| Dalam tahun 1998, Prof Dr Azizan Hj Ismail telah dijemput menjalankan eksperimen dengan semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR di sebuah sekolah kebangsaan di Padang Rengas, Perak. Dengan kebenaran ibubapa dna penjaga, semua murid darjah 6 sekolah berkenaan diberikan makan EXAMO-CKM 500 setiap hari dan EXAMO-CKM 500 Plus setiap minggu sebulan sebelum peperiksaan.  Menurut Ustazah Jamilah Haji Ismail, salah seorang guru yang terlibat dengan projek berkenaan, hasilnya secara menyeluruh terdapat peningkatan keputusan daripada 30% kelulusan tahun sebelumnya, kepada 70%. Prof Dr Azizan kurang berpuas hati dengan keputusan tersebut. Beliau hendakkan sesuatu yang lebih meyakinkan lagi. Oleh yang demikian, apabila beliau mendapat pelawaan untuk membantu murid-murid di sekolah kebangsaan di Mukim Sala, Kedah, beliau terus bersetuju kerana ini akan memberi peluang kepada beliau untuk meneruskan kajiannya. Beliau mendapati ramai juga murid di situ yang agak lemah dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Hal ini dimaklumkan oleh guru dan guru besar sekolah berkenaan. Suatu rumusan khas iaitu MATSA telah disediakan oleh beliau untuk membantu murid-murid yang lemah dalam kedua subjek tersebut. Dalam usaha tersebut, 23 orang pelajar telah dipilih daripada kalangan murid yang prestasi paling corot dalam Matematik dan Sains. Mereka diberikan rumusan MATSA yang dibekalkan secara PERCUMA kepada kumpulan murid tadi. Hasil daripada usaha itu dan kerjasama serta kesungguhan daripada pihak guru dan ibubapa, keputusan sekolah itu meningkat daripada 38.6% pada tahun sebelumnya telah melonjak naik kepada 60.6%. Daripada kalangan 23 murid itu pula, palajar yang lulus subjek Matematik (100%) manakala Sains (95.65%) malahan ada antaranya yang memperolehi pangkat A untuk matematik dan Sains. |