_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
   

 

   
 
2 rakan tunai janji jodohkan anak kembar
   
   

 

2 rakan tunai janji jodohkan anak kembar

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Setelah 23 tahun berlalu, impian ibu bapa pasangan kembar, Zeenat Begam dan Zannat Begam Sawal Hamid, 23, untuk menjodohkan anak mereka dengan pasangan kembar anak rakan baik mereka, akhirnya tercapai.


Semalam, gadis kembar itu selamat melangsungkan perkahwinan dengan Hasan dan Husen Mohd. Yusof, 26, jejaka kembar yang sebelum ini tinggal berdekatan.


Lebih menarik, majlis perkahwinan yang diadakan di Taman Impian Ehsan, Balakong itu diserikan dengan pasangan pengapit lelaki dan perempuan serta gadis pembawa bunga, yang juga kembar.


Perkahwinan itu juga penuh makna kerana bapa mereka,Sawal Hamid yang meninggal dunia tiga tahun lalu pernah meminta supaya kedua-kedua anak perempuannya itu berkahwin dengan Hasan dan Husen, memandangkan kedua-dua keluarga adalah rapat.


Namun, kedua-kedua keluarga tidak lagi berjumpa selepas kelahiran Zeenat dan Zannat, tetapi janji yang telah dimeteraikan tetap diingati.


Hanya selepas tujuh tahun, kedua-dua keluarga itu menjadi rapat kembali.


Ibu Zeenat dan Zannat, Jameela Bee Abdul Suban berkata, kuasa dan kehendak tuhan telah menyatukan kedua-dua anak perempuannya yang bersetuju dengan perkahwinan itu.


"Saya gembira melihat impian arwah suami saya menjadi kenyataan.
"Buat sementara waktu, kedua-dua pasangan akan tinggal bersama dalam satu rumah untuk tempoh setahun,'' katanya.


Zeenat dan Zannat, yang berbeza usia hanya 48 saat, masih belajar dalam bidang perubatan di Universiti Malaysia.

   
 

Utusan Malaysia,05/12/2005

   
 
   
   
   
   
 
 

_

 
   

 

 

  _
  Pemakanan Untuk Otak
   
 
   
 

Adakah anak-anak anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan terhadap pelajaran, kuat berangan, kerap buntu fikiran, lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan malas belajar dan tercicir?

 

Anak-anak perlu dibantu dengan Pemakanan yang sesuai dan berkesan.

 

Klik untuk info lanjut.

 
 

 

 

 

 

 
 
     
   
     
 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com