_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
   

 

   
 
Petani Kembar Jadi Tauke Tembikai
   
   

 

Petani Kembar Jadi Tauke Tembikai


PENGALAMAN mengikuti kursus mengenai teknik pertanian moden di negara matahari terbit lima tahun lalu banyak memberi manfaat malahan beliau yakin berbudi pada tanah pasti membawa hasil yang lumayan sekiranya rajin berusaha.


Berpegang kepada falsafah 'dua ekar boleh senang' dua beradik kembar Zahid Hassan dan Daud Hassan, 37, dari Kampung Telaga Papan Setiu, Terengganu tidak pernah kenal apa erti penat dan kecewa berbakti kepada tanah yang sebelum ini paya beris.


Pasangan kembar ini mula mengusahakan projek tanaman tembikai sejak 1989 di kawasan seluas kira-kira 60 hektar. Berkat ketekunan dan usaha berterusan itu serta dibantu kira-kira 15 pekerja di ladang, kini mereka boleh berbangga kerana usaha itu akhirnya berjaya.


Walaupun pada mulanya masyarakat setempat juga tidak percaya dengan kejayaan mereka tetapi itulah hakikatnya. Siapa sangka tembikai yang ditanam di Kampung Telaga Papan, Setiu, Terengganu kini berada di pasaran luar negara seperti Hong Kong, Taiwan dan Singapura.


Dua beradik kembar itu mengusahakan tanaman tembikai merah tanpa biji jenis Ming-Hwa yang benihnya diimport dari Taiwan. Ia dikatakan tahan serangan penyakit dan amat sesuai ditanah di kawasan tanam beris dan berpaya.


Sebiji tembikai Ming Hwa boleh membesar dengan berat antara 10 hingga 12 kilogram pada musim panas tetapi merosot pada musim hujan lapan kilogram.


Jangka masa tuaiannya juga pendek kira-kira 10 minggu selepas ditanam. Pokok tembikai biasanya ditanam pada Februari dan mengeluarkan hasil pada April manakala musim kedua ditanam pada Jun dan berbuah pada Ogos.


Menurut Zahid, permintaan tembikai di pasaran tempatan mahupun eksport sangat menggalakkan. Selain pembekal tembikai tunggal Melayu di pasaran Hong Kong dan Taiwan, beliau turut menguasai pasaran di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Johor sejak sekian lama.


"Untuk pasaran di Hong Kong, Taiwan dan Singapura, tembikai dihantar pada April dan Mei manakala musim kedua pada September," katanya ketika ditemui di ladangnya baru-baru ini.


Zahid juga yakin dengan usahanya kerana buah tembikai juga menjanjikan pulangan lumayan. Bagi setiap 0.4 hektar, hasil purata kasar yang diperolehi kira-kira RM6,000 hingga RM8,000 semusim. Bagi keluasan yang sama kos operasi iaitu upah buruh, input pertanian dan peruntukan luar jangka antara RM2,000 hingga RM3,000. Ini bermakna purata untung bersih bagi setiap 0.4 hektar kira-kira RM4,000.


Sekilogram tembikai pada harga ladang ialah 60 sen hingga 70 sen dan ada ketikanya naik 80 sen hingga RM1.00. Tembikai dieksport melalui Pelabuhan Pasir Gudang dan dijual antara RM600 hingga RM700 setan metrik.


Kebiasaannya tembikai yang dihantar untuk tujuan eksport ke Hong Kong atau Taiwan mengambil masa empat hari. Antara April hingga Mei lalu 600 tan metrik tembikai sudah dieksport ke negara berkenaan.


Kini, mereka melakukan sendiri urusan pembungkusan, penelitian dan kawalan mutu serta pengurusan eksport. Sebelum ini, semua urusan itu dilakukan rakan kongsi dari Taiwan yang banyak membantu seperti memindahkan teknologi penanaman dan pemasaran.


Mutu tembikai yang siap dibungkus itu mampu bertahan sebulan dan dijual dengan harga RM5 sekilo di pasaran Hong Kong dan Taiwan.


Dua pasangan kembar ini juga mempunyai wawasannya tersendiri. Mereka ingin melihat 1995-1998 Terengganu khususnya daerah Setiu adalah tempat pengeluaran hasil pertanian secara komersial terutama menerbitkan tanaman tembikai, limau, duku dan dokong.


Untuk tahun 1999 hingga 2005, dua beradik ini juga memastikan Terengganu sebagai kawasan pengeluaran limau terbesar yang dikenali dengan Limau Setiu.


Bagi tujuan berkenaan, mereka berhasrat untuk menerokai tanah terbiar dengan bantuan kerajaan negeri dan jabatan serta agensi kerajaan terbabit melibatkan kawasan seluas kira-kira 200 ekar.


Mereka juga kini berurusan dengan rakan kongsi di Brunei, Sarawak dan Sabah untuk memasuki pasaran di sana dan dijangka ia akan dapat dilaksanakan akhir tahun ini.


Walaupun penat lelah mereka kini sudah menampakkan kejayaan namun mereka masih memerlukan bantuan serta tunjuk ajar daripada jabatan serta agensi pertanian.


"Kami ingin bergerak seiring dengan mereka memastikan projek ini berjaya dan kami mahu hasrat serta wawasan kami akan tercapai untuk menjadikan negeri ini khususnya daerah Setiu kawasan pengeluaran buah-buahan untuk tujuan eksport", katanya dengan penuh yakin.

   
 

Dipetik dari laman Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

   
 
   
   
   
   
 
 

_

 
   

 

 

_

AL-KISAH Si Kembar

_ _
  _
  Pemakanan Untuk Otak
   
 
   
 

Adakah anak-anak anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan terhadap pelajaran, kuat berangan, kerap buntu fikiran, lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan malas belajar dan tercicir?

 

Anak-anak perlu dibantu dengan Pemakanan yang sesuai dan berkesan.

 

Klik untuk info lanjut.

   
 
   
 
 
 

 

 

 

 

   
 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com