_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
   

 

   
 
Perhimpunan 261 pasangan kembar cipta rekod Malaysia
   
   
 
  Sebahagian daripada 261 pasangan kembar berhimpun pada Festival Pasangan Kembar di padang letak kereta Amcorp Mall, Petaling Jaya, Selangor, semalam. – Gambar IZHAM JAAFAR.
   
 

PETALING JAYA 4 Ogos – Perhimpunan 261 pasangan kembar di Selangor hari ini mencatat sejarah apabila dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai perhimpunan pasangan kembar terbanyak di negara ini.

Majlis perhimpunan anjuran Jawatankuasa Bahagian Pelancongan, Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna Selangor yang diadakan di padang letak kereta Amcorp Mall, di sini itu berjaya memecah rekod seramai 135 pasangan kembar yang sebelum ini pernah dibuat di Kuching, Sarawak.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, program itu merupakan salah satu acara besar bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan dan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2007.

Menurutnya, program kali pertama itu turut mendapat sambutan menggalakkan daripada pasangan kembar dari luar Selangor yang berminat untuk menyertainya pada masa akan datang.

"Program ini akan diteruskan pada tahun-tahun hadapan dengan jangkaan pertambahan bilangan pasangan kembar yang didaftarkan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Festival Pasangan Kembar Selangor 2007.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Pelancongan, Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Datuk Lim Tuang Seng.

Menurut Mohamad Khir, festival bertemakan ‘Keriangan Berganda Dalam Satu Festival’ itu akan dibuka penyertaan kepada negeri luar pada tahun hadapan.

Perayaan Hari Pasangan Kembar turut disambut secara besar-besaran kebanyakan bandar besar dunia seperti di Amerika Syarikat, China, Kanada dan Jerman.

Setiap perayaan kebiasaannya berjaya mengumpulkan purata seramai 300 pasangan kembar dari pelbagai umur dan bangsa di sekitarnya.

Pada majlis sama, MBOR melalui wakilnya, Kenneth Wong mengumumkan perhimpunan itu dicatat dalam MBOR.

Menurut Mohamad Khir, Kelab Pasangan Kembar Selangor akan ditubuhkan untuk menjadi tempat pertemuan pasangan kembar selain sebagai tarikan pelancongan negeri.

"Kita mahu mendapatkan statistik sebenar bilangan pasangan yang ada di negeri ini sebelum mengadakan kelab yang bakal memberi banyak kemudahan kepada mereka.

"Pasangan kembar Selangor akan diiktiraf dan mendapat kemudahan potongan harga untuk penginapan, pengangkutan dan membeli belah di sini," ujarnya.

   
 

Sumber: Mingguan Malaysia, 05/08/2007

   
 
   
   
 
   
   
   
 
 

_

 
   

 

 

  _
  Pemakanan Untuk Otak
   
 
   
 

Adakah anak-anak anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan terhadap pelajaran, kuat berangan, kerap buntu fikiran, lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan malas belajar dan tercicir?

 

Anak-anak perlu dibantu dengan Pemakanan yang sesuai dan berkesan.

 

Klik untuk info lanjut.

   
 
   
 
 
 

 

 

 

 

   
 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com