|
_
|
| |
|
| |
 |
Bencana rezeki kembar tiga |
|
| |
|
| |
|
| |
 |
| |
|
|
|
KOTA TINGGI: Ibu
bapa anak kembar tiga yang menjadi mangsa banjir di daerah
ini bersyukur kerana bencana luar biasa yang melanda
memberi limpahan rezeki kepada anak mereka yang dilahirkan
pada 30 November lalu.
Kembar tiga yang masih dalam pantang itu bukan saja
menjadi anak angkat Majlis Wanita Johor (Mawar), malah
mendapat perhatian pelbagai pihak yang menghulurkan
bantuan.
Kembar tiga beradik lelaki yang dilahirkan di Hospital
Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar itu adalah anak
pasangan Mahzan Nordin, 37, dan Anita Sulaiman, 29.
Suami isteri itu sepakat menamakan anak kembar mereka
Ahmad Murzafar, Ahmad Murzafir dan Ahmad Murzafri.
Pasangan itu mempunyai seorang anak, Noor Aimin Mursalin,
3, sebelum ini dan tinggal di Johor Bahru tetapi menjadi
mangsa banjir selepas rumah mereka di Jalan Nangka, Taman
Kota Jaya, di sini dinaiki air kira-kira 0.8 meter.
Anita berkata, kejadian itu menjadi kenangan kerana
berpindah ke pusat penempatan sementara selepas 22 hari
melahirkan anak kembar tiga.
“Saya dan suami, kembar tiga, kakak mereka Noor Aimin dan
ibu saya Zainun Abdul Rahman ditempatkan di Dewan Jubli
Intan sebelum Jurutera Daerah mengizinkan kami tinggal di
rumahnya pada 23 Disember lalu.
“Bagi saya, bencana ini sebagai rezeki bayi kembar kerana
mendapat perhatian pelbagai pihak. Sultanah Johor juga
menziarahi kami dan berkenan menjadikan kembar ini sebagai
anak angkat Mawar,” katanya yang akan menyambut Aidiladha
di kampungnya di Teluk Intan, Perak.
Sementara itu, Mahzan berkata, dia melihat banjir luar
biasa itu sebagai hikmat kerana menyatukan pelbagai pihak
untuk saling membantu dan menghulurkan bantuan.
“Saya lihat banyak pihak berkorban untuk membantu mangsa
banjir. Bahkan ada sukarelawan yang tidak menghiraukan
rumah sendiri ditenggelami air, sebaliknya membantu mangsa
lain yang terperangkap.
“Setiap kejadian ada hikmahnya dan bencana ini dapat
merapatkan hubungan. Di pusat pemindahan kami mengeratkan
silaturahim, bahkan kami bagaikan satu keluaga,” katanya. |
| |
|
| |
Harian Metro, 31/12/2006 |
| |
|
| |
|
| |
|
| |
|
|
| |
|
| |
_ |
| |
| |
 |
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
_ |
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
|
|
Adakah anak-anak
anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan
terhadap pelajaran, kuat berangan, kerap buntu fikiran,
lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas
bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan malas belajar
dan tercicir?
Anak-anak perlu dibantu dengan Pemakanan
yang sesuai dan berkesan.
Klik untuk info lanjut. |
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
|
|
|