| ERA Edar Marketing Sdn Bhd (Era Edar), pengeluar Set Bersalin
Salindah untuk ibu hamil dan yang baru melahirkan anak mampu mencatatkan jualan 5,000 kotak sebulan. Pengurus Besar Era Edar, Hamsiah Ismail, berkata sejak produk itu mula diperkenalkan di pasaran pada 1981, syarikatnya berjaya menarik kira-kira 5,000 pengedar untuk memasarkan produk berkenaan di seluruh negara. “Produk ini diperkaya dengan kalsium, kalium, ferum dan magnesium yang diperlukan dalam tubuh manusia. “Wanita hamil digalakkan mengambil set lengkap ini seawal tiga bulan kehamilan dan meneruskannya sehingga selesai berpantang 44 hari bagi mengembalikan semula bentuk badan selepas bersalin,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Jitra, Kedah, baru-baru ini. Katanya, walaupun harga set itu agak mahal iaitu RM370 sekotak, ia dapat mengembalikan bentuk asal badan selain membantu mereka yang mengalami masalah alahan teruk sewaktu awal kehamilan supaya tidak menjejaskan bayi dalam kandungan. |