|
_
|
| |
|
| |
 |
Teka-teki terjawab |
|
| |
|
| |
|
| |
 |
| |
AIDIL (kanan)
dan Zaquan mahu terus tabur bakti di Negeri Sembilan. |
| |
|
|
|
TEKA-TEKI hala tuju pasangan kembar
sensasi negara, Aidil Zafuan serta
Zaquan Adha Abdul Radzak terjawab
apabila mereka menandatangani
kontrak bersama pasukan bola sepak
Negeri Sembilan (NS) semalam.
Kehadiran mereka dalam skuad
kendalian Wan Jamak Wan Hassan itu
pasti akan memantapkan lagi skuad
Hobin Jang Hobin bagi mengharungi
musim 2009 nanti.
Wan Jamak berkata, beliau bersyukur
apabila Aidil serta Zaquan mengambil
keputusan untuk terus menyarung
jersi Negeri Sembilan.
“Bagaimanapun, saya hanya akan
merencana strategi membabitkan
pasangan kembar ini apabila mereka
pulang daripada menggalas tugas
mewakili negara.
“Pada musim baru ini juga,
kebanyakan pemain-pemain yang
mewakili Negeri Sembilan merupakan
anak jati negeri ini sejajar dengan
amanat Presiden Persatuan Bola Sepak
Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri
Mohamad Hasan untuk melihat pasukan
diwakili anak tempatan,” katanya
Majlis pada majlis menandatangani
kontrak pemain di Klana Resort
semalam.
Dalam pada itu, Zaquan berkata, dia
dan abangnya, Aidil berjanji akan
memberikan komitmen terbaik untuk
memastikan Negeri Sembilan meraih
trofi kejuaraan pada musim baru ini.
“Saya berterima kasih kepada
presiden PBNS kerana memberi
kepercayaan kepada kami untuk sekali
lagi mewakili pasukan Negeri
Sembilan.
“Saya percaya skuad pada kali ini
akan memberi persaingan lebih sengit
kepada pasukan-pasukan lain dalam
saingan Liga Super nanti,” katanya.
Mengulas laporan yang mengatakan
mereka sedia beraksi pada kempen
Liga Slovakia, Aidil berkata,
tumpuannya serta Zaquan ketika ini
menggalas cabaran bersama Negeri
Sembilan.
“Sehingga kini, kami masih belum
menerima sebarang berita daripada
pihak Slovakia.
“Tugas kami sekarang membantu Negeri
Sembilan menempatkan diri dalam
kelompok pasukan terkemuka dalam
saingan Liga Malaysia musim depan.
“Kami akan memberikan aksi terbaik
setelah mendapat kepercayaan
daripada pihak pengurusan dan tidak
mahu menghampakan penyokong yang
sentiasa berada menyokong skuad
Negeri Sembilan,” katanya. |
| |
|
| |
|
| |
|
| |
Sumber: KOSMO 31/10/2008 |
| |
|
| |
|
| |
 |
| |
|
| |
|
| |
|
|
| |
|
| |
_ |
| |
| |
 |
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
_ |
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
|
|
Adakah anak-anak
anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan
terhadap pelajaran, kuat berangan, kerap buntu fikiran,
lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas
bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan malas belajar
dan tercicir?
Anak-anak perlu dibantu dengan Pemakanan
yang sesuai dan berkesan.
Klik untuk info lanjut. |
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
| |
_ |
|
| |
|
|
| |
|
|
|
|
|