_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
   

 

   
 
2 wanita lahir kembar enam selang 10 jam
   
   

 

DOKTOR menunjukkan Jenny Masche salah seorang anak

 kembarnya yang lahir di Banner Good Samaritan Hospital,

Phoenix, kelmarin. – AP.

PHOENIX 12 Jun – Dua wanita Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kenangan manis apabila mereka melahirkan bayi kembar enam dalam tempoh selang 10 jam – kelahiran kembar yang sangat jarang berlaku.

Seorang ibu muda, Brianna Morrison, 24, yang mendapatkan rawatan kesuburan dilaporkan selamat melahirkan empat bayi lelaki dan dua perempuan malam kelmarin di sebuah hospital di Minneapolis, Minnessota.

Bagaimanapun menurut doktor, kembar yang dilahirkan oleh Morrison berada dalam keadaan kritikal kerana dilahirkan tidak cukup bulan.

Kandungan Morrison hanya berusia 22 minggu ketika dia melahirkan bayi-bayi tersebut dan berat mereka hanya di antara 312 gram dan 535 gram.

“Bayi kami lahir lebih awal dari yang dijangkakan tetapi Brianna Morrison berada dalam keadaan sihat dan kami sangat gembira menjadi ibu dan bapa,” ujar suaminya, Ryan Morrison.

Seorang lagi ibu bertuah, Jenny Masche, 32, melahirkan tiga bayi lelaki dan tiga bayi perempuan melalui pembedahan Caesarean di Phoenix, Arizona, semalam.

Masche mencatatkan sejarah kerana kelahiran tersebut merupakan kembar enam pertama di Arizona.

Bayi-bayi Masche yang juga lahir tidak cukup bulan kini ditempatkan di unit rawatan rapi dan mendapat bantuan pernafasan.

Sementara itu, Profesor Pediatrik dari Universiti Washington, F. Sessions Cole berkata, inovasi dalam bidang rawatan kesuburan ketika ini bakal menyaksikan semakin banyak kelahiran kembar melebihi dua seperti yang dialami oleh Masche dan Morrison.

“Kita akan semakin kerap mendengar kelahiran kembar seperti ini kerana teknik rawatan kesuburan yang semakin banyak dan berkesan.

“Selepas ini, pakar kesuburan perlu mengetahui bagaimana cara untuk mengurangkan risiko wanita yang mengandung lebih daripada empat,” ujarnya.

– AP

 

Utusan Malaysia, 13/06/2007

   
 
   
   
   
   
 
 

_

 
   

 

 

  _
  Pemakanan Untuk Otak
   
 
   
 

Adakah anak-anak anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan terhadap pelajaran, kuat berangan, kerap buntu fikiran, lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan malas belajar dan tercicir?

 

Anak-anak perlu dibantu dengan Pemakanan yang sesuai dan berkesan.

 

Klik untuk info lanjut.

 
 

 

 

 

 

 
 
  _  
   
     
     
     
     
     
 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com