_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
   

 

   
 
Anak penoreh sambung belajar untuk bela nasib keluarga
   
   
   
 
  Nurul Hayati Subri (kiri) dan Nurul Salwa Subri ber.hasrat membela nasib keluarga menerusi pengajian di Kolej MAHSA.
   
   

 

PUSAT BANDAR DAMANSARA: Keadaan keluarga yang hidup dalam kekurangan tidak pernah mematahkan semangat dua saudara kembar untuk meneruskan pelajaran, malah mereka bersemangat membela keluarga menikmati kehidupan lebih baik.


Dua saudara kembar, Nurul Hayati Subri dan Nurul Hayati Subri (kiri) dan Nurul Salwa Subri ber.hasrat membela nasib keluarga menerusi pengajian di Kolej MAHSA. .

Nurul Salwa Subri, 22, gembira kerana hasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang kejururawatan sejak sekian lama akhirnya tercapai.


Mereka yang berasal dari Kuala Ketil, Kedah ini sebelum ini bekerja selama dua tahun untuk menyimpan wang bagi persediaan melanjutkan pelajaran ke . peringkat lebih tinggi.


Nurul Hayati ketika ditemui pada Majlis Penutup Minggu Orientasi Kolej MAHSA semalam memberitahu, kedua ibu dan ayah mereka tidak mampu untuk menyara perbelanjaan ke kolej berkenaan.


"Atas sebab itulah, kami berdua bekerja selama dua tahun dan menyimpan wang bagi memenuhi citacita kami ini," katanya.


Tambahnya, sebelum ini Nurul Hayati bekerja di sebuah syarikat kawaIan keselamatan, manakala Nurul Salwa bekerja sebagai Pengawal Kualiti barangan kilang.


"Hasrat kami untuk menyambung pelajaran' akhirnya tercapai dan kami berazam belajar bersungguh-sungguh serta seterusnya mendapat pekerjaan demi membantu keluarga.


"Kami lahir dalam keluarga yang susah, jadi peluang yang ada ini kami akan gunakan sebaik mungkin.


Menurutnya lagi, mereka berdua tidak cerewet untuk bekerja dalam sektor awam ataupun swasta, asalkan apa yang dipelajari selama tiga tahun ini membuahkan hasil.


"Saya juga berazam, bukan sahaja untuk mencari rezeki, malahan turut sarna berbakti kepada masyarakat," kata Nurul Hayati yang memilih kursus Diploma Kejururawatan.

   
   
 

Sumber:

Sinar Harian, 26/01/2008

   
   
 
   
   
   
 
 

_

 
   

 

 

  _
  Pemakanan Untuk Otak
   
 
   
 

Adakah anak-anak anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan terhadap pelajaran, kuat berangan, kerap buntu fikiran, lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan malas belajar dan tercicir?

 

Anak-anak perlu dibantu dengan Pemakanan yang sesuai dan berkesan.

 

Klik untuk info lanjut.

 
 

 

 

 

 

 
 
     
   
     
 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com