_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
   

 

   
 
Ibu terkejut - Anak kembar dapat keputusan sama
   
   

 

WEE Swee Kim (kiri) dan Wee Lee Wee menunjukkan keputusan yang sama mereka peroleh 10A1 1B kepada Shiok Eng di rumah mereka di Kampung Fikri, Setiu, Terengganu.

IBU bapa mana yang tidak merasa bangga sekiranya anak-anak meraih kejayaan besar dalam pelajaran apalagi membabitkan dua anak kembar yang bukan saja mempunyai persamaan dari segi rupa paras tetapi juga kepintaran.


Demikian kebahagiaan yang dirasai Phua Shiok Eng, 45, yang sukar menggambarkan perasaan gembira dan terkejut apabila anak kembarnya, Wee Swee Kim, 18, dan Wee Lee Vee memperoleh keputusan cemerlang pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 yang diumumkan, baru-baru ini.


Anak-anaknya itu bukan saja dilahirkan sebagai pasangan kembar tetapi yang menakjubkan kedua-dua mereka memperoleh pencapaian sama iaitu 10A 1B.


Hanya yang membezakan adalah keputusan 1B itu membabitkan dua mata pelajaran berlainan iaitu Swee Kim mendapat 1B untuk Pengetahuan Moral, manakala Lee Vee memperoleh 1B bagi subjek English For Science and Technology (EST).


Pun begitu, Shiok Eng, memang yakin bahawa kedua-dua anaknya akan mendapat keputusan cemerlang kerana mereka menunjukkan kemampuan dalam bidang akademik sejak di bangku sekolah rendah lagi.


Rajin


"Anak-anak saya memang rajin mengulang kaji pelajaran dan sentiasa tolong-menolong bagi meningkatkan pencapaian masing-masing.


"Bagi saya kejayaan mereka adalah rahmat bagi keluarga kami dan saya gembira kerana kedua-duanya mencatat keputusan yang membanggakan ini,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Fikri dekat Setiu, Terengganu, baru-baru ini.


Sebagai ibu, katanya, beliau sering memberi dorongan kepada mereka untuk menjadi pelajar cemerlang kerana itulah bekalan paling baik untuk masa depan terutama dalam menghadapi persaingan di kalangan pelajar untuk mendapat tempat di universiti dan peluang pekerjaan.


Pada Sijil Pelajaran Malaysia 2004 itu, Swee Kim memperoleh A1 bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matametik, Matametik Tambahan, Fizik, Prinsip Akaun, Kimia, Biologi, Sejarah dan EST.


Lee Vee pula mendapat 1A bagi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pengetahuan Moral, Matametik, Matametik Tambahan, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi dan Prinsip Akaun.


Apa yang menarik, pasangan kembar dan anak kepada seorang guru ini tidak pernah berpisah sepanjang melalui alam persekolahan. Mereka belajar di kelas yang sama sejak Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Fikri sehinggalah Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.


Pintar


Di kalangan guru dan pelajar mereka memang terkenal sebagai pelajar pintar dan ditempatkan di kelas terbaik daripada 11 buah kelas Tingkatan Lima di sekolah tersebut.


Swee Kim memberitahu, kejayaan mereka dalam peperiksaan tersebut adalah kerana sering berkongsi pendapat dan berbincang antara satu sama lain semasa mengulang kaji pelajaran.


"Kami mengamalkan sikap saling bantu-membantu dengan bertukar-tukar nota dan bekerja sama dalam memahami setiap pelajaran yang diajar guru semasa di sekolah.


"Kami juga tidak malu bertanya kepada guru dan rakan-rakan yang lain jika kurang memahami soalan atau mata pelajaran yang dipelajari,'' kata mereka.


Selain itu mereka juga mewujudkan persaingan antara satu sama lain supaya membakar semangat untuk mencatat keputusan dalam setiap ujian atau peperiksaan di sekolah.


Menurut Shiok Eng, walaupun sudah menjangka mereka akan mendapat keputusan yang baik, dia agak terkejut kerana keputusan yang di perolehnya sama dengan adiknya kecuali dalam mata pelajaran tertentu sahaja.

 

Utusan Malaysia, 31/03/2005

   
   
   
   
 
 

_

 
   

 

 

  _
  Pemakanan Untuk Otak
   
 
   
 

Adakah anak-anak anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan terhadap pelajaran, kuat berangan, kerap buntu fikiran, lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan malas belajar dan tercicir?

 

Anak-anak perlu dibantu dengan Pemakanan yang sesuai dan berkesan.

 

Klik untuk info lanjut.

   
 
   
 
   
 
 

 

 

 

 

   
     
     
     
     
 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com