|
_
|
| |
|
| |
 |
10 tahun menanti akhirnya dapat kembar |
|
| |
|
| |
|
|
|
10 tahun
menanti akhirnya dapat kembar
 |
|
|
LIM Shau Choon
dan isterinya, Ng Kwee Chen bersama bayi kembar tiga
mereka (dari kiri) Lim Jing Yi, Lim Jun Wei dan Lim Jun
Hong pada sidang akhbar di Melaka, semalam.- Gambar GAIE
UCHEL. |
|
MELAKA 25 Feb. - Setelah 10 tahun menunggu dan
membelanjakan wang RM40,000, akhirnya pasangan Lim Shau
Choon, 37, dan Lim Kwee Chen, 33, dari Batu Berendam di
sini dikurniakan cahaya mata kembar tiga melalui rawatan
Penyuburan In Vitro (IVF).
Dua bayi perempuan dan seorang lelaki pasangan yang
mendirikan rumah tangga pada Disember 1995 itu dilahirkan
pada 10 Disember lepas antara pukul 4.18 dan 4.21 pagi di
Pusat Perubatan Mahkota (MMC) di Melaka.
"Kami menggunakan rawatan IVF awal tahun lepas. Belanja
memang besar tetapi apabila menatap wajah anak-anak saya,
ia cukup berbaloi.
"Sebelum ini kami telah pergi ke pelosok kampung untuk
berubat secara tradisional dan berjumpa dengan pakar-pakar
perubatan moden namun semuanya tidak berjaya,'' kata Shau
Choon kepada Mingguan Malaysia semasa dihubungi di sini
hari ini.
MMC hari ini mengadakan sidang akhbar mengumumkan kejayaan
kaedah IVF itu. Ini merupakan pasangan keenam yang
melahirkan anak kembar tiga melalui IVF di hospital itu.
Menurut Shau Choon, dia telah diberitahu oleh seorang
rakan bahawa MMC menyediakan rawatan tersebut dan
mengesyorkan untuk mencubanya.
Katanya, pada mulanya mereka tidak yakin dengan kaedah
tersebut tetapi akhirnya mahu mencuba setelah melihat
tiada ikhtiar lain.
"Kami tidak pernah berhenti berdoa kepada tuhan agar
dikurniakan anak selama ini.
"Semasa mula mula mencuba kaedah ini, doktor memberi
kaunseling kepada kami dan memberitahu dia tidak dapat
memberi jaminan ia akan seratus peratus berhasil,''
katanya.
Shau Choon memberitahu, dia amat terperanjat apabila
diberitahu doktor bahawa isterinya hamil dan mengandung
kembar tiga tidak lama selepas mendapatkan rawatan. |
| |
Utusan
Malaysia,26/02/2006
|
| |
|
| |
|
| |
|
| |
|
| |
|
| |
|
|
| |
|
| |
_ |
| |
| |
 |
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
_ |
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
|
|
Adakah anak-anak
anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan
terhadap pelajaran, kuat berangan, kerap buntu fikiran,
lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas
bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan malas belajar
dan tercicir?
Anak-anak perlu dibantu dengan Pemakanan
yang sesuai dan berkesan.
Klik untuk info lanjut. |
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
| |
_ |
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
_ |
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
|
|
|