|
|
SEKIRANYA anda
diberitahu oleh doktor bahawa anda sedang hamil dengan
kandungan kembar, sudah pasti ia adalah satu berita yang
amat menggembirakan anda serta pasangan.
Tetapi pada masa yang sama doktor juga akan menerangkan
kepada anda bahawa kehamilan kembar adalah kehamilan yang
berisiko tinggi. Tentu ia agak mencemaskan anda.
Namun, jangan biarkan ia menjadi penghalang untuk anda
mempelajari tentang risiko kemungkinan yang berkaitan
kehamilan kembar, sama ada kembar dua, tiga atau lebih.
Dengan memahami kemungkinan risiko, komplikasi kehamilan
kembar dan juga rawatan yang berkaitan, anda akan lebih
bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan
berlaku sekiranya sesuatu masalah berlaku pada kandungan
anda.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya
kehamilan kembar:
|
|
|
|
* |
Faktor keturunan. Keluarga sebelah ibu. |
|
|
|
|
* |
Bilangan kandungan terdahulu. Lebih ramai anak lebih
tinggi kemungkinan mengalami kehamilan kembar. |
|
|
|
|
* |
Umur yang agak lanjut ketika pertama kali hamil. |
|
|
|
|
* |
Rawatan kesuburan. Ubat subur menyebabkan pengeluaran
telur (ovum) lebih daripada satu dan kaedah pemindahan
lebih daripada satu embrio ke dalam rahim semasa proses
permanian berhadas (in vitro fertilization/IVF). |
|
|
|
Tanda-tanda kehamilan kembar
Ia berbeza antara seorang ibu yang hamil kembar dengan
seorang yang lain. Ada wanita yang hamil kembar, tetapi
tidak mengalami langsung gejala kehamilan yang teruk.
|
|
|
|
* |
Loya dan muntah-muntah yang teruk disebabkan oleh
kepekatan hormone HCG yang tinggi di dalam darah. |
|
|
|
|
* |
Peningkatan berat badan mendadak pada trimester pertama
(tiga bulan pertama). Ini berlaku akibat peningkatan
isipadu darah dan peningkatan berat rahim yang berganda
berbanding kehamilan biasa. |
|
|
|
|
* |
Ibu hamil kembar merasai pergerakan bayi yang sangat
banyak. |
|
|
|
|
* |
Mengalami rasa letih yang keterlaluan akibat penggunaan
tenaga dan kalori yang berganda. |
|
|
|
|
* |
Saiz rahim lebih besar dari umur kandungan. |
|
|
|
Jenis-jenis kandungan kembar
|
|
|
|
1- |
Monozigotik/kembar seiras
Melibatkan 1/3 dari kes-kes kehamilan kembar yang terjadi
apabila berlakunya persenyawaan antara satu ovum dan satu
sperma yang kemudiannya terbahagi. |
|
|
|
|
|
Pembahagian awal embrio: |
|
|
* Tiga hari pertama selepas persenyawaan, menjadi dua atau
lebih janin dengan dua uri berasingan.
* Antara empat hingga tujuh, menjadi dua atau lebih janin
dengan berkongsi satu uri tetapi berada di dalam kantung
amnion berlainan.
* Antara lapan hingga 13 hari, menjadi dua atau lebih
janin yang berkongsi satu uri dan di dalam satu kantung
amnion.
* Lebih dari 13 hari, menjadi kembar siam. |
|
|
|
|
2- |
Dizigotik/kembar tak seiras |
|
|
Meliputi 2/3 daripada kes-kes kehamilan kembar. Ia terjadi
apabila dua atau lebih ovum tersenyawa. Setiap janin
mempunyai uri, kantung amnion dan kantung korion yang
berasingan. |
|
|
|
Risiko kandungan dan kelahiran kembar
Ibu dan bayi terdedah kepada beberapa risiko kemungkinan.
Risiko pada bayi:
|
|
|
|
1- |
Kelahiran pramatang. |
|
|
|
|
|
Risiko yang paling kerap berlaku menyebabkan meningkatnya
kes-kes kematian akibat komplikasi pramatang dan jika
hidup, bayi-bayi pramatang itu memerlukan rawatan rapi
dalam jangka masa yang lama di dalam unit rawatan rapi
neonatal (bayi baru lahir).
Purata umur kandungan berlakunya kelahiran pramatang dan
bilangan kandungan
Kembar dua: 37 minggu
Kembar tiga: 33 minggu
Kembar empat: 31 minggu
(Kelahiran cukup bulan adalah pada 38 minggu atau lebih) |
|
|
|
|
2- |
Masalah kembar monokorionik.
|
|
|
Keadaan yang berlaku pada janin kembar yang berkongsi satu
uri. Ini menyebabkan berlakunya persilangan pada saluran
darah di dalam uri menyebabkan ketidakseimbangan aliran
darah di antara janin-janin itu.
Satu janin terlebih bekalan darah dan janin kembarnya pula
kurang mendapat bekalan darah. Jika keadaan ini tidak
dirawat, ia akan mendatangkan bahaya pada kedua-dua bayi
dengan kadar kematian lebih 80 peratus.
Penemuan teknologi terkini bagaimanapun membolehkan para
doktor untuk merawat keadaan ini melalui pembedahan khusus
menggunakan laser. |
|
|
|
|
3- |
Masalah kembar monokorionik-monoamniotik. |
|
|
|
|
|
Keadaan ini berisiko tinggi kerana berlakunya masalah
kelahiran pramatang, tumbesaran terencat, kecacatan
kongenital/sejak lahir dan tali pusat terbelit antara satu
sama lain.
Ketika di dalam kandungan, keadaan ini dapat dikesan
apabila selaput yang memisahkan antara kembar tidak
kelihatan semasa pemeriksaan ultrasound dilakukan pada
kandungan itu.
Ia boleh menyebabkan kadar kematian lebih dari 50 peratus.
Tiada rawatan khusus untuk keadaan ini. Pada amnya ibu
yang hamil kembar dengan komplikasi ini memerlukan
pemerhatian khusus dan dimasukkan ke hospital.
Bayi-bayi ini mungkin terpaksa dilahirkan lebih awal dari
sepatutnya untuk mengelakkan komplikasi mati dalam
kandungan. |
|
|
|
Masalah kembar seperti ini termasuklah;
|
|
|
|
i- |
Kembar akardiak. Salah satu dari kembar itu tidak
mempunyai jantung, atau jantung kecil ataupun ada jantung
tetapi tidak berfungsi. |
|
|
|
|
|
Tetapi sebahagian besar pengaliran darah mengalir kepada
sistem aliran darah kembar yang tidak normal itu dan ini
seterusnya menyebabkan berlakunya masalah pada aliran
darah kepada jantung kembar yang normal dan boleh
menyebabkan berlakunya kegagalan jantung pada kembar
normal. |
|
|
|
|
ii- |
Kembar siam. Berlaku antara 1 hingga 3.5 bagi setiap
1,000 kelahiran kembar. Ia bukanlah akibat perlekatan
kembar-kembar itu tetapi sebenarnya akibat pembahagian
yang tidak lengkap di awal peringkat embrio. |
|
|
|
|
|
Pada amnya, 40 peratus daripada kembar siam dilahirkan
mati, 35 peratus mati selepas 24 jam dilahirkan dan jika
hidup mereka terpaksa menjalani pembedahan yang sangat
berisiko tinggi. |
|
|
|
|
iii- |
Kematian salah satu kembar di dalam kandungan. Jika
kematian salah satu kembar itu berlaku di awal kandungan,
ia tidak menyebabkan kemudaratan kepada kembar yang masih
hidup.
Tetapi kematian salah satu kembar di peringkat akhir
kandungan akan mendedahkan kembar yang hidup kepada
masalah kelahiran pramatang, kecacatan sistem saraf dan
palsi serebral.
Kembar yang masih hidup besar kemungkinan perlu dilahirkan
agak awal sebaik sahaja paru-parunya dijangkakan sudah
matang. |
|
|
|
Risiko pada ibu
|
|
|
|
* |
Kencing manis semasa mengandung. |
|
|
Ibu yang hamil dengan kandungan kembar didapati berisiko
dua kali ganda untuk menghidapi kencing manis semasa
mengandung.
Ini disebabkan oleh kepekatan hormon yang lebih tinggi
yang menyebabkan gangguan pada proses penghasilan insulin
dalam darah ibu. |
|
|
|
|
* |
Masalah berkaitan uri. |
|
|
Ibu yang hamil dengan kandungan kembar berisiko tinggi
mengalami masalah uri di bawah (previa plasenta) dan uri
terlekang dari dinding rahim (placenta abruption).
Ini boleh menyebabkan berlakunya komplikasi pendarahan
yang teruk semasa mengandung atau selepas melahirkan. |
|
|
|
|
* |
Darah tinggi semasa mengandung. |
|
|
Lebih kurang 30 peratus daripada ibu hamil kembar akan
mengalami masalah ini. Ia berlaku akibat peningkatan
isipadu darah yang sangat tinggi.
Rawatan yang perlu termasuklah rehat yang mencukupi dan
mungkin juga ubat- ubatan. Keadaan ini juga mendedahkan
ibu kepada masalah praeklamsia dan komplikasi sawan semasa
mengandung. |
|
|
|
|
* |
Masalah jantung. |
|
|
Ibu yang hamil kembar didapati 13 kali lebih berisiko
untuk mengalami masalah kegagalan jantung. Dan risiko
untuk mendapat serangan jantung juga meningkat sebanyak
empat kali ganda. |
|
|
|
Sekiranya seseorang itu hamil dengan kandungan kembar, ia
haruslah menyedari tentang risiko-risiko kemungkinan yang
akan berlaku pada bayi dalam kandungannya dan juga
kesihatan diri.
Mereka haruslah mendapatkan rawatan pakar di peringkat
awal lagi supaya sebarang komplikasi dapat dikesan awal
dan seterusnya mendapat rawatan yang sewajarnya.
Oleh: DR.
RASLIZA RAMLI (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital
Pakar KPJ Kajang Selangor) Dari sumber: Utusan malaysia
Online |