|
|
Kesan Kegunaan
Oleh kerana diet orang orang
Malaysia
yang lazimnya tediri daripada makanan yang berperencah
mengandungi rempah-rempahan yang pedas, jeruk, asam dan
lain-lain maka mereka terdedah kepada pelbagai masalah
yang berkait dengan sistem pencernaan. Makanan tersebut
jika diambil secara sederhana, bukan sahaja diboleh, malah
digalakkan kerana banyak penyelidikan mutakhir menunjukkan
pengambilan makanan berempah dan bercili adalah baik untuk
mencegah kanser.
Antara masalah yang mudah timbul akibat pengambilan makanan
itu tadi secara berlebihan, ialah gangguan gaster. Bagi
mereka yang menghidap gastritis, antara tanda awalnya
ialah tanda sakit di dalam perut (gaster. Sakit ini
digelar gastralgia. Sakitnya jenis berdenyut dan kangkala
dengan rasa panas membakar di dalam perut. Terdapat juga
kes-kes di mana seseorang itu menghidap gastritis akan
tetapi tidak terasa sakit.
Gastritis
Gastritis boleh dikelaskan secara mudah kepada dua:
| |
|
|
| |
i. |
Gastritis akut; dan |
| |
ii. |
Gastritis kronik |
| |
|
|
Antara simptom gastritis akut ialah rasa tidak enak dalam
perut, abdomen kembung, sakit kepala, mual, loya, lidah
berselaput dan rasa tak sedap pada lidah. Keadaan yang
lebih teruk menimbulkan demam, muntah dan kadangkala
berdarah perut.
Gastritis kronik pula boleh melahirkan simptom-simptom
seperti rasa tak sedap dalam mulut, lidah berselaput,
nafas busuk, sendawa lepas makan, jeluak makanan atau
cecair lepas makan rasa lembut atas perut, loya dan letih,
lesu fikiran dan tubuh. Gangguan ini boleh berlaku akbat
salah makan, terlalu banyak makanan berminyak atau makanan
yang digoreng, lebih makan, makan cepat, minum terlampau
banyak air sewaktu makan, minuman sejuk, makan tidak
menurut jadual, perencah mengandungi rempah, lada dan cili
dalam makanan, hisap rokok atau minuman keras atau makan
sedang dalam keadaan bimbang atau terlalu letih. Dinding
perut mungkin menipis sehingga merosakkan kelenjar yang
mengeluarkan asid hidroklorik dan pepsin, iaitu juzuk
aktif dalam jus gaster.
Gastritis biasanya tidak begitu rumit untuk dirawati. Akan
tetapi jika keadaan itu berbiar begitu lama atau pesakit
tidak mendapat rawatan dengan sempurna ataupun mendapat
rawatan supresif (menekan), tibul dalam keadaan teruk
ialah dimana mukus (lendir) keluar dengan banyak, lekang
sel0sel mukus epithelium, dinding perut mengeras, menanah
atau tumbuh polipus. Keadaan ini lebih teruk apabila
timbul ulser di dinding perut, atau terjadi atrofi (tisu
menjadi rosak dan mati) yang kemudiannya boleh pula
mengakibatkan musnah kelenjar peptik atau mungkin hingga
terbentuk kanser jenis karsinoma.
Setelah berbelas tahun merawat kes-kes gastritis, maka Prof.
Dr. Azizan Hj. Ismail telah berjaya merumuskan ubat yang
diberi nama NOMO GAZ untuk mengatasi masalah gaster.
Menurut pengalaman, masalah gaster yang ringan akan sembuh
apabila diguna ubat ini. Namun demikian, jika sekiranya
masalah gaster masih terdapat setelah pesakit
menggunakannya, maka hal ini hendaklah dimaklumkan kepada
Prof. Dr.
Azizan sendiri, agar dapat beliau usahakan remedi lain
yang lebih sesuai dan tepat dengan kes berkenaan.
Cara Makan
Dikemam atas lidah 1 tablet setiap kali. Makan 1 biji pagi
dan 1 biji malam. Makan selama 3 hari, berhenti 3 hari.
Ikut aturan sehingga habis. Boleh berhenti langsung
apabila terasa lega dan sambung semula apabila gastritis
menyerang semula.
Pantang
Larang
Semasa sedah berubat, elakkan minum kopi, makanan pedas dan
masam, rempah-rempahan, masakan kari, cili, sambal, air
bergas, makanan berminyak atau digoreng. Apabila sudah
sembuh, bolehlan dimakan perkara-perkara itu dengan sangat
sederhana.
Amalan
yang digalakkan
Minum air rebusan barli yang ditambah sedikit gula merah bagi
menggantikan kopi dan teh. Amalkan minum segelas air suam
sebelum masuk tidur. Buah betik sangat baik dimakan setiap
hari.
Cara
menyimpan
Tutup ketat. Tidak perlu di simpan dalam peti sejuk. Jangan
simpan di tempat berbau kuat.
Nasihat
Tambahan
Disaran makan bersama
GASTRO-LAC. Jikalau masalah gaster yang
dihidapi itu sangat serius, anda dinasihatkan mendapat
rawatan doktor dari klinik / hospital. Jika anda gunakan
NOMO GAZ tetapi tidak nampak ia memberi kesan nyata,
mungkin anda menghadapi masalah lain yang di luar
keupayaan
NOMO GAZ. |