|
|
Pendahuluan
Selesema adalah suatu masalah yang biasa mengganggu
sesiapa sahaja, terutama mereka yang sangat peka terhadap
perubahan cuaca dan kesejukan. Antara simptom biasa
selesema ialah :
a) lemah dan bisa-bisa tubuh
b) demam
c) berhingus, koriza, katar
d) bersin-bersin
e) menggigil kesejukan
f) sakit kepala
Walaupun ramai yang mengatakan bahawa selesema boleh
berjangkit, tetapi Prof. Dr. Azizan b. Hj. Ismail, perumus
NOMO SNIZ ini, tegas dengan pegangannya bahawa selesema
tidak berjangkit. Selesema bukanlah penyakit, akan tetapi
adalah merupakan simptom biasa yang ringan jika
dibandingkan' dengan simptom-simptom lain yang melibatkan
simptom pernafasan seperti batuk kronik, bronkitis, asma (Ielah),
tibi, pneumonia dan sebagainya.
Pemerhatian menunjukkan gangguan selesema mudah dihidapi
oleh seseorang yang lahir dari keluarga yang menghidap
sama ada batuk kronik, bronkitis, asma atau tibi, atau
masalah kronik yang lain yang melibatkan sistem pernafasan.
Selesema terjadi akibat daripada terhimpunnya kotoran
beracun dalam tubuh, terutama dalam organ sistem
pernafasan. Oemi menjaga kesihatan tubuh berusaha
menghapuskan kotoran beracun in; dengan menyalirkan keluar
melalui liang hidung.
Peranan ini dilakukan oleh sel yang melapisi membran
saluran pernafasan dan silia. Memang terdapat aneka
zarahzarah benda asing yang terdiri daripada habuk dan
asap yang berterbangan di dalam udara. Apabila seseorang
menyedut udara sewaktu bernafas, zarah-zarah ini akan
terbang masuk dalam saluran pernafasan. Zarah yang tidak
terperangkap oleh saringan bulu hidung, akan terus masuk
ke dalam peparu.
Silia adalah bulu halus yang tumbuh di sepanjang saluran
pernafasan. Silia berperanan menolak keluar lendir yang
mengandungi zarah benda asing yang terperangkap dalam
lendir. Kadangkala lendir itu menjadi pekat dan likat
menyulitkan silia hendak keluar. Oalam keadaan begini,
akan timbul iritasi di kerongkong (keadaan terengsa, gatal
dan geli) yang menyebabkan kita terpaksa batuk atau bersin.
Maka hembusan kuat daripada batuk dan bersin itu akan
mendesak lendir kotor tadi keluar. Oleh itu kita percaya
bahawa bersin dan batuk adalah suatu proses biasa di mana
tubuh berusaha untuk menghapuskan kotoran beracun daripada
sistem pernafasan.
Ada pula orang-orang tertentu yang tersangat mudah terjadi
bersin-bersin. Keadaan ini dipanggil resdung. Seperti yang
telah dinyatakan, lazimnya resdung terjadi pada orang yang
datang dari baka yang menghidap masalah pad a sistem
pernafasannya. Sifat baka ini telah melemahkan dirinya dan
menjadikannya sangat mudah terkena masalah seperti yang
dihidapi oleh keluarganya. Orang ini akan menjadi sangat
peka pada cuaca dan keadaan serta makanan tertentu. Itulah
sebabnya orang yang kena resdung tidak tahan kena sejuk,
hujan, air, habuk, bau-bauan dan makanan tertentu.
Makanan seperti udang, ketam, sotong, kerang, belacan dan
seumpamanya boleh menyebabkan penghidap resdung menjadi
bersin dan gatal, kerana benda-bend a ini sudah bertukar
menjadi "racun" padanya. Benda-benda racun ini
diistilahkan sebagai alergen. Alergen menimbulkan alergi (alahan).
Seterusnya dia mengelak daripada benda-benda itu daripada
memberi peluang kepada tubuh untuk segera memulihkan
keadaan.
Sesungguhnya NOMO SNIZ dapat bertindak mengurangkan dan
akhirnya menghapuskan gangguan resdung dengan cara
membantu tubuh mengeluarkan segala kotoran beracun
daripada sistem pernafasan dan menguatkan tubuh daripada
kesan dedahan kepada alergen. Tubuh yang kuat tidak mudah
mengalah dan dengan itu tidaklah timbullagi masalah alahan.
Ingatlah, apabila
anda mengambil NOMO SNIZ anda mung kin dapati, di
peringkat awal bersin dan hingus bertambah. Ini
hanyalah sementara dan adalah petanda baik kerana tubuh
sedang bertindak menghapuskan lendir yang kotor dan
beracun daripada sistem pernafasan. Dalam sedikit masa
keadaan akan pulih dan anda akan menikmati kesihatan yang
unggul.
Cara makan :
Dikemam atas lidah 1 tablet 2 kali sehari (pagi dan malam).
Makan 3 hari berturut-turut dan berhenti 3 hari. Ulangi
sedemikian sehingga habis. Jika terasa lega, anda boleh
berhenti mengambil ubat.
Cara menyimpan :
Tutup ketal. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk. Jangan
simpan di tempat berbau kuat.
|