_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
   

 

   
 
Dua pasangan kembar ceriakan Sekolah Kebangsaan Tasik Jaya
   
   

 

Dua pasangan kembar ceriakan Sekolah Kebangsaan Tasik Jaya


SEREMBAN 3 Jan. - Sekolah Kebangsaan Tasik Jaya dekat sini, menerima pelajar istimewa apabila dua pasangan kembar, masing-masing tiga beradik dan dua beradik memulakan hari pertama persekolahan tahun satu hari ini.


Pasangan kembar seiras tiga beradik Anis Adlien, Anis Adliena dan Mohd. Adlie merupakan anak kepada Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Azmi Basir dengan pasangannya seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mohd. Redza, Azizah Abdullah.


Sementara itu, pasangan kembar tidak seiras dua beradik Azfar Syahmi dan Akmal Syahmi pula anak kepada guru disiplin Sekolah Kebangsaan Tasik Jaya, Ahmad Sukrimi Mohd. Derus manakala ibu mereka, Normanisah Abd. Rahman bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2.


Bagaimanapun, dua pasangan kembar tersebut ditempatkan di kelas yang berlainan.


Azizah ketika ditemui Utusan Malaysia berkata, ketiga-tiga anak kembarnya itu amat seronok dan tidak sabar menanti hari pertama persekolahan.


"Mereka amat seronok untuk memasuki alam persekolahan, ragam mereka menghiburkan saya sebagai seorang ibu.


"Dari segi pemilihan barang keperluan seperti alat tulis atau beg, dua anak perempuan saya berkongsi cita rasa yang sama manakala yang lelaki bersikap tidak kisah mengenainya,'' katanya.


Tambahnya, beliau tidak membuat sebarang permohonan kepada pihak sekolah agar tidak memisahkan anaknya dan bersyukur apabila `trio' itu dikekalkan dalam kelas yang sama.


Sementara itu, Anis Adlien yang merupakan kakak sulung pasangan kembar tiga itu berkata, dia tidak kisah sekiranya dipisahkan ke kelas yang berlainan.


"Saya tidak tahu mengapa adik-beradik saya menjadi perhatian pagi ini, gambar kami diambil jurugambar sedangkan kawan-kawan lain tidak,'' ujarnya.


Bapa kepada pasangan kembar dua beradik, Ahmad Sukrimi pula berkata, beliau tidak membuat sebarang persiapan luar biasa menjelang sesi persekolahan tahun ini.


"Saya dan isteri menyediakan semua kelengkapan yang diminta oleh mereka, sebagai kembar tidak seiras kehendak mereka adalah berbeza,'' katanya.


Jelas Ahmad Sukrimi, anaknya itu didaftarkan di SK Tasik Jaya memandangkan seorang lagi anaknya yang berusia lapan tahun disekolahkan di tempat isterinya bertugas.


"Saya mahu berkongsi tanggungjawab itu dengan isteri, bagaimanapun saya memberi peringatan kepada pasangan kembar itu agar menganggap saya sebagai guru sewaktu berada di sekolah, bukan sebagai bapa,'' katanya.

 

Utusan Malaysia, 04/01/2006

   
 
   
   
   
   
 
 

_

 
   

 

 

_

AL-KISAH Si Kembar

_ _
  _
  Pemakanan Untuk Otak
   
 
   
 

Adakah anak-anak anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan terhadap pelajaran, kuat berangan, kerap buntu fikiran, lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan malas belajar dan tercicir?

 

Anak-anak perlu dibantu dengan Pemakanan yang sesuai dan berkesan.

 

Klik untuk info lanjut.

 
 

 

 

 

 

 
 
     
   
     
 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com