|
|
Menurut
penyelidikan yang dijalankan oleh dua orang penyelidik
neurosains, Prof. Roger Sperry dan Prof. Robert Ornstein,
otak kiri
dan otak kanan mempunyai fungsi yang agak berbeza. Penyelidikan yang dijalankan saintis lain kemudian
daripada mereka juga menunjukkan keputusan yang sarna.
Otak kanan berfungsi dalam hal-hal yang masih belum
konkrit, masih kabur-kabur. Tergolong dalam medan fungsi
otak kanan ialah dalam aspek bentuk dan pola, manipulasi
ruang, ritma dan apresiasi muzik, imej dan gambaran,
imaginasi, khayalan, rentak lagu dan sebagainya. Oleh itu
otak kanan digelar otak seni. Sementara fungsi otak
kiri pula dikaitkan dengan hal-hal yang sudah konkrit,
sudah ada bentuk dan ini termasuklah dalam aspek-aspek
bahasa, formula matematik, logik (mantik, taakulan),
nombor, sekwens, lineariti, analisis, senikata lagu dan
sebagainya.
Otak kiri digelar otak sains.
Ada pendapat
yang mengatakan orang Melayu terutamanya lebih cenderung
kepada hal-hal kesenian dan mengabaikan persoalan
berkaitan Matematik dan Sains. Maknanya orang Melayu lebih
banyak mengguna otak kanan daripada otak kiri. Fikiran
orang Melayu lebih banyak merawang secara tidak bertumpuan.
Tidak bersandarkan fakta kukuh. Mungkin hanya dalam
masyarakat Melayu sahaja di mana serba-serbi boleh
dikaitkan dengan seni: seni silat, seni lakon, seni kata,
seni pahat, seni tari, seni pertukangan, seni muzik, seni
ukir dan pelbagai seni lagi. Sesuatu yang seni mesti
bersifat halus. Halus itu lambang kecantikan dan keindahan.
Yang seni itu begitu sulit hendak diberikan takrif dan
garis panduan yang tepat. Ia terlalu subjektif.
Mungkinkah itu
sebabnya pelajar Melayu dikatakan begitu lemah dalam
matapelajaran Matematik dan Sains jika dibandingkan dengan
pelajar bukan Melayu. Mungkin ini pandangan secara rambang
sahaja. Sebab
Matematik dan Sains berdiri atas asas yang berfakta. Fakta adalah hujah yang kukuh. Ia memerlukan penuh tumpuan,
fikiran dan tenaga. Tidak boleh diambil mudah.
Matematik dan
Sains memerlukan penglibatan otak kiri yang lebih.
Di sinilah mungkin kelemahan yang terdapat pada orang
Melayu. Orang Melayu lebih menggunakan otak kanan daripada
otak kiri, sehingga otak kiri berada di dalam keadaan
terbiar dan kurang berfungsi. Sesuatu yang terbiar lama-kelamaan
akan hilang fungsi. Jika hal ini benar,
untuk mengaktif
dan memajukan otak kiri, maka ia hendaklah dirangsang.
Kita kenalah rang sang otak kiri kita. |
|
|
Mula-mula sekali
kita kenalah berani untuk
mengubah sikap
yang kurang sesuai dengan keperibadian orang Matematik dan
Sains. Biasa kita dengar dalam bualan orang Melayu
kata-kata begini: "Jangan berkira sangatlah," atau "Cincai
sahajalah," atau "Lebih kurang sudahlah," atau "Agak-agak
jadilah." Semua kata-kata begini menandakan begitu
simplistiknya pemikiran orang berkenaan.
Jika kita mahu
menjadi lebih cemerlang dalam Matematik dan Sains, kita
kena lakukan perubahan. Kita kena campak jauh-jauh
kebiasaan yang sudah berakar umbi dalam budaya kita. Mulai
sekarang kita kena berkira, kita tidak boleh buat cincai,
kita mesti kira dengan betul dan tak boleh pakai agak-agak
sahaja.
MATSA adalah
satu-satunya rumusan yang disediakan khusus oleh Prof. Dr.
Azizan untuk tujuan menggiatkan aktiviti otak kiri dan
dengan itu meningkatkan kepintaran pelajar dalam bidang
Matematik dan Sains. |