_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
   

 

   
 
Pasangan kembar Hashim azam gegar dunia badminton
   
   
 

SI kembar tekun mendengar petua daripada abang
Roslin untuk berjaya dalam dunia badminton.

ANDAI nama kedua-dua abangnya, Roslin Hashim dan Hafiz disebut ada lawan yang agak gentar untuk berdepan dengan mereka, namun buat pasangan kembar Hafizi dan Hafifi mereka tidak mahu dibayangi dengan pencapaian kedua abang tua mereka.

Sebaliknya dua anak muda ini lebih gemar lawan mengenali kemampuan mereka di atas gelanggang saingan.

Seperti kejayaan Roslin yang pernah menduduki ranking pertama dunia pada 2001 dan Hafiz mencipta sejarah buat negara selaku juara baru All-England selang dua tahun kemudian, Hafizi dan Hafifi juga memasang impian membina kejayaan di peringkat dunia dalam karier mereka sebagai pemain badminton di masa akan datang.

Si kembar yang bermain dalam acara beregu itu bagaimanapun tidak mahu terburu-buru sebaliknya mengikut nasihat kedua orang tua mereka yang mahu anak muda itu memberi tumpuan kepada pelajaran sekolah sebagai keutamaan.

Malah, mereka mahu mengikut jejak langkah Hafiz yang cemerlang di bidang pelajaran sebelum memberi tumpuan penuh kepada dunia badminton.

"Kami masih di tingkatan tiga dan ayah mahu kami belajar rajin-rajin sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia. Selepas itu kami boleh merancang hala tuju dalam acara badminton.

"Kami mahu mengikut jejak Hafiz yang memberi tumpuan penuh kepada pelajaran semasa di peringkat sekolah. Abang mendapat keputusan baik dan berpeluang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi tetapi menolak kerana mahu memberi tumpuan kepada badminton.

"Itulah harapan kami mendapat keputusan cemerlang di peringkat SPM sebelum melangkah sebagai pemain profesional,” kata Hafizi.

Hafifi pula berkata kedua-dua kembar itu sebelum belajar di Sekolah Menengah Seksyen 11, Shah Alam. Tapi, memandangkan lebih banyak tumpuan diberi kepada latihan mendorong ayahnya menukarkan mereka kembali ke Kelantan dan meneruskan pelajaran serta latihan di negeri asal mereka.

Hafifi berkata, pada peringkat awal dia tidak berminat menjadi pemain badminton sebaliknya mahu menyertai acara bola sepak. Namun kejayaan Roslin berada di ranking nombor satu dunia pada 2001 membuka pintu hati mereka untuk mengikut jejak langkah abangnya itu.

"Roslin dan Hafiz sudah mengukir nama mereka dan kalau boleh kami mahu menjadi lebih baik daripada mereka dan mencipta kejayaan di kejohanan utama termasuk Sukan Olimpik,” kata Hafifi.

Pencapaian
2005 - Juara – bawah 15 tahun Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor
2002 - Juara – bawah 12 tahun Majlis Sukan Sekolah-sekolah Kelantan

Tahukah Anda?
TAHUN 2001 dan 2003 menjadi musim bangga bagi keluarga Hashim dari Kelantan dalam dunia badminton. Pada tahun berkenaan Roslin muncul pemain nombor satu dunia ranking Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) manakala adiknya, Hafiz menamatkan kemarau panjang gelaran perseorangan lelaki bagi negara apabila menjuarai kejohanan All-England.

   
 

Berita Harian

   
 
   
   
   
   
 
 

_

 
   

 

 

  _
  Pemakanan Untuk Otak
   
 
   
 

Adakah anak-anak anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan terhadap pelajaran, kuat berangan, kerap buntu fikiran, lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan malas belajar dan tercicir?

 

Anak-anak perlu dibantu dengan Pemakanan yang sesuai dan berkesan.

 

Klik untuk info lanjut.

   
 
   
 
 
 

 

 

 

 

 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com