_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
   

 

   
 
Pelajar kembar cemerlang dapat masuk sekolah elit
   
   

 


RASA TERHARU: Toh menyampaikan surat tawaran memasuki
SMK Mak Lagam kepada Siti Aisyah Maisarah dan Siti Aisyah Munirah, sambil diperhatikan Bohang dan Fatimah, kelmarin.


DUA beradik kembar, Siti Aisyah Maisarah dan Siti Aisyah Munirah, yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu berazam membuktikan kemiskinan keluarga bukan penghalang meneruskan pengajian hingga ke menara gading.

Hari ini, anak kepada pasangan Bohang Che Mat, 52, penjual sate dengan pendapatan kira-kira RM300 sebulan dan Fatimah Jusoh, 45, surirumah itu menjejakkan kakinya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Lagam, Kemaman, satu daripada Sekolah Elit Terengganu.

Walaupun hasrat memasuki sekolah berasrama penuh di bawah Kementerian Pelajaran tidak tercapai, kegembiraan jelas terbayang di wajah dua beradik kembar itu apabila Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Terengganu, Toh Chin Yaw, ke rumah mereka dengan membawa surat tawaran memasuki sekolah elit berkenaan, kelmarin.

“Kami tidak akan mensia-siakan peluang ini, walaupun terpaksa berjauhan dengan ayah, ibu dan adik. Ayah berpesan kemiskinan seseorang tidak akan berubah jika anak-anak termasuk kami gagal dalam persekolahan.

“Kami akan jadikan kata-kata ayah sebagai pendorong semangat untuk meneruskan kejayaan seperti dicipta dalam UPSR tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.

Berita Harian bulan lalu menyiarkan kemiskinan keluarga tinggal di Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu itu, walaupun miskin tetapi enam anak Bohang membuktikan faktor kemiskinan tidak menghalang mereka berjaya dalam pelajaran.

Abang sulung Siti Aisyah Maisarah dan Siti Aisyah Munirah, Ahmad Muhammad Mustakim, 20, kini mengikuti pengajian di Universiti Darul Iman Malaysia, manakala abang kedua, Ahmad Muhammad Amin, 19, mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

Sementara itu, abang ketiga, Muhammad Abdul Rahman Bohang, 18, memperoleh 1A bagi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik, manakala 2A Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biolagi dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun lalu. Kini dia menuntut di Universiti Tenaga Nasional, Bangi.

Sebelum ini, Muhammad Abdul Rahman ditawarkan melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi di Kedah, tetapi terpaksa menolaknya kerana ibu bapanya tidak mempunyai wang untuk membayar yuran pendaftaran dan perbelanjaan berkaitan.

Toh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bandar berkata, kerajaan negeri akan menanggung semua perbelanjaan termasuk yuran pendaftaran dan asrama untuk Siti Aisyah Maisarah dan Siti Aisyah Munirah.

Katanya, mereka turut mendapat pakaian persekolahan dan menerima bantuan persediaan ke sekolah berasrama penuh RM300 seorang daripada Yayasan Terengganu.

Sambil menjelaskan pihaknya juga akan membiayai peralatan persekolahan termasuk buku tambahan dua pelajar itu, Toh berkata, kerajaan negeri akan memastikan tiada seorang pun pelajar cemerlang peperiksaan gagal meneruskan persekolahan kerana kemiskinan.

 

Berita Harian, 02/01/2007

   
 
   
   
   
   
 
 

_

 
   

 

 

  _
  Pemakanan Untuk Otak
   
 
   
 

Adakah anak-anak anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan terhadap pelajaran, kuat berangan, kerap buntu fikiran, lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan malas belajar dan tercicir?

 

Anak-anak perlu dibantu dengan Pemakanan yang sesuai dan berkesan.

 

Klik untuk info lanjut.

   
 
   
 
 
 

 

 

 

 

 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com