Menara kembar
Petronas setinggi 45.9 meter (88 tingkat) yang siap dibina
pada Disember 1996 telah mencatatkan sebagai bangunan
berkembar paling tinggi di negara kita dan juga tertinggi
di dunia pada masa ini. Y.A.B. Perdana Menteri. Datuk Seri
Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan pembinaannya pada
bulan September 1992.
Tapak asal menara ini pada masa dahulunya adalah Padang
Lumba Kuda Jalan Ampang. Kerja-kerja pembinaan menara ini
mengambil masa selama dua tahun dan telah siap dibina pada
tahun 1996. Tapak binaannya adalah seluas 341,783 meter
persegi. Terdapat sebuah jejantas sepanjang 58.4 meter
yang menghubungkan kedua-dua bangunan ini di aras 41 dan
42.
KUALA LUMPUR:
Tentulah aneh dan mengejutkan apabila sebuah Proton Iswara
Aeroback boleh berada di dua tempat berasingan pada satu
masa. Namun itulah yang berlaku sehingga pemilik sah
kenderaan itu keliru.
Pekerja am rendah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),
Azimah Mat Yusop, 47, meletakkan kereta di tempat letak
kenderaan di Kuartes DBKL Jalan Semarak di sini, pada 3
April lalu.
Pada masa sama, anak saudaranya memberitahu dia melihat
kereta jenis serta nombor plat sama dipandu seorang lelaki
di sekitar Wangsa Maju.
Kekeliruan itu bagaimanapun terjawab apabila semakan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan
mendapati kereta dipandu lelaki di Wangsa Maju itu
kenderaan curi yang menggunakan nombor plat pendaftaran
palsu.
Menurut Azimah, dia terkejut diberitahu keretanya yang
diletakkan di Kuarters DBKL dipandu seorang lelaki di
Seksyen 2, Wangsa Maju.
Dia yang sedang bertugas menghubungi jiran bagi
mendapatkan kepastian.
"Saya terkejut apabila jiran memberitahu kereta saya masih
di tempat letak kereta di rumah. Ia menimbulkan tanda
tanya bagaimana nombor plat Proton Iswara dengan warna
sama dengan kereta saya dipandu orang lain di Wangsa Maju.
"Anak saudara saya kemudian mengekori kereta itu ke sebuah
flet dan melihat pemandunya meninggalkan kereta di situ,"
katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.
Azimah berkata, dia yang bimbang kejadian buruk segera
membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju dan JPJ Wilayah
Persekutuan, keesokannya.
Ini kerana dia bimbang kereta ‘kembar’ itu digunakan untuk
tujuan jenayah.
"Saya bernasib baik kerana tiada kejadian tidak diingini
berlaku seperti saman atau kesalahan lain dilakukan lelaki
yang menggunakan kereta ‘kembar’ saya.
"Yang peliknya, selain nombor pendaftaran sama, warna dan
model kereta terbabit juga serupa," katanya.
Azimah berkata, dia difahamkan, sebaik menerima laporan,
anggota JPJ Wangsa Maju segera menjalankan siasatan dan
berjaya menjejaki kereta berkenaan di Seksyen 2 Wangsa
Maju, kelmarin.
Sementara itu, Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Nadzri
Siron, berkata pegawainya melakukan pemantauan terhadap
kereta terbabit sejak dikesan kelmarin, namun tiada
sesiapa mengambil kereta itu selepas beberapa jam dipantau.
"Kereta itu kemudian ditunda ke pejabat JPJ dan kami
percaya ia sudah beberapa hari ditinggalkan di situ,"
katanya.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan pada nombor enjin dan
casis mendapati kereta itu menggunakan nombor plat dan
cukai jalan palsu.
Menurutnya, kereta berkenaan dilaporkan dicuri di sekitar
daerah Sentul awal tahun ini dan ia kini disita untuk
tindakan lanjut.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan
boleh menghubungi Unit Aduan dan Siasatan JPJ di talian
03-40202223 dan 03-40236470 (selepas waktu pejabat).
Suhaimi Mohd
Nor, 35, yang sudaj tiga tahun berniaga di situ dan pernah
bekerja mengopek kelapa di Bagan Datoh, Perak, berkata,
dia tidak pernah mendengar atau terjumpa dengan kelapda
sedemikian rupa.
"Jumaat lalu,
seperti biasa abdang ipar saya membelah stok kelapa untuk
dikisar. Pada mulanya dia tak perasan kelapa itu isinya
kembar, bila dah ambil untuk dikisar, barulah dia perasan
yang kelapa itu kembar.
"Bila kami
berdua lihat dekat-dekat, bukan hanya kembar, malah ia
mengeluarkan bau yang dangat wangi macam bau bunga melor.
Kami pun letak dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk,"
katanya sambil memberitahu akan menyimpan kelapa itu
kerana ia boleh dijadikan minyak.
Adakah anak-anak
anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan
terhadap pelajaran, kuat berangan, kerap buntu fikiran,
lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas
bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan malas belajar
dan tercicir?
Anak-anak perlu dibantu dengan Pemakanan
yang sesuai dan berkesan.