| |
SAINS perubatan
menyatakan kelahiran anak kembar lebih daripada dua orang
adalah satu ‘kesilapan’ selain mendedahkan si ibu kepada
pelbagai risiko, khususnya bagi kelahiran secara
bantuan perubatan, tetapi ketentuan itu pastinya memiliki
hikmah di sebaliknya, apatah lagi sekiranya ia berlaku
secara semula jadi.
Memiliki 10
pasangan kembar dalam ‘keturunan’ memang sesuatu yang luar
biasa, tetapi bagi pasangan Noor Jannah Ahmad Dini,
38 dan pasangan Ahmad Izhar Mohd Noor, 44, yang memiliki
pasangan kembar bagi keturunan kembar yang keempat adalah
rezeki yang tidak tidak ternilai dek kata-kata.
Nor Jannah berkata, beliau turut menghadiri Festival
Pasangan Kembar yang diadakan di Petaling Jaya, baru-baru
ini.
“Sungguhpun ada segelintir ibu bapa yang memiliki anak
kembar selalu ‘merungut’ menyatakan anak kembar ini
seronok orang lain tengok, tetapi bagi empunya diri,
seksanya hanya diri yang tanggung, tetapi bagi saya,
pemberian itu adalah dugaan daripada yang Maha Esa.
“Saya dan suami selalu mengingatkan bahawa pemberian ini
adalah kurniaan Ilahi dan seboleh mungkin saya tidak
pernah merungut walaupun kembar empat anak saya ini agak
lasak. Maklumlah lelaki,” katanya ketika ditemui baru-baru
ini.
Empat kembar anaknya itu ialah Ahmad Amjad Azri; Ahmad
Amjad Bazi; Ahmad Amjad Fitri dan Ahmad Amjad Ghazi Ahmad
Izhar, 5. Memang jelas lasak anaknya itu apabila setiap
seorang ‘mempunyai tanda’ pada bahagian dahi masing-masing.
Kata Nor Jannah, mereka adalah sebahagian daripada 10
pasangan kembar dalam keturunan Allahyarham Abdul Hamid
Amban dan Allahyarhamah Mariam Masod iaitu datuk dan nenek
sebelah suaminya.
“Seronok kembar apabila masing-masing mempunyai muka yang
lebih kurang sama, hinggakan kadangkala kami sendiri
keliru membezakan antara satu dengan yang lain. Ada kala
kita memanggil si A, tetapi yang sebenarnya si B yang kita
sebut.
“Meriah kala berkenduri kendara sangat terasa apabila
melihat gelagat orang ramai yang selalunya keliru,
menjadikan ia satu suasana yang cukup menyeronokkan,”
katanya.
Beliau berkata, sebagai ibu yang melahirkan anak kembar,
antara kenangan yang tidak dapat dilupakan selain tiba
saat melahirkan ialah apabila susu badan tidak cukup maka
beliau dan suami berpakat mencari ibu susu iaitu kakaknya
sendiri.
“Walaupun saya ada mendapat tajaan susu ketika itu, tetapi
saya mempercayai khasiat susu badan. Peranan ibu yang
utama ialah menyusukan anak dengan susu badan seperti yang
ditentukan dalam al-Quran. Ini sudah ditunjukkan ibu Nabi
Muhammad, Aminah.
“Selepas lapan bulan Muhammad dilahirkan, susu Aminah
kering, tetapi dia tidak terfikirpun untuk menggantikannya
dengan susu kambing sebaliknya lebih rela mengupah
Halimatusaadiah untuk menyusukan Muhammad, dan kisah itu
menjadi tauladan kepada kami sekeluarga,” katanya.
Beliau berkata, keluarga kembar itu kini dalam proses
untuk diiktiraf dalam Malaysia Book Of Records dengan
menyemak sijil kelahiran pasangan yang dilahirkan kembar,
untuk dicatatkan sebagai keluarga yang mempunyai ahli
keluarga kembar paling ramai di Malaysia.
“Walaupun kami tahu keluarga kami ramai kembar, tetapi
baru hari inilah (selepas festival berkenaan) kami
‘perasan’ keluarga kami memiliki keluarga yang ramai
kembar. Anak saya yang sebelum ini menyangka hanya mereka
berempat yang wajah seiras, kini semakin memahami erti
kembar yang sebenarnya,” katanya.
Memenuhi tanggungjawab sesama manusia, beliau kini turut
menjadi sukarelawan membantu mana-mana pihak khususnya
yang berhadapan anak kembar pertama untuk melalui
pengalaman itu dengan lebih baik.
“Ada ibu bapa muda bergaduh dan bermasam muka kerana tidak
tahu menangani situasi sebegini. Inilah peranan saya,
selalunya pihak hospital akan hubungi meminta khidmat saya.
Nasihat saya, mana-mana ibu yang mengandung kembar, mereka
perlu menimba ilmu lebih banyak kerana kadangkala sukar
mengawal situasi kerana bayi menangis serentak dan lapar
serentak.
“Sebaiknya ibu membuat jadual seperti waktu minum tertentu
untuk mengelakkan bayi menangis kerana kadangkala bayi
yang pramatang contohnya, lapar dan teringin menyusu,
tetapi tidak berdaya menghisap," katanya.

Pasangan perlu tahu tabiat anak
WALAUPUN ramai pasangan yang inginkan kelahiran kembar,
bukan semua mampu mencapai impian berkenaan, apatah lagi
sekiranya tidak ada sejarah genetik mendapat kelahiran
kembar daripada keturunan sebelah isteri, mahupun suami.
Bagaimanapun menerusi bantuan perubatan hari ini seperti
teknologi kesuburan, impian berkenaan bukanlah sesuatu
yang mustahil hinggakan kelahiran kembar secara ‘bukan
semula jadi’ ini mudah saja dirancang dan dijangka akan
bertambah bilangannya pada masa depan.
Bagi Ahmad Izhar Mohd Noor, 44, kelahiran anak kembar
kadangkala memberikan masalah kepada pasangan muda
khususnya yang belum bersedia sepenuhnya mendapatkan
cahaya mata kerana ia mungkin dianggap gangguan kepada
kehidupan suami isteri yang baru ditempuh.
“Pada usia yang matang, kehadiran mereka bukan halangan
sebaliknya kita perlu memahami tabiat mereka. Pada
peringkat awal, ia memang banyak menyebabkan kerja saya
tergendala, tetapi itu bukan halangan besar seandainya
kita berusaha menjadikan kehadiran mereka sesuatu yang
positif.
“Bukan mudah kerana walaupun wajah mereka sama, perangai
lain-lain. Saya ingat pada satu kejadian anak kembar saya
berebut mainan, tetapi dia bukan pukul kembarnya,
sebaliknya menyakitkan diri sendiri dengan menghantukkan
kepada ke dinding hinggalah ada kesan parut yang boleh
dilihat hingga ke hari ini.
“Dalam satu kejadian yang lain, saya ‘mengikat’ anak
kembar yang pertama, sebaliknya sebagai menunjukkan
bantahan atas perbuatan saya itu, tiga kembar yang lain
menghantukkan kepala ke dinding sebagai bantahan.
“Tetapi hari ini mereka tidak pernah pula membuat perkara
itu lagi dan harap ia bukanlah menjadi kelaziman kerana ia
mungkin boleh mendatangkan kecederaan yang lebih parah
pada masa depan,” katanya.
Hingga ke hari ini, secara tepatnya, tidak dapat
dipastikan mengenai kelahiran bayi kembar di Malaysia,
tetapi kecenderungan menunjukkan pasangan Melayu paling
ramai mendapat kembar secara proses semula jadi.
Sungguhpun ada yang percaya tabiat pemakanan sayur lebih
cenderung mendapat pasangan kembar, tetapi bagi beliau dan
pasangannya mereka juga gemar memakan daging.
“Dalam keluarga saya yang peliknya ialah yang mendapat
anak kembar semuanya adalah daripada anak lelaki yang
berkahwin dengan wanita ‘luar’ tetapi pasangan kembar
perempuan yang berkahwin dengan lelaki luar tidak pula
mendapat kembar. Mungkin ini ketentuan atau satu kebetulan?,”
katanya.
INFO:
| |
|
|
- |
Mengikut
kajian, kehamilan kembar berlaku sekali dalam setiap
80 kehamilan. Kelahiran kembar sering kali berlaku
secara berulang dalam sesebuah keluarga. |
| |
|
|
- |
Kadar
kandungan kembar di kalangan penduduk kulit hitam
adalah lebih tinggi berbanding penduduk kulit putih
dan orang Asia. Secara kasar, insiden kembar di
kalangan wanita kulit putih adalah 1 dalam 100
kelahiran, wanita kulit hitam pula, 1 dalam 79
kelahiran dan wanita Asia 1 dalam 155 kelahiran. |
| |
|
|
- |
Kejadian
kehamilan kembar bergantung kepada bilangan benih
dikeluarkan seseorang wanita. Kebiasaannya wanita akan
mengeluarkan satu benih dalam satu pusingan haid. * *
Kembar seiras berlaku apabila kembar berpunca daripada
satu telur, lazimnya telur itu akan berpecah kepada
dua pada satu tempoh sehingga menyebabkan kembar,
manakala kembar tidak seiras disebabkan kehadiran dua
telur yang disenyawakan. |
| |
|
|
- |
Selain
faktor genetik, semakin banyak kelahiran kembar
berlaku kerana pengambilan ubat-ubatan untuk rawatan
ketidaksuburan seperti pengambilan pil subur (clomiphene
citrate). |
| |
|
INFO:
Nama: Noor Jannah Ahmad Dini
Suami: Ahmad Izhar Mohd Noor
Anak: 13 anak, iaitu 10 lelaki dan tiga perempuan yang
berusia antara tiga hingga 20 tahun. Empat daripada 13
anaknya adalah kembar seiras lelaki yang kini berusia
empat tahun. Mereka ialah Ahmad Amjad Azri, Ahmad Amjad
Bahzi, Ahmad Amjad Fitri dan Ahmad Amjad Ghazi yang lahir
pada 25 Disember 2002 menerusi pembedahan selama dua jam.
Kes kelahiran kembar empat seperti itu nisbahnya satu bagi
600,000 kelahiran.
Sepuluh saudara mara Nor Jannah kembar termasuklah :
|
- |
Kakaknya,
Mahani dan Mahanum; 53 (serta ibu mertua dan ipar
Mahanum) sebelah suami |
| |
|
|
- |
Anak
saudaranya, Nurmazihah dan Nurnazirah A Ridzuan;
14 sebelah suami |
| |
|
|
- |
Cucu
saudara, Izzul Afif dan Izzul Afiq Mohd Akmaludin;
3 sebelah suami |
| |
|
|
- |
Cucu
saudara sepupu, Mohd Denis serta Mohd Darwisy
Norfazaini; 3 sebelah suami |
| |
|
|
- |
Anak
saudaranya. |
| |
|
|
- |
Sepupu |
|
 |
|