_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
   

 

   
 
Wanita Palestin lahir bayi kembar lima
   
   
 

Wanita Palestin lahir bayi kembar lima

GAZA CITY 21 Feb. – Hospital Shifa di sini mencatatkan sejarah apabila menyambut kelahiran bayi kembar lima daripada pasangan Palestin, hari ini.

Para doktor yang melakukan pembedahan caesarean ke atas Layla Abu Nofal, 25, berjaya menyambut kelahiran bayi kembar lima yang sihat dan comel.

Kelahiran kelima-lima bayi itu _ empat lelaki dan seorang perempuan bukan sahaja disambut dengan kesyukuran oleh Layla dan suaminya malah turut diraikan oleh para jururawat dan doktor di hospital itu.

Malah, wad bersalin yang bercat biru serba ceria itu secara tiba-tiba dibanjiri oleh para wartawan, jurugambar dan jurukamera yang tidak mahu melepaskan peluang merakam dan berkongsi kegembiraan dengan kelahiran bayi kembar ajaib itu.

Bapa kembar lima tersebut, Mohammed berkata, mereka sebelum ini dimaklumkan bahawa Layla hamil kembar empat sahaja.

"Kelahiran bayi kelima memang benar-benar tidak terduga tetapi kami sangat bersyukur dengan rezeki ini,’’ katanya.

Menurut Mohammed, isterinya itu mengambil pil kesuburan untuk membolehkannya hamil tetapi mereka tidak menyangka dikurniakan rezeki berganda seperti itu.

"Ibu mertua saya telah memilih nama untuk semua bayi termasuk Iman untuk bayi perempuan kami ini,’’ kata Mohammed.

Pasangan itu telah mempunyai dua anak iaitu seorang perempuan berusia lima tahun dan seorang lelaki berusia enam tahun.

Mohammed, 28, seorang anggota polis berkata, dia hanya memperoleh RM1,780 (AS$470) sebulan dan kerana itu dia tidak pasti sama ada "mampu menanggung ahli keluarganya sekarang.”

"Saya tidak tahu dari mana saya mesti mencari wang untuk membeli susu dan lampin mereka.

"Bagaimanapun saya percaya, rezeki untuk kami sekeluarga tetap ada,’’ tegas Mohammed yang turut menanggung 11 lagi ahli keluarganya.

– AP

   
 

Utusan Malaysia, 22/02/2007

   
 
   
   
   
   
 
 

_

 
   

 

 

_

AL-KISAH Si Kembar

_ _
  _
  Pemakanan Untuk Otak
   
 
   
 

Adakah anak-anak anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan terhadap pelajaran, kuat berangan, kerap buntu fikiran, lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan malas belajar dan tercicir?

 

Anak-anak perlu dibantu dengan Pemakanan yang sesuai dan berkesan.

 

Klik untuk info lanjut.

   
 
   
 
 
 

 

 

 

 

   
     
     
     
 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com