Selamat Datang & Jemput Masuk


edaransalindah @ facebook

Web rasmi perniagaan EDARAN SALINDAH ini menyajikan perkongsian maklumat berkaitan produk Salindah, Examo, Susu Bio-Lac & Makanan Bayi Growell serta koleksi testimoni produk, cerita berkaitan si kembar, fakta menarik, info berkaitan kehamilan dan kecerdasan minda.

Tempahan produk EDARAN SALINDAH boleh dibuat secara online melalui sistem piawai MYORDER atau secara offline (pembelian terus melalui wakil sah). Sila rujuk seksyen ORDER untuk pilihan kaedah pembelian offline.

Kami juga berkongsikan Tip & Makluman Semasa perniagaan Edaran Salindah di laman komuniti facebook. Sudi-sudikan untuk klik LIKE kami di www.facebook.com/edaransalindah :-)

Pertanyaan lanjut berkaitan produk, wakil atau sistem MYORDER boleh hubungi/sms En. Abdullah, 019-3400 826.

 

.
examo - pemakanan minda terbaik

Pemakanan Neurofilik merupakan kumpulan makanan yang memang diperlukan oleh otak untuk tenaga berfikir, pertumbuhan dan perkembangan minda, kesihatan dan pencegahan penyakit yang berkait dengan otak, fikiran dan perasaan._

examo-ckm500Examo adalah sejenis makanan yang memberikan nutrient untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental, takut, cemas, runsing, memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan, menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak. Examo sesuai untuk semua peringkat usia dari bayi hinggalah usia emas.

EXAMO-CKM500
No.PBKD: MAL20032551T

Mencerdaskan Akal
Menguatkan Ingatan
Menguatkan Daya Fikir
Menenangkan Fikiran
Merangsang Kerajinan
Menimbulkan Minat Belajar

_

EXAMO-CKM500 PLUS
No.PBKD: MAL07031098T

Berfungsi untuk mempercepatkan tindakbalas terhadap kesan dan khasiat EXAMO-CKM500 (Botol Biru). EXAMO-CKM500 Plus (Botol Hijau) tidak dijual secara berasingan; ia dijual dalam pek yang dinamakan sebagai EKONOPEK EXAMO (Botol Hijau + Botol Biru).

Info Lanjut:
Examo-CKM500 & Ekonopek Examo
Disebalik Examo
Testimoni Examo
Examo-Sesuai Untuk Semua Peringkat Usia
Foto Examo: Set 1 | Set 2
Tip Examo
Order Examo

_
_

salindah - set hamil & set bersalin terbaik

salindah-setbersalinKehamilan atau mengandung merupakan suatu pengalaman yang sangat kompleks bagi setiap wanita. Ada wanita yang merasa gembira apabila rnengetahui dirinya dan pasangan bakal dikurniakan cahaya mata, namun tidak kurang juga yang mula merasa resah gelisah. Ini mungkin disebabkan pengalaman yang lepas di mana wujudnya komplikasi kelika hamil atau melahirkan anak. Bagi mereka yang pertama kali pula. ia mungkin akan menjadi mimpi ngeri.

Atas alasan inilah, Salindah diformulakan. Perumusnya, Prof. Dr. Hj. Azizan Hj. Ismail (Allahyarham) melihat kepada keadaan isterinya yang sering berdepan dengan pelbagai masalah ketika mengandung dan melahirkan anak, mula mengkaji secara mendalam tentang proses kehamilan dan kelahiran dari semua aspek dan berusaha menghasilkan suatu rencana pemakanan bagi mengurangkan berlakunya komplikasi ketika hamil dan melahirkan anak.

Alhamdulillah. berkat usaha beliau, suatu rencana pemakanan yang bukan sahaja menjaga dan merawat si ibu. malah turut membantu perkembangan tian yang dikandung. Salindah tidak seperti produk produk lain yang hanya menjaga si ibu selepas melahirkan anak. kerana Salindah mula bertindak seawal kandungan berumur 12 minggu. InsyaAllah, si ibu akan merasa Iebih tenang dan gembira ketika melahirkan generasi yang intelektual ini.

Info Lanjut:
Salindah: Set Hamil  & Set Bersalin
Testimoni Salindah
Asal-Usul Nama Salindah
Dulu & Kini Salindah
Foto Salindah: Set 1 | Set 2
Tip Salindah
Order Salindah

_

biolac - susu ke dua terbaik untuk bayi

biolac - susu ke dua terbaik untuk bayi

SUSU BIO-LAC merupakan susu lembu yang dipastur mengandungi kombinasi khas Garamtisu Biokimia (BTS). Membantu pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi dan sahsiah kanak-kanak. Mencegah gangguan kesihatan, demam, selsema, batuk dan ruam. Membuanag toksik dalam badan dan membaiki penghadaman, pencernaan dan perkumuhan. Sesuai untuk bayi berumur 1 tahun & ke atas.

Susu pilihan bayi anda dengan BTS

_

_

growell-makanan bayi

GROWELL merupakan makanan bijirin beras dan melukut, ditambah garamtisu biokimia. Menolong penghadaman dan menambah selera, menjauhkan kembung perut, sembelit dan ragam tangis, menyenyakkan tidur, membantu membina darah, tulang, gigi, menguatkan otot dan sendi, menghindarkan penyakit kulit, membantu perkembangan akal yang cerdas. Amat baik untuk bayi dan kanak-kanak berumur 3 – 12 bulan.

Makanan pilihan bayi anda.

 

 

order salindah, examo, susu biolac, growell, set hamil, set bersalin

Supported Secured Online Payment:
visa card mastercard

In Compliance with:

Powered By:
nbepay

_

_

_

Hubungi kami melalui “WhatApps Messenger”

Koleksi Nota (Notes) seperti yang disiarkan di laman komuniti facebook Edaran Salindah: www.facebook.com/edaransalindah. Ini merupakan salinan rasmi (backup)kepada posting asal di laman facebook. Jujukan Nota tidak mengikut tarikh sebenar ia disiarkan di laman facebook.

_

Kini anda boleh menghubungi kami secara percuma melalui aplikasi “WhatApps Messenger” di telefon pintar anda untuk bertanyakan tentang produk atau tempahan serta menghantar salinan slip bayaran.

Servis “WhatApps Messenger” ini efektif mulai 13-Mei-2012.

salindahdalamedaran_whatsapps

_

 

Mai Order–Anda Order Kami Hantar!

Tulisan Oleh:
Abdullah bin Ismail
Pengurus Tempahan Online
EDARAN SALINDAH
Blog:    www.edaransalindah.com
Shop:   www.myorder.com.my
E-Mail:  admin @ edaransalindah.com
Mobile: 019-3400 826 | Faks: 03-6184 2545

Komuniti Sosial:
http://www.facebook.com/edaransalindah

_

Kekal Cerdas

“Saya mengamalkan EXAMO-CKM500 untuk kekal cerdas”, Zamzarina, Pengacara TV1

testimoni-examo-zamzarina

_

order salindah set hamil & set bersalin

 

 

Testimoni Pen Al-Quran Digital

myqalam-pen quran

Model Baru Terbaik 2012. Produk Berkualiti Buatan Malaysia.

 

  Alhamdulillah, mendengar bacaan Al-Quran dari Qari yang saya minati iaitu Syeikh Masyari Rasyid Al-Afaasi sambil duduk dengan meletakkan mushaf Al-Quran bersama Pen Digital di atas rehal sangat mudah kerana tidak perlukan PC. Bacaan beliau yang tidak terlalu laju & jelas setiap butir sebutannya amat sesuai dengan ‘lidah melayu’ saya. Ini membolehkan saya menyemak & mengulang bacaan dengan tajwid yang betul. Satu pelaburan yang berbaloi untuk membaiki bacaan saya sebelum masuk bulan Ramadhan tidak lama lagi.”
Encik Abdullah bin Ismail, Gombak, Selangor

_

Assalamualaikum…
Saya Azahar dari Durian Tunggal, Melaka. Saya beli Pen Al-Quran Digital secara dalam talian. Perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat Edaran Salindah amat baik serta boleh dipercayai. Penghantaran yang pantas.

Pen AlQuran Digital adalah sebagai hadiah kepada ibu saya. Sejak adanya Pen Al-Quran Digital telah memudahkan semakan bacaan oleh ibu saya. Panduan yang mudah difahami. serta ianya amat mudah digunakan.

Dengan kata lain “Pen Alquran Digital” adalah sangat berguna kepada semua umat islam seiring dengan perkembangan teknologi pada zaman kini.”
Encik Azahar,  Durian Tunggal, Melaka

 

_


Ada coretan yang ingin anda kongsikan berkenaan di sini berkaitan produk Pen Al-Quran Digital?
SMS atau E-maikannya kepada kami di sini.

Moga coretan anda menjadi motivasi & inspirasi kepada insan-insan lain di luar sana untuk menjadikan gajet ini sebagai alatbantu belajar membaca Al-Quran & seterusnya berguru dengan Ustaz / Ustazah bertauliah. Faktor umur bukan lagi alasan untuk berusaha mempelajari membaca Al-Quran.

myqalam-penquran-set

Klik untuk info lanjut produk & tempahan.

 

_

Masalah Kulit Hilang Sendiri

Sumber Artikel:
http://www.hmetro.com.my/articles/Masalahkulithilangsendiri/Article

RAMAI ibu bapa yang pernah berhadapan dengan masalah kulit bayi yang mengalami kemerahan dan kasar pada bahagian pipi, dagu. leher serta anggota tubuh yang lain. Ramai juga yang beranggapan ia disebabkan terkena susu ketika menyusu.

ruam-bayi

RESAH...ruam yang tumbuh bukan penyakit tetapi alahan.

Masalah ruam tetap akan berlaku sama ada bayi minum susu secara campuran iaitu susu ibu dan susu formula ataupun menyusu badan. Ini kerana berkemungkinan bayi terbabit mengalami alahan kepada susu formula yang diambil juga daripada pemakanan si ibu.

Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court, Dr Anthony James Mansul, berkata ruam susu ataupun ekzema kebiasaannya lebih banyak berlaku kepada bayi yang diberikan susu formula.

Keadaan ini disebabkan bayi terbabit mengalami alahan kepada susu berasaskan protein lembu yang diberikan, terutama bagi mereka yang berada pada peringkat usia yang masih muda.

Justeru, ibu bapa digalakkan menukar pemberian susu formula kepada susu soya bagi mengurangkan kesan alahan dialami.

“Ruam tidak akan berlaku dengan begitu saja kerana ia tetap memerlukan pencetus bagi memberikan lebih ‘kekuatan’ untuk ‘tumbuh’ dan biasanya masalah ini berpunca daripada faktor genetik ataupun secara semula jadi (iaitu bayi terbabit dilahirkan dengan potensi mengalami ekzema).

“Disebabkan itu, ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diambil dan diberikan kepada bayi selamat untuk dimakan terutama pada peringkat awal tumbesaran mereka,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Seperti yang diketahui katanya, susu ibu adalah sejenis makanan dan jika dibiarkan pada kulit terlalu lama, ia akan menyebabkan berlakunya tindak balas bakteria dan fungus akan mudah membiak pada bahagian yang tidak dibersihkan.

Oleh itu untuk mengatasinya, si ibu perlu membersihkan segera segala baki susu yang terdapat di pipi bayi dan dapatkan krim yang sesuai untuk merawat ruam jenis ini.

“Perkara paling penting yang perlu dilakukan ibu bapa adalah menjaga persekitaran bayi agar sentiasa bersih bukan saja daripada segi makanan kerana ketika ini, bayi masih lagi dalam proses untuk membina daya tahan diri semula jadi mereka.

“Penting untuk memastikan bayi sentiasa berada dalam keadaan bersih. Masalah ruam menyebabkan bayi dalam keadaan tidak selesa hingga mempengaruhi mood dan ia boleh menyebabkan tekanan kepada si ibu dan bayi,” katanya.

Tidak dinafikan katanya, masalah ruam susu yang berlaku dalam kalangan bayi ini juga dianggap sebagai alahan terhadap susu yang diambil tidak kira sama ada melalui susu ibu ataupun susu formula.

Jika keadaan ini yang berlaku, biasanya ibu dinasihatkan untuk menyusukan bayi sepenuhnya atau jika terpaksa mencampur susu, gunakan susu berasaskan soya.

“Memang ada bayi yang disusukan dengan susu ibu mengalami masalah ini namun bukan disebabkan terkena susu ibu, tetapi lebih kepada kemungkinan bayi itu mengalami alahan terhadap sesuatu bahan.

“Jika si ibu memakan makanan yang tidak sesuai dan bayi alah pada makanan itu, ia juga boleh menyebabkan berlakunya ruam susu,” katanya.

Namun menurutnya, ibu ataupun bapa tidak perlu risau dengan masalah ini kerana kebanyakan masalah berkaitan kulit bayi bersifat sementara dan ia akan hilang dengan sendirinya.

Malah, ruam yang tumbuh itu juga bukan dikategorikan sebagai sejenis penyakit, tetapi berpunca daripada alahan. Bagaimanapun, ia masih boleh berlanjutan sehingga bayi itu menjangkau usia dua tahun, tetapi kes sebegini jarang berlaku.

“Ibu bapa perlu sentiasa memastikan makanan yang diberikan kepada bayi tidak mengandungi bahan yang menyebabkan alahan kepada mereka kerana ia tidak boleh dikesan dengan begitu saja, tetapi membabitkan pemerhatian berkala yang efektif.

“Jika anak mula menampakkan kesan alahan kepada bahan makanan yang diberikan, hentikan dengan segera kerana ruam sebegini memerlukan masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk pulih terutama jika ia berapa pada peringkat yang agak teruk,” katanya.

Kebiasaannya ruam terbabit mula kelihatan sebelum umur bayi mencecah dua bulan dan kebiasaannya jelas kelihatan pada bahagian pipi.

Beliau berkata, bagi mengurangkan kesan ruam, ibu bapa boleh menggunakan sabun khas tanpa bahan pewangi dan tanpa sabun sebagai ejen pembersih.

“Walaupun tidak ‘menarik’ disebabkan tiada bau dan buih, ia jalan terbaik untuk mengurangkan ruam dialami anak mereka.

“Sementara itu, penggunaan pelembap juga perlu bagi memastikan kulit yang kering di kawasan ruam berkenaan tidak memberikan lebih kesan ketidakselesaan namun ia juga perlu daripada bahan tanpa pewangi,” katanya.

Di samping itu, ruam susu atau ekzema juga mempunyai hubung kait dengan penyakit asma dan apabila bayi menghadapi masalah itu, selalunya mereka juga akan mengalami batuk berkahak dan berhingus.

Katanya, keadaan ini berlaku disebabkan sistem pertahanan tubuh bayi terlalu tinggi sehingga menjadi amat sensitif kepada persekitaran terutama habuk walaupun dalam jumlah yang sedikit.

“Masalah ini berkaitan kerana ia adalah ‘penyakit’ yang dibawakan melalui kesan alahan yang menyebabkan daya tahan badan bayi berkenaan mengalami sedikit kekeliruan.

“Walaupun cara ia ‘dikeluarkan’ ataupun tumbuh berbeza tetapi tetap berada dalam kategori yang sama. Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang sebelum ini mengalami ekzema mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalaminya,” katanya.

_

Kartun Bukan Pengasuh

Sumber:
http://www.bharian.com.my/articles/Kartunbukanpengasuh/Article/print_html
20/09/2011

Masa menonton keterlaluan punca anak pasif

“DUA jam saja menonton kartun? Selebihnya apa nak buat?,” Mungkin ini yang sedang bermain dalam fikiran anda bila pakar pembangunan kanak-kanak menyarankan masa menonton untuk kanak-kanak bawah usia tujuh tahun, tidak boleh melebihi daripada dua jam sehari kerana masa menonton lama boleh mengganggu perkembangan psikologi mereka.

“Justeru, ketika menunggu anda pulang dari tempat kerja? Adakah ia perlu diisi dengan bermain atau tidur?,” Mungkin fikir anda lagi. Sememangnya dua perkara itu iaitu bermain dan tidur, jauh lebih baik berbanding menonton televisyen atau mengadap komputer seharian.

Pakar Perkembangan Pendidikan Kanak-kanak yang juga Penolong Profesor di Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata secara amnya rancangan kartun boleh disifatkan mempunyai kandungan kurang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak di bawah usia tujuh tahun.

Kebanyakan inti pati di dalamnya berkisar kepada perlakuan ganas, kata-kata kesat dan lawak ganas, menjadikan nilai murni yang mungkin cuba disampaikan, terlalu samar.

“Bukan saja SpongeBob, sebaliknya banyak lagi siaran kartun yang sebegitu. Kartun Tom & Jerry umpamanya, ia jelas memaparkan perlakuan kasar dan mengerikan, bagaimana cubaan demi cubaan membunuh atau menganiaya si kucing ke atas tikus. Kanak-kanak pada usia sedemikian tidak dapat membezakan antara realiti dan fantasi menjadikan ia menyerap saja apa yang diterima itu. Segelintir kanak-kanak bertindak ganas kerana mereka tidak fikir implikasi sebenar menerusi apa yang ditonton itu.

“Apa yang merisaukan kita apabila keganasan itu dilihat sebagai normal dan tidak menjadi kesalahan sekiranya dia atau di antara rakan sebaya yang lain melakukan aksi atau perbuatan kasar dan ganas. Lebih baik masa yang ada diisi dengan bermain kerana ia dapat memantapkan lagi perkembangan sosio-emosi, intelek dan fizikal anak-anak,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kajian rawak ke atas 60 kanak-kanak, mendapati dengan hanya masa tontonan selama sembilan minit program ‘SpongeBob’ terbitan Nickelodeon boleh menyebabkan masalah perhatian jangka pendek dan berhadapan masalah pembelajaran pada kanak-kanak berusia empat tahun.

Berita Australia, AAP dipetik sebagai berkata, masalah itu diperhatikan dalam kajian rawak ke atas 60 kanak-kanak yang ditugaskan menonton sama ada SpongeBob, kartun Caillou atau melukis. Selepas tempoh sembilan minit, kanak-kanak itu seterusnya mengambil ujian fungsi mental. Ujian ke atas kanak-kanak yang menonton SpongeBob didapati lebih buruk daripada yang lain.

Pakar Perkembangan Kanak-kanak, Hospital Kanak-kanak Seattle, Dr Dimitri Christakis, berkata hasil penelitian itu, bagaimanapun perlu ditafsirkan secara berhati-hati kerana ia dilakukan dalam skala kecil.

Bagaimanapun hasil kajian itu menguatkan bahawa pendedahan kepada siaran kartun boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak.

Christakis menjelaskan, orang dewasa perlu memahami siaran di televisyen mempunyai aksi pantas dan tidak layak untuk kanak-kanak berusia muda kerana apa yang ditonton anak adalah bukan kerana aksi saja, sebaliknya bagaimana penerimaan mereka,” katanya.

Jurucakap Nickelodeon, David Bittler, bagaimanapun menyanggah kajian berkenaan dengan mengatakan SpongeBob SquarePants disasarkan kepada anak berusia enam tahun hingga 11 tahun dan bukan yang berusia empat tahun.

Begitupun kata Dr Mastura menjadi masalah atau kebergantungan kepada televisyen berlaku di sebabkan orang dewasa termasuk pengasuh ingin kerja mudah, dan tidak mahu melayan kanak-kanak. Apatah lagi hari ini terlalu banyak rancangan kartun boleh dipilih untuk tontonan.

“Zaman dulu, ibu bapa selalu suruh anak bermain luar rumah, tetapi dengan cara hidup kini termasuk jenis rumah dan aspek keselamatan, anak akan disuruh menonton televisyen kerana tidak mahu dapur menjadi kotor atau tidak mahu melayan pertanyaan mereka. Sebetulnya pemerhatian anak terhadap perbuatan ibunya ketika memasak atau tangannya yang ingin membantu itu memberi kesan besar kepada perkembangan mental dan fizikalnya,” katanya.

Dr Mastura bagaimanapun tidak menafikan kartun boleh memberikan impak positif dalam diri anak kecil seperti ‘Teletubbies’ tetapi kartun sedemikian tidak banyak yang boleh dihasilkan apatah lagi sekiranya penerbitan memikirkan keuntungan semata-mata.

‘Teletubbies’ buah tangan Anne Wood dan Andrew Davenport. Dikatakan mereka berdua melakukan kajian selama dua tahun berhubung perkembangan kanak-kanak sebelum berani tampil bersama cerita kanak-kanak sedemikian.

‘Teletubbies’ memaparkan watak Dipsy, LaaLaa, Po dan Tinky-Winky. Percakapan watak menggunakan komunikasi bayi, sengaja diadakan sedemikian bagi disesuaikan dengan kanak-kanak kecil. Perbuatan murni termasuk aspek kebersihan, kerjasama, pemupukan kasih sayang dan tolong-menolong menjadikan ia antara rancangan sesuai kanak-kanak kecil terutama yang berusia di bawah tiga tahun.

Walaupun ada yang baik, tetapi sifat televisyen itu sendiri sebagai satu medium komunikasi sehala atau ‘pasif play’, hanya menggunakan deria mata dan telinga, tanpa sentuhan kejelekitan antara manusia menyebabkan kanak-kanak perlu dihadkan sama ada menonton kartun atau cerita kanak-kanak lain.

Kita tidak boleh menjadikan televisyen sebagai pengasuh anak. Orang dewasa perlu pantau khususnya sekiranya ada aksi kurang sesuai. Kanak-kanak bagaikan span yang akan menangkap atau menyimpan apa saja yang ditonton dalam fikiran. Apa yang merisaukan kita apabila nilai yang tidak baik itu mempengaruhi pemikiran seterusnya tindakannya dalam pergaulan,” katanya yang turut menjelaskan kurang stimulasi boleh menyebabkan mereka bosan dan kebosanan itu boleh membawa kepada tabiat menghisap jari, atau menggigit kuku yang bermula semasa menonton televisyen.

“Ibu bapa tidak seharusnya bergantung kepada televisyen, kanak-kanak seharus dirangsang perkembangannya dengan bermain atau belajar melalui bermain. Ilmu keibubapaan itu seharusnya dicari kerana ia tidak akan datang sendiri atau berdasarkan cara didikan turun temurun,” katanya.

_

Elak Nama Anak Surah Al-Quran

Sumber Info:
http://www.hmetro.com.my/articles/Elaknamaanaksurahal-Quran/Article

SAYA ingin menamakan anak saya mengikut nama dalam surah al-Quran contohnya seperti An-Nur, An-Nisa’ dan An-Najmi. Adakah ia sama seperti menamakan anak dengan 99 Nama Allah seperti Karim dan Latif?

Apakah hukumnya berbuat demikian kerana saya ada membaca yang nama itu mempunyai maksud yang baik.

JAWAPAN
ANAK adalah kurniaan Allah kepada setiap pasangan yang menjadi penyambung zuriat mereka di dunia ini. Islam menyuruh ibu bapa menamakan anak dengan nama yang baik.

Nama yang dipilih turut mempengaruhi peribadi anak. Antara nama yang baik ialah nama nabi dan rasul dan orang salih. Begitu juga dengan nama Allah dengan ditambah pada pangkalnya ‘Abd bermaksud ‘hamba’ seperti Abdullah (Hamba Allah).

Memilih nama daripada surah tertentu di dalam al-Quran diharuskan seperti nama nabi termasuk Yunus, Yusuf, Ibrahim dan Luqman manakala bagi perempuan seperti nama Maryam.

Bagaimanapun, penggunaan ‘al-’ pada permulaan nama seperti ‘al-Nur’ atau ‘al-Rahman’ seperti nama surah dalam al-Quran wajar dielak kerana ia adalah nama khusus dan ada juga terkandung nama Allah.

Nama seperti al-Nisa’ boleh digunakan seperti Khairunnisa’ atau Nisa’.

_

Al-Quran Penawar Jiwa

Petikan Blog Asal:
http://tigosotigo.blogspot.com/2009/06/al-quran-penawar-jiwa.html

 

Di antara amalan yang dituntut Islam dan sesuai dilakukan pada setiap masa ialah membaca Al-Quran. Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir bagi umat Islam yang diturunkan oleh Allah SWT melalui perantaraan Jibril AS kepada Rasulullah SAW. Kandungannya merangkumi segala dasar syariat yang terkandung dalam kitab suci yang diturunkan sebelumnya iaitu Zabur (Nabi Daud AS), Taurat (Nabi Musa AS) dan Injil (Nabi Isa AS). Mereka yang meyakini keagungan Al-Quran akan berusaha membaca, mempelajari, memahaminya, mengamalkannya, serta mengajarkannya kepada orang lain.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menyatakan bahawa semulia-mulia ibadat ialah membaca Al-Quran dan mengajarkannya. Membaca Al-Quran adalah amalan mulia dimana pembacanya mendapat pahala bagi setiap huruf yang dibaca. Al-Quran adalah sebaik-baik bacaan bagi mereka yang beriman, sama ada ketika senang atau susah. Selain ibadat yang diberi ganjaran berlipat ganda, Al-Quran menjadi ubat atau penawar bagi mereka yang gelisah jiwanya.

Seorang lelaki berjumpa Ibnu Mas’ud r.a. meminta nasihat untuk dijadikan ubat jiwanya yang sedang resah gelisah, fikiran kusut, tiada selera makan dan tidak boleh tidur seperti biasa. Ibnu Mas’ud r.a. menyatakan bahawa untuk mengubatinya, sahabat tadi hendaklah mengunjungi tiga tempat iaitu tempat orang membaca Al-Quran, yakni mendengar baik-baik orang yang membaca Al-Quran. Pergi ke majlis ilmu yang mengingatkan hati kepada Allah SWT, memohon ketenangan jiwa dan ketenteraman fikiran juga kemurnian hati. Andainya jiwa masih juga tidak terubat dengan cara ini, beliau menyarankan agar lelaki tersebut meminta kepada Allah agar diberi hati yang lain, kerana hati yang dimiliki bukan hatinya. Sahabat itu lalu mengamalkan apa yang disuruh oleh Ibnu Mas’ud r.a.

Lelaki tersebut lalu pergi mengambil wuduk kemudian membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk. Selepas sempurna membaca Al-Quran, jiwanya dirasai begitu tenang dan tenteram, manakala kegelisahannya hilang sama sekali.

Membaca Al-Quran, sama ada memahami ertinya atau tidak adalah ibadat, amalan soleh dan memberi rahmat serta manfaat bagi mereka yang melakukannya. Al-Quran memberi cahaya dalam hati, memberi cahaya kepada keluarga juga tempat di mana ianya dibaca.

Sebuah hadis riwayat oleh Baihaqi daripada Anas r.a dinyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya: “Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumah tangga kamu dengan sembahyang dan dengan membaca Al-Quran.”

Bacalah Al-Quran…

Wallahua’lam.

_

Pen Quran MyQalam: Alatbantu Belajar & Mengajar

_

 

Proses Kehamilan Dan Tanda Hamil

Kehamilan merupakan satu proses yang dinanti-nanti oleh pasangan yang berkahwin. Seperti yang kita ketahui, kehamilan akan berlaku selepas persenyawaan terjadi di dalam rahim, iaitu percantuman sel-sel benih lelaki dengan telur (ovum) melalui koitus atau persetubuhan.

Tanda-tanda permulaan hamil boleh dikesan dari pusingan haid yang tergendala pada waktu yang tertentu. Kehamilan juga boleh dipastikan apabila haid tidak terjadi pada tarikh tersebut. Ramai wanita akan mengalami pembengkakan buah dada dan ketidakselesaan bila menjelang kedatangan haid. Tetapi jika kehamilan berlaku, tanda-tanda ini akan lebih dirasai dan buah dada akan membesar, berdenyut serta puting buah dada akan menonjol.

Tanda-tanda ini berbeza tetapi buah dada akan bertambah besar dan puting menjadi besar serta hitam sebaik sahaja kandungan kian membesar. Kawasan disekeliling puting buah dada yang dipangil “areola” akan menjadi hitam sedikit dan membengkak. Di dalam bahagian ini terdapat saluran-saluran kecil yang terbuka ke arah “saluran susu” (milk duct) dan kelenjar-kelenjar halus. Ketika hamil saluran susu dan kelenjar halus akan membesar untuk membentuk follicle-follicle yang dinamakan “Montgomery’s Follicles”. Ia tidak dapat dikesan sehingga kehamilan berusia 8 minggu.

Perubahan-perubahan pada buah dada disebabkan oleh hormon seks wanita iaitu oestrogen dan progesterone yang dihasilkan oleh uri atau tembuni (placenta). Hormon-hormon ini menyebabkan pertumbuhan saluran-saluran dan pundi-pundi susu di dalam buah dada. Dan ia akan membawa kepada pengumpulan lemak di sekeliling susu yang bertindak mengawalnya.

Denyutan akan dirasai dari semasa ke semasa disebabkab oleh peningkatan aliran darah menerusi pembuluh-pembuluh darah yang dibekalkan kepada buah dada.

Hampir keseluruhan wanita-wanita mengandung akan mengalami loya dan muntah-muntah. Biasanya keadaan ini akan terjadi pada waktu pagi. Punca-punca terjadinya loya, mual dan muntah ini tidak dapat dikesan. Tetapi pakar doktor berpendapat, keadaan ini disebabkan pertumbuhan hormon-hormon seks yang dihasilkan ketika proses kehamilan. Keadaan ini akan menjadi normal semula setelah kandungan berusia 12 minggu.

Ketika kandungan berusia lebih kurang 18 – 20 minggu, gerakan pertama bayi akan dirasai. Gerakan “foetus” menjadi lebih kuat dan kerap bila usia kandungan meningkat. Seseorang ibu akan dapat meneliti jangka waktu pergerakan dan jangka waktu rehat bayi yang dikandungnya. Ketika bayi tidak bergerak, kemungkinan bayi di dalam kandungan tidur. Jika jangka waktu aktif dan jangka waktu rehat yang dikandung selaras dengan jangka waktu ibunya, ini merupakan satu keadaan yang baik. Tetapi terdapat bayi yang dikandung mempunyai pergerakan yang aktif diwaktu malam. Ini mungkin mendatangkan ketidakselesaan pada ibunya. Jika pergerakan bayi terlalu aktif, benjol atau bengkak akan timbul pada rahim. Bengkak atau benjol ini akan hilang dengan sendirinya. Ini akan dapat dirasai oleh ibu yang mengandungkan bayi itu. Bengkak dan bonjol adalah disebabkan oleh pergerakan anggota bayi yang merengang otot rahim. Ada juga bayi-bayi yang kurang aktif dan ada ibu-ibu yang tidak dapat merasai pergerakan bayi mereka. Ini tidak bermakna bayi yang dikandungnya tidak bernyawa.

Kekerapan membuang air kecil merupakan satu tanda kehamilan pada peringkat awal dan pada akhir kehamilan. Pada bulan terakhir kehamilan, kekerapan membuang air kencing adalah disebabkan oleh tekanan kepala bayi ke atas pundi kencing, terutamanya pada waktu malam.

 

 Salindah, Set Hamil  & Set Bersalin

salindah set hamil & set bersalin

Aku & BB

Koleksi Testimoni Salindah ini dipetik dari Blog Peribadi Pengguna. Salinan copy & paste ini adalah dengan kebenaran dari pemilik blog tersebut.
Ayat asal tidak diedit.


Aku & BB
Alamat Blog: http://www.chantiqs.com
Tarikh Posting Asal: January 29th, 2010

salindah-pnhana-01today mama dah 24weeks..so kena ler mkn b2..actually nie adela supplemen yg gud for me n our bb..yerla pregnant nie byk vitamin yg diperlukan..maklumler share dgn bb everything..nie explanation skit for b2..

Salindah B2
Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, di samping menambah darah serta selera makan. B2 juga dapat menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis.

sile abaikan environment blkg yer..nie ler b2 itu..actually for me salindah nie ok sgt2..dr mula aku amik xdela byk prob sgt..mabuk trok2 xderlah..mls skit tu adela..alhamdulillah sampai 6 bulan nie rasa ok ler kan..

salindah-pnhana-02huhu..sesi gedik bersama bb..nie kalu papa tau..abis kite bb..hehehe..

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_d

 order salindah set hamil & set bersalin