digunakan bersama Nomo
Skindis)
Pantang
Larang
Makanan yang boleh memberi kesan alahan kepada tubuh seperti
daging, ikan-ikan tertentu, udang, ketam, sotong, belacan
dan sebagainya. |