|
|

MONTEL... Syed Ariff, Sharifah
Maisarah, Syed
Khawarizmi dan Syed Khazin
sentiasa ceria bersama.
MEREKA sungguh istimewa dan unik.
Mereka tidak dilahirkan seorang diri,
tidak juga berdua atau bertiga
tetapi berempat dari satu rahim ibu.
Hati ibu bapa mana yang tidak
gembira apabila menimang empat bayi
sekali gus. Namun, di sebalik
kegembiraan pasti sedikit sebanyak
timbul rasa cuak bagaimana mahu
menguruskannya - sedangkan seorang
pun boleh menyebabkan rumah kelam
kabut inikan pula kembar empat.
Memang jadi kebiasaan bagi anak
kembar, seorang menangis pasti yang
lain ikut sama. Begitu juga apabila
tiba sakit atau demam,
bergilir-gilir bagai diatur-atur.
Semuanya ini memerlukan kesabaran,
jika tidak keadaan sudah tentu akan
menjadi kucar-kacir.
Begitulah pengalaman yang dilalui
dan diceritakan oleh dua pasangan
suami isteri yang masing-masing
dianugerahkan Tuhan dengan pasangan
kembar empat.
Telatah anak pasangan Syed Nurshadir
Syed Ibrahim, 40, dan Saidatul
Nazura Mohd Sadi, 39, Sharifah
Nadira, Sharifah Nazira, Syed Nazrin
dan Syed Nadzmi, yang kini berusia 6
tahun, sentiasa mencuri tumpuan
orang di sekiling mereka.
Begitu juga dengan pasangan Syed
Khairul Anuar Syed Ahmad, 30, dan
Mastura Azman, 27, yang dikurniakan
empat cahaya mata serentak, Sharifah
Maisarah, Syed Ariff, Syed
Khawarizmi dan Syed Khazin, yang
baru berusia sembilan bulan.
Wartawan MEGA, RAHANA MD bersama
jurugambar RASHID MAHFOF dan
NASIRUDDIN YAZID menjejaki mereka di
rumah masing-masing untuk berkongsi
pengalaman membesarkan anak-anak
kembar empat di samping merakam
aksi-aksi menarik untuk dikongsi
bersama.
Kembar empat Nurshadir dan
Saidatul nazura
MEREKA sungguh istimewa dan unik.
Mereka tidak dilahirkan seorang diri,
tidak juga berdua atau bertiga
tetapi berempat dari satu rahim ibu.
Hati ibu bapa mana yang tidak
gembira apabila menimang empat bayi
sekali gus. Namun, di sebalik
kegembiraan pasti sedikit sebanyak
timbul rasa cuak bagaimana mahu
menguruskannya - sedangkan seorang
pun boleh menyebabkan rumah kelam
kabut inikan pula kembar empat.
Memang jadi kebiasaan bagi anak
kembar, seorang menangis pasti yang
lain ikut sama. Begitu juga apabila
tiba sakit atau demam,
bergilir-gilir bagai diatur-atur.
Semuanya ini memerlukan kesabaran,
jika tidak keadaan sudah tentu akan
menjadi kucar-kacir.
Begitulah pengalaman yang dilalui
dan diceritakan oleh dua pasangan
suami isteri yang masing-masing
dianugerahkan Tuhan dengan pasangan
kembar empat.
Telatah anak pasangan Syed Nurshadir
Syed Ibrahim, 40, dan Saidatul
Nazura Mohd Sadi, 39, Sharifah
Nadira, Sharifah Nazira, Syed Nazrin
dan Syed Nadzmi, yang kini berusia 6
tahun, sentiasa mencuri tumpuan
orang di sekiling mereka.
Begitu juga dengan pasangan Syed
Khairul Anuar Syed Ahmad, 30, dan
Mastura Azman, 27, yang dikurniakan
empat cahaya mata serentak, Sharifah
Maisarah, Syed Ariff, Syed
Khawarizmi dan Syed Khazin, yang
baru berusia sembilan bulan.
Wartawan MEGA, RAHANA MD bersama
jurugambar RASHID MAHFOF dan
NASIRUDDIN YAZID menjejaki mereka di
rumah masing-masing untuk berkongsi
pengalaman membesarkan anak-anak
kembar empat di samping merakam
aksi-aksi menarik untuk dikongsi
bersama.
AKTIF, lasak dan cukup keletah. Itu
mungkin gambaran tepat kepada empat
kembar ini ketika penulis berpeluang
mengunjungi rumah mereka di Shah
Alam, Selangor.
Suasana riuh rendah kembar empat ini
bermain, melompat dan berlari pasti
menjentik perhatian orang di
kelilingi mereka, apatah lagi
selepas melihat wajah mereka yang
seiris dengan sosok tubuh hampir
sama.
Apa yang pasti kembar empat ini
memang bertenaga dan sangat akrab
antara satu sama lain. Mereka juga
bijak dan peramah serta mampu
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris
dengan fasih.
Keempat-empatnya bersekolah tadika
di Tunas Raudah, Kompleks Taman Seni
Islam Selangor, Shah Alam, Selangor.
Penat bermain, mereka meminta ibu
menyediakan air, kemudian bermain
lagi dan bila diminta memberikan
aksi menarik di depan lensa kamera,
semuanya teruja.
Menceritakan kembali detik-detik
kehamilan kembar empat, Saidatul
Nazura atau mesra dengan panggilan
Zura memberitahu, beliau dan suami
memilih kaedah in-vitro
fertilization (IVF) selepas lapan
tahun tidak dikurniakan cahaya mata
secara normal.
"Selepas disahkan hamil, setiap dua
minggu pemeriksaan dijalankan dan di
peringkat awal, doktor memberitahu
saya hamil kembar dua, kemudian
diberitahu kembar tiga dan apabila
kandungan dua bulan, saya diberitahu
mengandung kembar empat.
"Sukar membayangkan perasaan ketika
itu kerana saya bakal menjadi ibu
kepada empat anak sekali gus,’’
ujarnya tersenyum
Kembar empat yang comel-comel ini
dilahirkan pada 9 Januari 2001
ketika usia kandungan Zura memasuki
32 minggu.
"Sejak kandungan 23 minggu lagi saya
sudah dimasukkan ke HUKM (Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia).
"Perut saya besar dan apabila
keempat-empatnya bergerak-gerak di
dalam perut, saya sudah tidak mampu
menahannya lagi,’’ katanya yang baru
berhenti kerja untuk menumpukan
perhatian kepada anak-anak di rumah.
Bersalin melalui pembedahan, Zura
tinggal di hospital selama sebulan
apabila salah seorang anak kembarnya
dimasukkan ke dalam inkubator kerana
tidak cukup berat.
"Berat Nazira, Nadira dan Nadzmi,
1.8 kilogram, tetapi Nazrin hanya
1.2 kilogram. Mujur juga kami
tinggal agak lama di hospital sebab
jika di rumah saya tentu menghadapi
kesukaran menguruskan bayi yang
masih kecil tanpa tunjuk ajar
jururawat,’’ ujarnya
Zura dan suami, pengurus di syarikat
swasta, mengaku di peringkat awal
kekok dengan kehadiran orang baru.
"Selama ini kami berdua saja tetapi
apabila mendapat empat anak sekali
gus dengan dua orang pembantu, kelam
kabut dan riuh rendah rumah
dibuatnya.
"Saya sendiri pun seperti tidak
percaya dengan perubahan yang kami
alami. Syukur kerana suami banyak
membantu.
"Mujur juga si kembar empat ini
sejak kecil sentiasa sihat dan kalau
sesekali dapat penyakit seperti
campak dan demam jarang serentak
atau berjangkit,’’ katanya.
Menceritakan tingkah laku anak-anak,
Nazura mengakui agak letih menjaga
keempat-empatnya yang sedang lasak
tetapi tetap bersyukur dengan
kurniaan-Nya.
"Walaupun dilahirkan berlainan uri
mereka amat akrab dan tidak suka
dipisah-pisahkan walaupun di tempat
tidur.
"Seronok melihat mereka tidur
berhimpit-himpit, tetapi baru-baru
ini saya pisahkan antara anak lelaki
dan perempuan. Mulanya mereka protes.
"Memang penat menjaga mereka tetapi
daripada hari ke hari, saya teruja
melihat perkembangan mereka
lebih-lebih lagi sekarang ini
apabila masing-masing sudah
bersekolah.”
Menceritakan gelagat setiap seorang
kembarnya, Zura memberitahu,
Sharifah Nadira atau panggilan
manjanya Sunshine dan Sharifah
Nazira atau Baby, gemar berenang dan
menguasai beberapa teknik selepas
mendapat tunjuk ajar jurulatih di
Kolam Renang Akuatik, Shah Alam.
Sementara Syed Nazrin atau Ayien
gemar menonton kartun di televisyen
dan Syed Nadzmi atau digelar Golfher,
aktif dalam sukan golf dan pernah
menyertai pertandingan.
"Walaupun dalam banyak perkara cita
rasa mereka sama, tetapi selera
makanan berbeza-besa. Sunshine dan
Baby sukakan makanan berat seperti
nasi, Ayien suka spageti dan Nadzmi
gemarkan makanan Barat seperti fish
& chip.
Kembar empat Syed Khairul dan
Mastura
KETIKA sampai di rumah mereka yang
terletak di Kampung Pasir Baru,
Kuala Lumpur, hari menjelang senja
namun si kembar empat mesra
menyambut di hadapan pintu.
Sungguh pun berada dalam walker,
masing-masing sibuk menghulur tangan.
Walaupun masih belum berjalan kerana
baru berusia sembilan bulan, mereka
cerdik dan cepat memberi tindak
balas apabila nama dipanggil.
Menurut pasangan yang bekerja di
Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syed
Khairul Anuar Syed Ahmad dan Mastura
Azman, mereka bersyukur dikurniakan
anak sulung kembar empat.
"Keempat-empatnya sudah pandai
merangkak, bahkan dua sudah boleh
duduk dan selebihnya sudah mula
bertatih,’’ ujar Khairul.
Kembar empat ini dilahirkan dengan
uri yang berbeza dan gemar tidur
lewat.
Menurut Mastura, memang penat dan
banyak perkara yang terpaksa
dikorbankan untuk menjaga anak-anak
yang masih kecil, namun melihat
mereka membesar dengan sihat, bangga
dikurniakan kembar empat.
Pembedahan
"Saya hamil secara normal dan
apabila doktor sahkan kembar empat,
saya tidak terkejut kerana saya dan
suami memang mempunyai susur galur
keluarga yang dilahirkan kembar.
"Nenek saudara saya kembar tiga,
sepupu pula kembar dua manakala adik
suami saya juga kembar dua,’’ ujar
Mastura.
Kembar empat yang sentiasa ceria dan
peramah ini dilahirkan pada 3
November 2006 di Pusat Perubatan
Pantai, Kuala Lumpur, seminggu lebih
awal daripada tarikh jangkaan
bersalin.
"Saya bersalin melalui pembedahan
dan Alhamdulillah keempat-empat bayi
yang dilahirkan sihat.
"Mereka dilahirkan dengan berat
lebih dua kilogram kecuali Syed
Khawarizmi yang dilahirkan seberat
hanya 1.8 kilogram sehingga terpaksa
dimasukkan ke dalam inkubator selama
seminggu,’’ ujarnya lagi.
Mengaku menjalani kehidupan serba
sederhana, Syed Khairul yang bekerja
sebagai polis bantuan manakala
Mastura kerani di TNB, pernah
dibelenggu kebimbangan untuk menyara
anak-anak.
Namun, sikap mereka yang tenang dan
reda dengan apa yang dikurniakan
sedikit sebanyak meredakan perasaan.
"Apabila kandungan isteri masuk
lapan bulan, keluarga mula bertanya
tentang persiapan sebab anak yang
bakal disambut empat orang sekali
gus.
"Saya tenang sahaja dan percaya
setiap daripada mereka telah
ditentukan rezeki masing-masing.
Mujur saudara mara termasuk ibu bapa
dan mentua banyak membantu dan
menghulur bantuan daripada soal wang
ringgit hingga tenaga serta
keperluan untuk bayi kami,’’ katanya.
Keluarga ini juga menerima sumbangan
susu tepung bayi daripada Dumex dan
Nestle serta lampin pakai buang
jenama Huggies.
"Walaupun sumbangan hanya untuk
jangka pendek, sekurang-kurangnya
ringan juga tanggungan kami. Saya
berharap masih ada pihak-pihak yang
sudi menghulurkan bantuan.
"Mujurlah kembar empat ini tidak
cerewet walaupun bertukar jenama
susu dan masing-masing pandai
menyesuaikan diri dengan keadaan,’’
ujar Mastura yang terpaksa mengambil
seorang pembantu rumah.

|
|
|
|
1. |
Dalam keadaan normal, satu kembar
akan berlaku daripada 80 kehamilan. |
|
|
|
|
2. |
Kejadian kandungan kembar sedikit
dipengaruhi oleh baka dan keturunan. |
|
|
|
|
3. |
Peluang mendapat anak kembar bagi
wanita yang sedang menjalani rawatan
kesuburan dan makan pil subur (clomiphene)
ialah antara 5-10 peratus |
|
|
|
|
4. |
Wanita yang menerima suntikan
hormon subur atau menjalani rawatan
bayi tabung uji, peluang dapat anak
kembar ialah 20-30 peratus. |
|
|
|
|
5. |
Kembar seiras terjadi apabila
persenyawaan satu sel telur berpecah
yang biasanya berlaku pada tempoh
masa satu hingga 14 hari selepas
penghamilan. |
|
|
|
|
6. |
Kembar seiras mempunyai genetik,
kromosom dan raut fizikal yang sama
tetapi bukan keseluruhannya
benar-benar sama. |
|
|
|
|
7. |
Kembar seiras mempunyai persamaan
dari segi jantina, jenis darah,
warna rambut dan mata, hidung,
telinga dan bentuk bibir. |
|
|
|
|
8. |
Kadar kelahiran kembar seiras
dianggarkan pada 4/1,000 setiap
kelahiran dan ia terjadi secara
kebetulan. |
|
|
|
|
9. |
Kembar seiras sering mengisi masa
bersama dan akrab di antara satu
sama lain. Walaupun mereka menyukai
orang lain, namun mereka tetap
memilih untuk bersama dengan
pasangan kembar mereka terutamanya
semasa kecil. |
|
|
|
|
10. |
Selepas usia 9 atau 10 tahun,
kembar seiras biasanya memilih untuk
membentuk identiti mereka yang
tersendiri. |
|
|
|
|