|
_
|
| |
|
| |
 |
Pasangan guna rawatan IVF peroleh kembar tiga |
|
| |
|
| |
|
|
|
Pasangan guna rawatan IVF peroleh kembar tiga
JOHOR BAHRU 21 Jun - Kesabaran sepasang suami isteri untuk
menimang cahaya mata dan mencuba rawatan kesuburan
in-vitro fertilisation (IVF) akhirnya berbaloi apabila
mereka berjaya memperoleh kembar tiga iaitu seorang
perempuan dan dua lelaki pada 6 April lalu.
Pekerja kilang sulaman, Lim Chen Shoon, 42 dan isterinya,
Tin Mei Yen, 34, seorang suri rumah menamakan anak
perempuan mereka Lim Jia Xing yang bermaksud bintang dalam
bahasa Mandarin.
Sementara kedua-dua anak lelaki mereka dinamakan Lim Jia
Liang yang bermaksud bulan dan Lim Jia Yang bermaksud
matahari.
"Kami memilih nama tersebut kerana bintang, bulan dan
matahari mempunyai peranan yang penting dan bermakna
kepada bumi. Begitulah juga pandangan saya kepada
ketiga-tiga anak saya,'' katanya kepada pemberita di sini
hari ini.
Ketiga-tiga bayi yang dilahirkan secara pembedahan di
Hospital Sultanah Aminah (HSA) kini berada dalam keadaan
sihat. Jia Liang dilahirkan selepas satu minit kakaknya,
Jia Xing dilahirkan manakala Jia Ying dilahirkan dua minit
selepas abangnya.
Chen Soon ditemui pada sidang akhbar mengenai bayi kembar
tiga pertama di Johor yang dilahirkan menerusi kaedah IVF.
Majlis itu diadakan di Pusat Pakar Wanita dan Kesuburan
Damansara di Plaza City, Jalan Tebrau di sini hari ini.
Jelasnya, sejak enam tahun lalu beliau bersama isterinya
berikhtiar menggunakan pelbagai rawatan untuk mendapatkan
anak.
"Pelbagai rawatan sudah dicuba termasuklah tiga pembedahan
laparoscopic, rawatan permanian beradas (IUI) dan
sebagainya tetapi masih tidak menunjukkan sebarang tanda
yang kami akan menimang cahaya mata.
"Bagaimanapun, kami tidak pernah berputus asa untuk
mencuba sehinggalah mengambil keputusan untuk mendapatkan
rawatan di Pusat Pakar Wanita dan Kesuburan Damansara di
sini. Akhirnya impian kami menjadi kenyataan,'' tambahnya.
Ditanya mengenai penjagaan kembar tiga itu, Chen Soon
berkata, ia bukanlah satu masalah kerana isterinya tidak
bekerja dan mereka juga sudah mendapatkan khidmat pembantu
rumah. |
| |
|
| |
Utusan
Malaysia,22/06/2005
|
| |
|
| |
|
| |
|
| |
|
| |
|
| |
|
|
| |
|
| |
_ |
| |
| |
 |
|
|
|
|
|
|
|
_
|
|
|
_ |
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
|
|
Adakah anak-anak
anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan
terhadap pelajaran, kuat berangan, kerap buntu fikiran,
lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas
bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan malas belajar
dan tercicir?
Anak-anak perlu dibantu dengan Pemakanan
yang sesuai dan berkesan.
Klik untuk info lanjut. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
|
|
|