_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
   

 

   
 
Dua kali bersalin, lapan orang anak
   
   

 

Dua kali bersalin, lapan orang anak

CANBERRA 29 Mei - Seorang wanita Australia mencipta sejarah apabila dia disahkan mengandung anak kembar empat untuk kali kedua.


Dale Chalk dan suaminya, Darren, dari Brisbane, ibu negeri Queensland, sudah pun dikurniakan anak kembar empat yang pertama tahun lalu, lapor akhbar Sunday Telegraph.


Anak kembar empat itu akan berusia 16 bulan apabila ibu mereka melahirkan adik kembar mereka pada bulan Disember ini, kata akhbar itu lagi.


Pasangan itu juga mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun.


Kesemua sembilan orang anak itu dihasilkan melalui penyemaian berhadas dengan menggunakan sperma daripada penderma yang sama di pusat perubatan Kumpulan Kesuburan Queensland di Brisbane.


Dale, 26, memberitahu para pemberita selepas melahirkan anak kembar empatnya yang pertama tahun lalu bahawa dia mahu 12 orang anak.


Dr. Warren DeAmbrosis dari Kumpulan Kesuburan Queensland berkata, Chalk jelasnya telah mencipta sejarah di Australia kerana sebelum ini tiada mana-mana wanita yang melahirkan anak kembar empat sebanyak dua kali. - AP

 

Utusan Malaysia, 30/05/2005

   
   
 
   
   
   
   
 
 

_

 
   

 

 

_

AL-KISAH Si Kembar

_ _
  _
  Pemakanan Untuk Otak
   
 
   
 

Adakah anak-anak anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan terhadap pelajaran, kuat berangan, kerap buntu fikiran, lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan malas belajar dan tercicir?

 

Anak-anak perlu dibantu dengan Pemakanan yang sesuai dan berkesan.

 

Klik untuk info lanjut.

 
 

 

 

 

 

 
 
     
     
     
 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com