_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
   

 

   
 
Kembar mempunyai persamaan
   
   

 

Kembar mempunyai persamaan
 

Dua pasangan kembar yang menerima ijazah sarjana muda pada Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-36 di sini hari ini mempunyai persamaan apabila kedua-dua ibu bapa pasangan masing-masing merupakan bekas guru sekolah.


Nurul `Ain dan Nurul Aini Abdul Rahim, 26; menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer bagi pengkhususan Multimedia dan Kejuruteraan Perisian dengan kepujian kelas dua atas manakala Lokman Hakim dan Lokman Hakimi Lut, 24, menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan kepujian kelas dua rendah.


Ibu bapa pasangan Nurul `Ain dan Nurul Aini, Abdul Rahim Ismail, 56, merupakan pesara guru bagi mata pelajaran Agama dan Komputer manakala ibunya, Siti Normah Nasarudin, 50, guru Matematik.


Manakala ibu bapa Lokman Hakim dan Lokman Hakimi, Lut Omar, 70, adalah pesara guru dan bekas Penolong Kanan dan Wan Azizah Wan Ismail, 60, pesara guru Matematik.


Nurul `Ain dan Nurul Aini ketika ditemui berkata, mereka bersyukur setelah usaha selama enam tahun mengikuti pengajian dalam bidang tersebut membuahkan hasil dan mempunyai cita-cita untuk membuka perniagaan sendiri suatu hari nanti.


Nurul Aini berkata, sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah, mereka berdua mengikuti pengajian dalam Diploma Sains Komputer di Kampus Cawangan UTM, Kuala Lumpur selama tiga tahun.


Katanya, selepas itu, mereka tidak membuang masa dan mengambil keputusan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah dalam bidang yang sama selama tiga tahun di UTM di sini.


Tambahnya, sepanjang berada di universiti itu, mereka berdua mempunyai minat dan hobi yang sama apabila menyertai kelab koir dan kelab boling dalam menyertai kegiatan berfaedah.


"Selain itu kami juga turut mengulangkaji pelajaran bersama-sama sambil berbincang tentang beberapa mata pelajaran tertentu walaupun kami berbeza pengkhususan yang diambil dalam bidang Sains Komputer,'' katanya selepas majlis konvokesyen itu di Dewan Sultan Iskandar di sini.


Nurul `Ain memberitahu, tumpuan di dalam kelas serta mengulangkaji pelajaran bersama merupakan antara faktor yang membolehkan kedua-dua beradik mendapat kepuasan yang hampir sama setiap kali peperiksaan semester diadakan.


Katanya, dia dengan kakaknya menetapkan topik-topik tertentu yang perlu dibaca dan selepas itu mereka mengajar antara satu sama lain kerana kaedah itu akan membolehkan mereka memahami dan mengingati tentang mata pelajaran tersebut.


Ditanya apakah perancangan selepas menerima ijazah tersebut, Nurul `Ain berkata, dia dan kakaknya bercadang menjadi usahawan berjaya dengan membuka sebuah kedai komputer di kampungnya di Kedah.


Katanya, setakat ini usaha itu sedang dilakukan dengan membantu bapa mereka dengan menjalankan perniagaan seperti membaikpulih dan menjual komputer.


"Cadangan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana mungkin tidak akan dibuat dalam tempoh terdekat ini kerana ingin memberi tumpuan untuk membuka perniagaan sendiri,'' katanya.


Berbeza pula dengan Lokman Hakim dan Lokman Hakimi, pasangan tersebut hanya bersama ketika mengulangkaji pembelajaran secara berkumpulan tetapi mereka mempunyai aktiviti sendiri mengikut minat masing-masing.


Lokman Hakim berkata, walaupun jarang bersama pada waktu-waktu tertentu tetapi mereka berdua tetap mengambil berat antara satu sama lain dalam perkara tertentu.


Tambahnya, dia mempunyai satu minat sama seperti abangnya iaitu bermain badminton yang menjadi kegemaran sejak di bangku sekolah lagi.


Lokman Hakim berkata, selepas menduduki peperiksaan semester akhir tahun lalu, dia bernasib baik kerana menganggur selama dua bulan sahaja dan menerima tawaran kerja di sebuah kilang elektronik di Bangi, Selangor sebagai jurutera mekanikal.


Bagaimanapun bagi Lokman Hakimi pula dia masih lagi mencari pekerjaan berdasarkan kelayakan yang dimiliki.

   
 

Utusan Malaysia, 27/03/2006

   
 
   
   
   
   
 
 

_

 
   

 

 

_

AL-KISAH Si Kembar

_ _
  _
  Pemakanan Untuk Otak
   
 
   
 

Adakah anak-anak anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan terhadap pelajaran, kuat berangan, kerap buntu fikiran, lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan malas belajar dan tercicir?

 

Anak-anak perlu dibantu dengan Pemakanan yang sesuai dan berkesan.

 

Klik untuk info lanjut.

   
 
   
 
 
 

 

 

 

 

 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com