_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
   

 

   
 
Pasangan kembar glamor
   
   
   
 
Sama tidak serupa. Ikin (Nora'asikin Rahmat) kini bertudung (kiri) bersama kembarnya Aenn.
   
   
   

 

Ikin bertudung kerana mimpi

Sumber: Kosmo, 14/01/2008

Oleh FAIZAL SAHARUNI

   

 

SEDANG penulis leka tercari-cari tempat duduk untuk menyaksikan detik bersejarah pelakon, Beego, 27, dan pasangannya, Intan Shahira Mohd. Shahru, 26, beradu di pelamin nan indah di Hotel Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan kelmarin, mata tertancap seketika pada kelibat dua kembar seiras glamor ini.


Sudah terang lagi bersuluh.Setelah diamati mereka adalah adikcberadik dan juga pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri, Kawan - lkin dan Aenn.


Enggan melepaskan pandangan kasar, malahjiwa di dalam meronta-ronta untuk mengesahkan sekalilagi kebenaran di depim mata kerana salah seorang kembar ini begitu ayu dan kelihatan sopan mengenakan imej bertudung.


Tidak dinafikan, sebelum ini memang ada desas-desus yang mengatakan Ikin yang dikatakan 'berkongsi hati dan perasaan' dengan juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi telah pun mengambil keputusan bertudung sejak sebulan lalu.


Dan kesempatan bertentang mata serta berbicara dengan gadis berusia 29 tahun ini menjawab segala persoalan yang bersarang di hati berhubung isu hijrah lkin atau nama sebenarnya Nora' asikin Rahmat.


 "Saya pakai tudung sejak sambutan Aidiladha lalu," ucapnya ringkas seolah dapat mendasari apa yang bakal ditanya penulis.

Tidak henti senyuman manis, Ikin menjelaskan, sebelum menyambut Hari Raya Haji hampir sebulanlalu, dia mendapat 'petanda' dari mimpi yang dialami sekali gus menginsafkan dirinya.


"Tak boleh nak beritahu kepada orang ramai apa yang saya lalui dalam mimpi itu. Rasanya ia terlalu peribadi untuk saya ceritakan.


"Apabila terjaga, saya terus menceritakan hal sebenar kepada ibu, Fatimah Saad, 52, dan menyatakan hasrat untuk melakukan perubahan dalam hidup, "Alhamdulillah, ibu bersyukur dan menerima perkhabaran saya ingin memakai tudung dengan perasaan gembira," katanya mengimbas kenangan yang pastinya tidak mudah pudar dari ingatannya sehingga akhir hayat.

Kekasih rasa terperanjat

Anak kelahiran Johor Bahru, Johor, memberitahu, teman lelaki juga terperanjat dengah keadaan barunya yang menutup aurat dan bertudung.


Enggan mengulas Ian jut siapakah gerangan lelaki yang bertakhta di hatinya, lkin berkata: "Dia (kekasih) rasa terperanjat, malah semua orang termasuk keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan rapat terkejut dengan perubahan ini.


"Mereka tak bercakap apa-apa, sebaliknya hormat dengan keputusan yang saya diambil dan memanjatkan rasa kesyukuran dengan keadaan baru ini.


"Kalau ada ternan yang nak ajak keluar, mereka akan bawa ke tempat-tempat yang bersesuaian dengan diri saya yang bertudung ini.


"Dalam soal pergaulan pula, saya masih seperti Ikin yang mereka kenali sebelum' ini, cuma ada sesetengah perkara yang perlu diberi limitasi supaya tidak dipandang buruk umum," jawab Ikin yang baru sahaja menyambung kontrak dengan produk kecantikan, R & Z Cosmetics bersama Aenn untuk tahun 2008.
 

Ikin ikhlas bertudung
Biarpun mahal harga pengorbanan yang dilakukan, tidak semestinya ia dapat membuatkan diri disukai. Ada suara-suara nakal mengaitkan Ikin mengambil keputusan bertudung atas desakan orang lain, malah ada yang berani membuat percaturan, ia sekadar sementara waktu.


Ikin bagaimanapun tenang berhadapan kenyataan itu setenang wajahnya kerana dia sedia mengerti ramai yang akan mempersoal transformasi'dirinya pada tahun 2008 yang baru beberapa hari menginjakkan kaki itu.


"Ini (bertudung) adalah keputusan muktamad. Kalau boleh saya nak menutup aurat buat selama-lamanya.


"Ia dilakukan dengan keikhlasan hati tanpa ada sebarang paksaan dari mana-mana pihak. Tambahan pula keinginan bertudung memang sudah lama tersimpan di hati dan ia adalah· salah satu azam tahun ini.


"Saya dapat jangka impak kalaubuka tudung semula, pasti orang akan mengata di kemudian hari. Justeru, saya sudah bersedia sepenuhnya melakukan perubahan ini," jawab Ikin mengangkat prinsipal baru yang kini menjadi pegangari hidupnya.

Sempat berseloroh, Ikin mengakui peminat juga sudah boleh membuat perbandingan antara Ikin dan Aenn kerana sebelum ini, memandang mereka mata mampu menjadi keliru lebih-Iebih lagi wajah kedua-duanya terlalu mirip.


"Semenjak pakai tudung, orang sudah tidak salah tafsir lagi antara Ikin dan Aenn. Kini mereka dapat kenaI Ikin melalui pemakaian tudung dan Aenn pula sebaliknya," ungkapnya sambi! .
disahut hilaian tawa Aenn yang sentiasa berada di sisi kakak kesayangannya itu.

Tidak halang berfesyen

Ikin terus membutir kata, penampilannya sekarang benar-benar berubah dalam sekelip mata, malah koleksi baju-baju lama yang tersimpan dalam almari serta menjadi kegemarannya suatu ketika dahulu telah pun diberikan kepada kembarnya.


"Walaupun bertudung, tak semestinya saya kena pakai selekeh saja, sebaliknya saya masih boleh berfesyen walaupun sudah menutup aurat.


"Cuma saya kena tahu beberapa batasan sebagai insan yang bertudung.


Dan ia sememangnya tidak menjadi penghalang dalam melaksanakan apa jua aktiviti seharian saya," akui Ikin tanpa berselindung.


Mengakui pemakaian tudung bukan menjadi masalah.buatnya kerana sebelum mulanya denting penghijrahan ini, Ikin bukanlah wanita yang gemar berpeleseran di pusat-pusat hiburan serta menghabiskan waktu senggang dengan melepak tidak tentu-hala.


"Saya bukannya kaki kelab atau suka keluar ke sana-sini, jadi perubahan ini tidak menjadi tanggungjawab berat yang harus saya pikul.


"Ikin masih seperti dulu, bezanya saya kini dengan imej bertudung dan sopan," tutur Ikin lembut selembut naluri wanitanya yang penuh 1001 rahsia itu.

   
   
 
   
 
   
   
   
 
 

_

 
   

 

 

  _
  Pemakanan Untuk Otak
   
 
   
 

Adakah anak-anak anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan terhadap pelajaran, kuat berangan, kerap buntu fikiran, lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan malas belajar dan tercicir?

 

Anak-anak perlu dibantu dengan Pemakanan yang sesuai dan berkesan.

 

Klik untuk info lanjut.

   
 
   
   
 
 

 

 

 

 

   
 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com