_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
   

 

   
 
Kelahiran 4 kembar terus rekod keluarga
   
   
 

Kelahiran 4 kembar terus rekod keluarga

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri, yang keluarga masing-masing mempunyai beberapa pasangan kembar, mendapat empat bayi kembar di sebuah hospital di sini, kelmarin.
 

 

Ceria bersama anak kembar: MASTURA Azman bersama suami, Syed Khairul Anuar Syed Ahmad berkongsi kegembiraan menimang cahaya mata kembar empat di Pusat Perubatan Pantai, semalam. Namun seorang lagi bayi berada dalam bilik
pengawasan bayi atas sebab kesihatan.
 


Pasangan Syed Khairul Anuar Syed Ahmad dan Mastura Azman dikurniakan tiga bayi lelaki dan seorang perempuan dilahirkan menerusi pembedahan selama 45 minit di Pusat Perubatan Pantai, pada jam 2.30 petang Jumaat lalu.

Syed Khairul Anuar, 29, menyifatkan kehadiran empat bayi sulung itu sebagai ‘rezeki Syawal’ sekali gus mencatat satu lagi rekod kelahiran kembar dalam keluarga mereka.

“Berdasarkan latar belakang keluarga, saya mempunyai moyang dan nenek yang masing-masing kembar dua. Malah, saya ada adik perempuan kembar dua, manakala nenek saudara dan ibu saudara isteri saya juga kembar dua.

“Bagaimanapun, kelahiran bayi kembar empat ini adalah pertama dalam sejarah keluarga dan berharap terus menjadi kesinambungan dalam keluarga kami,” kata anggota Polis Bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu ketika ditemui Berita Minggu.

Empat bayi mereka Syed Khuwarizmi seberat 1.8 kilogram (kg) diikuti Sharifah Maisara (2.1 kg), Syed Aliff Uzair (2.2 kg) dan Syed Khazin (2.3 kg). Bagaimanapun, bayi sulung mereka, Syed Khuwarizmi masih diletakkan dalam bilik khas untuk menerima rawatan antibiotik dan pengawasan susulan.

Pasangan dari Kampung Pasir Baru, Petaling itu, yang berkahwin pada 28 Mei 2005, tidak pernah mengamalkan sebarang kaedah perubatan sama ada rawatan IVF (in vitro fertilization) atau persenyawaan benih luar rahim.

Mastura, 25, berkata beliau memang mengimpikan anak kembar tetapi tidak menyangka hasratnya tertunai dengan dikurniakan empat orang serentak dalam keadaan selamat.

Ketika pemeriksaan ketika kandungannya dua bulan, doktor memaklumkan kewujudan dua jantung. Tiga minggu selepas itu, doktor mengesahkan bayinya kembar empat.

“Mulanya saya agak cemas kerana khuatir tidak mampu menjaga kandungan selain mengalami pelbagai alahan. Bagaimanapun dengan berkat doa dan sokongan keluarga, saya melalui pembedahan ini dengan selamat,” katanya.

   
 

Berita Minggu, 05/11/2006

   
 
   
   
   
   
 
 

_

 
   

 

 

  _
  Pemakanan Untuk Otak
   
 
   
 

Adakah anak-anak anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan terhadap pelajaran, kuat berangan, kerap buntu fikiran, lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan malas belajar dan tercicir?

 

Anak-anak perlu dibantu dengan Pemakanan yang sesuai dan berkesan.

 

Klik untuk info lanjut.

   
 
   
 
 
 

 

 

 

 

 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com