|
|
Pendahuluan
Sakit kepala merupakan keluhan yang paling lazim kita
dengari dari orang ramai. Selalunya sakit kepala tidak
berbahaya. Kebanyakan struktur di dalam tengkorak kita
termasuk otak tidak sensitif kepada kesakitan kecuali
salur darah pada pangkal otak dan meninges (iaitu membran
yang melapisi otak). Bagi kebanyakan jenis sakit kepala,
punca kesakitannya ialah pada otot-otot, gigi, mata,
sinus,tlelinga dan arteri-arteri kulit kepala.
JENIS-JENIS SAKIT KEPALA
| |
|
|
a. |
Akibat ketegangan |
|
|
|
| |
Berlaku
disebabkan oleh pengecutan otol-otot kulit kepala.
Kesakitan tersebut boleh jadi terasa di pelipis, kiri
dan kanan kepala, belakang kepala dan bahagian atas
kepala atau terasa seperti ada tali yang menjerut
kepala yang boleh melarat sehingga ke bahagian
belakang dan tepi leher.
Kesakitan digambarkan sebagai rasa ketat atau tekanan
dan biasanya hadir waktu bangun dari tidur dan akan
berterusan sepanjang hari. la akan menjadi lebih teruk
dengan keletihan. Rasa sakit boleh berlangsung selama
beberapa jam, hari, minggu malah kadangkala hingga
bertahun-tahun. Sebab ada sakit kepala jenis ini,
biasanya .ialah kebimbangan ataupun tekanan perasaan.
Senaman yang menghiburkan, tidur yang mencukupi dan
pertolongan psikologikal adalah sangat berguna untuk
melegakan stres mental. |
| |
|
|
b. |
Berkaitan dengan kawasan kesakitan berhampiran |
| |
|
| |
Kesakitan
dari mata, sinus, hidung, gigi dan tengkuk dirasai pada suatu tempat tertentu, dan mungkin akan menjalar ke
bahagian lain kepala mungkin saraf pembekalan.
Bagaimanapun, jika kesakitan tersebut ditahan, ia mungkin diikuti oleh sakit kepala yang disebabkan oleh
resapan kontraksi otot. Sakit daripada mata biasanya
disebabkan keletihan mata. Ini terjadi apabila
otot-otot digunakan secara keterlaluan, terutama bagi
mereka yang menghidap astigmatis glaukoma akut yang
boleh menyebabkan sakit kepala dan tenat. |
| |
|
|
c. |
Migrain |
| |
|
| |
Migrain
adalah sejenis sakit kepala yang tenat dan menyerang
secara tidak regular. Serangan biasanya dirasai di
sebelah bahagian kepala. Namun begitu migrain
kadangkala boleh juga menyerang pada kedua belah
bahagian kepala. Migrain lebih banyak menyerang kaum
wanita berbanding dengan lelaki; iaitu pad a nisbah
2:1 (Iihat Wangman R.J., 1990: The New Complete
Medical & Health Encyclopedia vol:3). Biasanya dialami
oleh wanita dalam lingkungan umur awal dua puluhan.
Ini boleh jadi disebabkan oleh tekanan premenstrual.
Di antara simptom-simptom khususnya migrain
termasuklah sakit di bahagian kepala (biasanya
sebelah bahagian), pening pusing, loya dan muntah
serta fotofobia. Badan juga terasa sejuk apabila
migrain menyerang.
Punca sebenar migrain masih belum diketahui, tetapi
para penyelidik telah mengesyaki pengaruh faktor
genetik. Ini adalah kerana sebilangan pesakit migrain
mempunyai saudara-mara yang terdekat menghidapi
migrain. Migrain boleh berpunca dari perubahan
imbangan hormon badan (seperti akibat pengambilan pil
pencegah kehamilan secara oral), perubahan suhu yang
mengejutkan, dedahan kepada cahaya yang terang atau
bunyi kuat, perubahan barometrik, minuman beralkohol
dan penyalahgunaan dadah. Terdapat juga punca-punca
lain seperti tindakbalas alergi terhadap makanan atau
minuman tertentu (seperti coklat, keju, pisang dan
makanan bergoreng serta susu) dan oleh sebab tekanan
emosi.
Adakalanya terdapat tanda-tanda amaran atau aura
sebelum migrain menyerang. Auranya boleh jadi
kekaburan gangguan cahaya berwarna zigzag atau
gangguan pancaindera, misalnya rasa kebas sebelah
tangan. Dalam kes migrain hemiplegik, lumpuh sementara
sebelah bahagian badan terjadi sebelum serangan
migrain. Bagi migrain jenis oftalmoplegik pula,
biasanya akan berterusan selama 10-20 minit,
disebabkan oleh kekejangan arteri yang membawa bekalan
kebahagian tertentu di otak atau saraf kranial
mengalami kekejangan. Arteri di kulit kepala akan
berdenyut-denyu1. Bagi migrain yang ringan, aura
mungkin tidak akan hadir. |
| |
|
|
d. |
Sakit kepala intrakranium |
| |
|
| |
Disebabkan
oleh pengembangan arte·ri serebrum, iritasi pada
meningitis seperti meningitis dan peralihan salur
darah dalam tengkorak yang mungkin disebabkan oleh
tumor otak.
Sakit kepala yang disebabkan oleh tumor otak jarang
berlaku.
NOMO MIGREN adalah satu produk Homeopati yang
diilhamkan hasil merawat pesakit-pesakit dengan
masalah yang berkaitan selama beberapa tahun. Jika
simptomsimptomnya bertepatan dan ubat diambil seperti
yang diarahkan, InsyaAllah, masalah tersebut dapat
diatasi. |
| |
|
Cara Makan
NOMO MIGREN sepertijuga ubat Homeopati yang lain, tidak
boleh disentuh dengan tangan. Gunakan tudung botol dan
masukkan terus ke dalam mulut. Dikemam di atas lidah satu
tablet sehari. Makan 3 hari dan berhenti 3 hari. Ikut
aturan hingga habis.
Pantang Larang
Untuk membantu keberkesanan tindakan NOMO MIGREN,
berpantanglah'daripada kopi dan sebarang minuman
perangsang yang mengandungi kafein. Elakkan juga daripada
mengambil makanan yang menimbulkan alahan.
Cara Menyimpan
Tutup ketat. Tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. Jangan
simpan di tempat berbau kuat. |