Archive for 'Si Kembar'

Nur Alia Farisha & Nur Dania Farisha

Kembar:
Nur Alia Farisha binti Izam Shaharim &
Nur Dania Farisha binti Izam Shaharim
Tarikh Lahir :
30 Januari 2008

Catatan Ringkas :

twins_farisha

Saya mengetahui kandungan kembar setelah kandungan sulung saya berusia 6 bulan, amat terkejut dan gembira yang amat sangat bila doktor memaklumkan kandungan ada dua di dalam rahim saya… Alhamdulillah sepanjang kehamilan tiada alahan teruk dan pada usia kandungan 2 minggu masih sempat lagi naik bot pergi ke Pulau Perhentian dan menyertai aktiviti-aktiviti di sana… Semasa mengandung, selera makan biasa-biasa sahaja cuma akan muntah sekiranya terlebih makan..Doktor memaklumkan DUE pada 22/2/2008, tp saya bersalin awal, di usia kandungan 8 bulan…Masih bekerja seperti biasa tanpa bercuti awal dan malam sebelum bersalin masih sempat iron baju untuk pergi kerja keesokan harinya.

30/1/2008 – Jam 2.30 pagi terjaga n buang air, tetapi confuse sbb terasa air still keluar tak henti, masuk bilik untuk sambung tido n semasa nak baring terasa mcm bunyi ‘pop’ rupanya air ketuban dah pecah…dlm kul 3 pagi terus ke hospital..

tepat jam 9.13 pagi lahirlah puteri kembar sulong – Nur Alia Farisha
tepat jam 9.17 pagi lahirlah puteri kembar kedua – Nur Dania Farisha

Masalah yang dihadapi selepas bersalin, uri still lekat n jam 11.30 pagi baru keluar dari labour room…sebelum lupa, saya bersalin secara normal..sekarang Alia & Dania sudah berusia 2 Tahun…

Sumbangan:
rosebiru, 16/02/2010

Nota:
Ayat asal tidak diedit

Si Kembar

http://www.edaransalindah.com/pix2010bp/bp_kisahkembar3.jpg

Untuk koleksi sehingga 30/11/2009, sila klik pautan di bawah:

http://www.edaransalindah.com/kembar-index.htm

Back to top
Wordpress Themes sponsored by windows vps hosting .