_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
   

 

   
 
Teknik perniagaan kembar Olsen jadi ikutan
   
   
 
 

ASHLEY (kanan) dan Mary-Kate Olsen

   
 

LOS ANGELES - Aktres remaja terkenal, Mary-Kate dan Ashley Olsen membina empayar perniagaan berdasarkan program televisyen yang mempopularkan mereka pada 1990-an seperti Full House serta Two Of A Kind.

Pasangan kembar itu yang kini berumur 22 tahun bukan sahaja menjual koleksi pakaian mereka tetapi menjadi ikon fesyen tersendiri.

Koleksi pakaian terbaru pasangan itu, Elizabeth & James mula dijual di pasar raya Selfridges terkenal di London, Britain pada bulan lalu.

Koleksi pakaian pertama Mary-Kate dan Ashley yang dilancarkan di Britain pada Mac lalu mencatatkan jualan yang memberangsangkan dan pasangan itu menandatangani perjanjian untuk menghasilkan kasut.

Bagaimanapun, menurut sebuah akhbar semalam, teknik perniagaan yang dipelopor pasangan tersebut kini menjadi ikutan beberapa selebriti dan aktres muda terkenal.

Bintang realiti popular, Lauren Conrad, 21, melancarkan koleksi pakaiannya, The Lauren Conrad Collection pada tahun dan kini ia dijual di lebih 500 pasar raya di Amerika Syarikat (AS).

Selebriti terkenal, Peaches Geldof, 19, bekerjasama dengan beberapa pereka fesyen terkenal untuk koleksi pakaiannya sendiri yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi.

Aktres popular, Mischa Barton, 22, juga sedang mencari pereka fesyen terkenal untuk mencipta koleksi beg tangan dan cekak rambut. - Agensi

   
   
   
 

Sumber: KOSMO

   
   
 
   
   
   
 
 

_

 
   

 

 

  _
  Pemakanan Untuk Otak
   
 
   
 

Adakah anak-anak anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan terhadap pelajaran, kuat berangan, kerap buntu fikiran, lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan malas belajar dan tercicir?

 

Anak-anak perlu dibantu dengan Pemakanan yang sesuai dan berkesan.

 

Klik untuk info lanjut.

 
 

 

 

 

 

 
 
  _  
     
     
 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com