|
_
|
| |
|
| |
 |
Dokumentari papar kejadian kembar |
|
| |
|
| |
|
|
|
Dokumentari
papar kejadian kembar
Oleh Nurul Haniza Samsudin
Berita Harian, 21/06/2007
PERNAHKAH anda melihat secara jelas kejadian bayi kembar
sama ada kembar dua, tiga, atau empat? Kini, National
Geographic Channel membawakan anda rancangan televisyen
pertama yang menyoroti kejadian bayi kembar dan fasa
perkembangan serta kelahiran yang dilalui mereka dalam
rahim ibu masing-masing.
Program menarik yang dinamakan In the Womb: Twins,
Triplets, and Quads itu bakal menemui peminat mulai 24 Jun
ini dan disiarkan pada jam 9 malam. Dokumentari yang
disiarkan selama dua jam itu akan membawa penonton
meneroka fakta dan teori sebenar di sebalik kehamilan
serta kejadian manusia.
Selepas kejayaan rancangan In the Womb and In the Womb:
Animals, rancangan itu turut menggunakan teknik imej
gelombang ultrasonik 4-D dan komputer yang menghasilkan
imej janaan komputer (CGI).
Melalui teknik yang digunakan, penonton dapat melihat
model yang dicipta untuk menggambarkan janin pada
peringkat kehamilan tertentu. Selain itu, program
dokumentari itu juga mendedahkan bagaimana fasa
pertumbuhan sel berlaku dan cabaran yang perlu dilalui
oleh ibu sepanjang tempoh kehamilan bayi kembar.
Peringkat seterusnya diikuti dengan cerita tiga ibu yang
mengandungkan bayi kembar melihat sendiri perkembangan
yang dilalui anak mereka sebelum proses kelahiran.
Dokumentari In the Womb: Twins, Triplets and Quads
dipelopori oleh Dr Thomas Pinckert yang berpengalaman
dalam bidang perubatan dan pakar sakit puan. Beliau yang
pakar dalam kehamilan berisiko tinggi dan masalah genetik
adalah ahli yang berkedudukan tinggi dalam International
Foetal Medicine and Surgery Society.
Selain itu, Dr Thomas Pinckert juga mendapat pengiktirafan
daripada badan yang berkaitan dengan obstetrik dan
ginekologi. Pengiktirafan demikian adalah tertinggi dalam
bidangnya dan hanya beberapa pakar saja memperolehnya di
United Kingdom.
Istimewanya, dokumentari memaparkan pengalaman pasangan
yang memperoleh anak kembar dua, tiga dan empat. Empat
wanita menceritakan keadaan mereka mengandungkan dan
melihat sendiri fasa perkembangan yang dilalui bayi
masing-masing.
Wanita berkenaan juga menceritakan detik sukar dan masalah
tersendiri dalam melahirkan bayi kembar masing-masing.
Menariknya,
penonton dapat melihat ibu dengan bayi kembar
masing-masing dan keletah si kembar selepas hari pertama
dilahirkan.
Malah, dokumentari yang disiarkan ini dapat menjawab
persoalan yang bermain di minda masyarakat mengenai
kejadian bayi sama ada
kembar dua, tiga dan empat, selain memberikan gambaran
serta perbezaan yang jelas antara kandungan normal dan
kembar dalam fasa kehamilan.
Penonton juga dibawa meneroka dunia dalam rahim ketika
persenyawaan sperma dan ovum, sekali gus melihat
percantuman keduanya sehingga peringkat pembahagian sel
yang menghasilkan bayi kembar dua, tiga dan empat.
Dokumentari yang dibantu dengan teknologi imbasan ultra
bunyi ini juga menemui fenomena yang sering berlaku ketika
kehamilan kembar iaitu Sindrom Pelenyapan Bayi dalam rahim
ibu. Melalui imbasan ultra bunyi yang dilakukan pada
peringkat pertama kehamilan mendapati si ibu mengandungkan
anak kembar.
Namun, pada ujian berikutnya mendapati si ibu hanya
mengandungkan satu bayi saja. Saintis percaya masalah ini
berlaku kerana keabnormalan kromosom yang menghalang janin
untuk terus hidup.
Menarik bukan. Ingin memahami lebih lanjut kejadian unik
itu, jangan lupa menonton dokumentari terbaru National
Geographic Channel.
INFO: Kehamilan kembar
|
1. |
Bayi kembar
dua dilahirkan dalam usia kandungan lingkungan 37
minggu, kembar empat pula 34 minggu, manakala bayi
biasa lahir ketika tempoh kandungan mencecah 37 hingga
42 minggu. |
|
|
|
|
2. |
Persiapan
yang dapat dilakukan untuk kehamilan kembar yang sihat
ialah mengambil nutrisi seimbang, pemeriksaan
antenatal teratur dan rehat secukupnya. |
|
|
|
|
3. |
Kehamilan
kembar biasanya akan lebih berisiko daripada pada
kehamilan tunggal. Oleh itu, ibu perlu melakukan
pemeriksaan antenatal teratur untuk membantu dalam
merekod perkembangan kehamilan dan bayi. |
|
|
|
|
4. |
Melahirkan
bayi kembar secara normal adalah baik tetapi
bergantung kepada posisi bayi dalan kandungan dan
keadaan kesihatan ibu. |
|
|
|
| |
|
|
| |
 |
| |
Jemputan PERCUMA ke tanyangan "In the Womb: Twins,
Triplets, and Quads"
|
| |
|
| |
|
| |
|
| |
|
| |
|
|
| |
|
| |
_ |
| |
| |
 |
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
_ |
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
|
|
Adakah anak-anak
anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan
terhadap pelajaran, kuat berangan, kerap buntu fikiran,
lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas
bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan malas belajar
dan tercicir?
Anak-anak perlu dibantu dengan Pemakanan
yang sesuai dan berkesan.
Klik untuk info lanjut. |
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
|
|
|