_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
   

 

   
 
Dua beradik kembar dari Iran antara 524 siswazah asing mendaftar di UPM
   
   
   
 
  GEMBIRA...Fatemeh (kiri) bersama Maryam.
   

 

Kami selamat di sini

SERDANG: "Rasa selamat ketika berada di negara ini selain kemudahan pengajian bertaraf antarabangsa menjadi pendorong utama saya dan adik kembar menyambung pengajian di sini," kata Maryam Zarei, 28, dari Tehran,. Iran yang mendaftar di Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam.


Maryam dan adik kembar. nya, Fatemeh meninjau sendiri UPM, enam bulan lalu sebelum menyambung pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Sains Pemakanan manakala adiknya Ijazah Sarjana Sains Komuniti.


Kedua-ciua meraka adalah antara 524 siswazah asing yang mendaftar di UPM bagi semester kedua 2007 /2008 menjadikan jumlah keseluruhan pelajar baru universiti terbabit 1,546 orang yang melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang pada peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD).


Maryam berkata, perasaan yang dialaminya ketika berada di negara ini sangat berbeza berbanding ketika melawat universiti di Eropah.


"Di sini penerimaan penduduknya adalah lebih baik kerana kita mempunyai budaya yang hampir sarna dan paling penting ini adalah negara Islam," katanya selepas sesi pendaftaran dan majlis ikrar pelajar baru UPM bersarna Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah di Dewan Besar UPM di sini, semalam.


Sementara itu, keazaman untuk membantu negara dan bangsanya . maju setanding negara lain mendorong pelajar dari Sudan, Abdel Hafiz Mustafa, 28, melanjutkan pe. ngajian di negara ini.


Katanya, dia memilih negara ini untuk melanjutkan pengajian selepas mendengar pengalaman dan maklumat rakan dan saudara mara yang 'pernah berkunjung di sini.


"Saya mungkin akan menyambung pengajian ke peringkat PhD di sini kerana saya yakin dengan kualiti pengajian yang ditawarkan. Saya akan pulang dan bantu negara saya untuk lebih maju," katanya yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal.


Seorang lagi pelajar dari Tehran, Solmaz Rastegar, 25, berkata dia membuat keputusan menyambung pengajiannya di sini selepas abangnya menyambung pelajaran di Universiti LimKokWing.

   
   

 

Sumber:

Harian Metro, 26/01/2008

   
   
   
 
   
   
   
 
 

_

 
   

 

 

  _
  Pemakanan Untuk Otak
   
 
   
 

Adakah anak-anak anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan terhadap pelajaran, kuat berangan, kerap buntu fikiran, lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan malas belajar dan tercicir?

 

Anak-anak perlu dibantu dengan Pemakanan yang sesuai dan berkesan.

 

Klik untuk info lanjut.

 
 

 

 

 

 

 
 
     
   
     
 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com