|
|
Pendahuluan
Penyakit kulit adalah penyakit yang paling meluas terjadi
di kalangan manusia di seluruh pelusuk bumi ini. Hampir
setiap orang ada menghidap penyakit kulit, ataupun
setidak-tidaknya pernah menghidapnya. Tindakan
menghapuskan masalah kulit dengan menggunakan aneka jenis
ubat-ubatan konvensional, sama ada yang dimakan atau
disapu, tidak akan dapat menyelesaikan masalah, malah akan
memudaratkan lagi keadaannya.
Kita hendaklah mengerti bahawa timbulnya simptom penyakit
kulit adalah akibat kotoran dan keracunan yang terlampau
tinggi di dalam tubuh. Tubuh yang sihat akan bertindak
menghapuskan kotoran dan racun yang terhimpun di dalam
tubuh dengan mengalirkannya keluar. Lazimnya kotoran dan
racun tubuh akan dinyah keluar daripada tubuh melalui
saluran biasa seperti buah pinggang, usus, hidung, mulut
dan liang peluh.
Antara saluran yang dapat menyalirkan racun ialah melalui
kulit. Apabila timbul keadaan gatal di kulit, kita
menggaru menyebabkan berlaku calar-calar dan kemudian
mengalir cairan tubuh (air nenes atau air bisa) atau nanah.
Melalui calar, air nenes dan nanah itulah kotoran tubuh
yang mengandungi racun akan keluar. Apabila tubuh dapat
mengeluarkan kotoran dan racun, maka tubuh akan berada
dalam keadaan sihat.
Malangnya penggunaan ubat-ubatan konvensional akan menekan
kotoran dan racun tubuh daripada dapat keluar dan
memerangkapnya terus di dalam tubuh. Akibatnya tubuh akan
bertambah teracun dan kotor, dan akhirnya akan terjadi
penyakit yang lebih berat (keadaan mudarat).
Perubatan seharusnya ke arah mempercepatkan proses
pembuangan kotoran dan racun tubuh. Apabila tubuh be bas
daripada kotoran dan racun maka akan segera pulih keadaan
kesihatan dan kulit pun akan menjadi elok semula.
Perubatan alamiah (natural), seperti Homeopati dapat
membantu mempercepatkan proses pembuangan kotoran dan
racun ini.
Khasiat kegunaan:
Gatal kulit atau gatal di mana sahaja Terasa merayap dan
merenyam di kulit Erupsi dan ruam Kulit berwarna merah
Panau, kurap dan kayap Sengkela celah paha Kudis-kudis
Masalah kuku Ekzema, kering atau basah Kulit merekah,
jerawat Kudis buta ' Bisul Demam campak
Kemungkinan kesan mudarat ringan
(Minor
adverse reaction)
|
|
|
|
a)
|
Penyakit itu
hilang terus, tanpa mendatangkan apa-apa kerumitan,
atau |
|
|
|
|
b)
|
Akan timbul
sedikit kemelaratan simptom sebelum penyakit sembuh. |
| |
|
Apa yang harus anda lakukan dalam
menghadapi hal-hal tersebut?
Jika (a) di mana penyakit anda itu terus sahaja sembuh
tanpa mendatangkan sebarang kerumitan, maka anda boleh
berhenti buat seketika daripada mengambil NOMa SKINDIS.
Kemudian selang seminggu, anda boleh sam bung semula
mengambilnya, hanya buat 2-3 hari sahaja. Lepas itu
berhenti langsung dan simpan ubat. Jika anda langgar
pantang, kemungkinan timbul sedikit masalah kulit tatkala
itu sambunglah semula mengambilnya.
Jika (b) di mana timbul sedikit kemelaratan simptom
masalah kulit itu, jangan pula anda resah dan bimbang.
Keadaan ini adalah suatu hal biasa yang digelar krisis
penyembuhan (healing crisis) dan keadaannya adalah
sementara dan singkat. Apabila timbul krisis penyembuhan,
maka anda perlu berhenti seketika, daripada mengambil ubat
tersebut. Krisis itu akan berlalu dan anda akan mengalami
kesembuhan. Apabila simptom kulit sudah kelihatan reda,
anda cubalah makan ubat tersebut selama 2-3 hari. Kalau
tidak timbul kemelaratan, maka itu tandanya bahawa masalah
kulit anda sudah pulih. Simpanlah ubat dengan elok untuk
kegunaan apabila timbul semula masalah kulit tersebut yang
selalunya akibat langgar pantang.
Pantang Larang
Masalah kulit sering berkait rapat dengan pemakanan.
Memang ada benda-benda tertentu yang merupakan alergen (benda
yang menjadi alahan pad a tubuh). Apabila seseorang makan
atau terdedah pada alergen, maka akan menimbulkan simptom
kulit. Sebenarnya alergen adalah racun pada orang itu,
yang sepatutnya dijauhi ataupun sekurang-kurangnya
dikurangkan. Antara alergen kulit adalah benda-benda yang
menimbulkan gatal seperti daging, ikan-ikan tertentu,
udang, ketam, sotong, belacan dan seumpamanya. Alergen
bagi seseorang itu tidak semestinya merupakan alergen pad
a orang lain. Panduan yang paling baik, iaitu jika anda
terdedah kepada sesuatu habuk, asap, wap-wap, wangian
tertentu misalnya, dan ia menimbulkan gangguan pada
kesihatan, maka kenalah anda jauhi ataupun berpantanglah
dengan benda itu.
Cara Makan :
Dikemam atas lidah.
Tablet A - 1 tablet (pagi)
Tablet B - 1
tablet (malam)
Makan 3 hari
berturut-turut dan berhenti 3 hari.
Ulangi
sedemikian sehingga habis, jika perlu.
|