|
Sedarkah
anda bahawa dalam sebatang rokok yang dihisap
mengandungi lebih 4000 bahan kimia beracun termasuklah
Acetone (peluntur cat), Ammonia (pencuci
lantai), Cadmium (beteri), Hydrogen Cyanide
(racun hukuman mati), Arsenic (racun semut),
Methanol (bahan bakar rokok) dan Naphtalens
(ubat gegat).
Selain
dikaitkan dengan masalah paru-paru dan jantung masalah
yang disebabkan oleh rokok tidak boleh dipandang remeh.
Mereka yang merokok juga dikaitkan dengan kegagalan
sistem reproduktif termasuklah masalah kemandulan.
Anak-anak yang bakal dilahirkan juga bakal menghidap
penyakit asma dan radang paru-paru. Rokok juga
menjejaskan hampir keseluruhan aspek seksual,
reproduktif dan kesihatan kanak-kanak.
Bayi
yang terdedah dengan asap rokok dikaitkan dengan
kematian di tempat tidur (Sudden Intant Death – SID),
kelahiran pra-matang, dan jangkitan pada sistem
pernafasan.
Wanita hamil yang merokok juga berisiko berlakunya
keguguran, melahirkan bayi yang kurang berat badan,
Pada masa yang sama merokok juga boleh mengakibatkan
kecacatan kepada bayi seperti sumbing. Wanita yang
sedang menyusu bayi juga tidak digalakkan merokok
kerana kuantiti dan kualiti air susu akan terjejas.

TAHUKAN ANDA?
Di
antara bahan kimia yang terdapat dalam sebatang rokok
ialah:
NIKOTIN – Berbentuk pekat padu, racun yang berbahaya,
setitik suntikan berupaya menyebabkan kematian,
terdapat di pasaran sebagai racun serangga,
meningkatkan tekanan darah dan degupan jantung, boleh
menyebabkan ketagihan seperti kokeina, heroin dan
morfin.
TAR
– Boleh menyebabkan kanser, masalah pernafasan, penyakit
yang berkaitan dengan masalah pernafasan.
Ko-karsinogen bertindak dengan bahan lain yang
boleh menyebabkan kanser.
KARBON MONOKSIDA – Sama dengan asap ekzos kereta,
bergabung dengan hemoglobin dalam set darah merah
untuk mengurangkan kandungan oksigen yang
mengakibatkan perokok sesak nafas. Ia juga menimbulkan
kesulitan ketika berada di tempat tinggi dan boleh
menyebabkan mata sensitif terutama pada waktu malam.
Penyakit yang disebabkan oleh rokok:
|