Berkenaan

BERKENAAN PERNIAGAAN EDARAN SALINDAH
Who Manage Edaran Salindah
En Abdullah bin Ismail (Pengasas, Perniagaan Edaran Salindah) memiliki Ijazah Sains Komputer dari Universiti tempatan yang kini berstatus Outlet bermula sebagai pengguna setia beberapa produk keluaran syarikat Era Edar Marketing Sdn Bhd terutamanya Examo & Salindah.
Keyakinan beliau terhadap kebaikan produk Salindah & Examo seterusnya telah membawa beliau untuk berkongsi maklumat di blog internet & menawarkan servis tempahan secara online.
Berbekalkan sedikit pengalaman dalamĀ bidang Teknologi Maklumat & Pemasaran Insurans Takaful, beliau bertekad membuatĀ jualan secara serius melalui laman web khas yang dinamakan sebagai EDARANSALINDAH.COM pada 2006.
“Doa, Usaha, Istiqamah & Tawakkal”
_
_

![]()
BERKENAAN WEB EDARAN SALINDAH
About Edaran Salindah Official Website
Kedai Online EDARAN SALINDAH telah beroperasi dan mendapat kepercayaan di alam siber sejak 2006 untuk mendapatkan produk istimewa formulasi Allahyarham Prof. Dr. Azizan bin Hj Ismail (DR. AZIZAN). Antara produk popular DR AZIZAN yang mendapat sambutan lebih 30 tahun termasuklah SALINDAH & EXAMO: Tiada Yang Serupa Dengannya!
Laman rasmi EDARAN SALINDAH di www.EdaranSalindah.com menawarkan perkhidmatan tempahan produk SALINDAH, EXAMO serta rangkaian produk lain secara online dengan pilihan bayaran sama ada melalaui akaun simpanan MAYBANK, CIMB dan BANK ISLAM serta perkhidmatan kad Debit/Kredit VISA & MASTERCARD.
Penghantaran order dibuat melalui khidmat kurier terpilih ke seluruh Malaysia pada harga piawai: satu harga untuk seluruh Malaysia.
“Informatif & Interaktif”
_
_

![]()
BERKENAAN SISTEM MYORDER
About MyOrder Online Ordering System
Bersyukur kerana setelah hampir setahun bermula 2009, usaha pihak kami untuk menggantikan sistem order online OrderSaja yang menggunakan konsep Borang Order (Order Form) kepada sistem baru MYORDER menggunakan konsep Shopping Cart berjaya direalisasikan.Sistem MYORDER secara rasmi menggantikan OrderSaja pada RABU, 07.07.2010.
Ini merupakan komitmen terbesar kami sepanjang beroperasi sejak 2006. Walau bagaimanapun, sistem MYORDER bukanlah penanda aras kepada kesempurnaan servis EDARAN SALINDAH tetapi permulaan kepada keazaman kami untuk memperbaiki kelemahan dari masa ke masa sebagai sebuah kedai online.
Mungkin ada antara Tuan/Puan/Sdr/Sdri yang masih baru atau masih was-was dengan transaksi pembelian secara online di internet. Sebenarnya kesangsian tersebut timbul mungkin kerana anda tidak faham langkah-langkah yang betul membuat order secara online. Oleh yang demikian, kami telah menyediakan Panduan Membuat Order yang boleh anda rujuk & muat turun (download).
Diharapkan panduan ini dapat membantu anda memahami langkah-langkah yang betul membuat order produk-produk EDARAN SALINDAH seterusnya mengubah persepsi anda bahawa membuat order online bukanlah terlalu sukar & kompleks.
Sistem pesanan online MYORDER boleh dicapai melalui alamah http://www.EdaranSalindah.com/myorder atau http://www.myorder.com.my untuk membuat tempahan produk Examo & Salindah.
“Mai Order: Anda Order Kami Hantar“
_









