Archive for the ‘Kisah Wanita Bersalin’ Category

Wang bersalin dalam air

Wang bersalin dalam air COMEL: Wang mencium bayinya yang selamat dilahirkan menggunakan kaedah bersalin dalam air di Hospital Island. Ibu Malaysia pertama guna kaedah baru diperkenal elak kesakitan GEORGETOWN: Seorang wanita selamat melahirkan anak lelaki dalam air, kaedah yang baru diperkenalkan di Malaysia di sebuah hospital swasta di sini, kelmarin. Wang Chiew Kian, 40, yang [...]

Bila lelaki ‘bersalin’

Bila lelaki ‘bersalin’ SESUATU yang paling menggembirakan pasangan suami isteri khususnya suami apabila diberitahu mereka bakal menimang cahaya mata. Seronoknya bukan kepalang, bagaikan tidak sabar-sabar mendengar tangisan dan rengekan si comel. Menceriakan isteri andai si suami terus bersamanya dari awal mengandung hinggalah saat kelahiran dan bersedia untuk melakukan apa saja bila tiba saat kelahiran itu. [...]

Bapa terpaksa jadi bidan

Harian Metro, 02/02/2010 LONDON: Seorang lelaki terpaksa menyambut kelahiran anaknya sendiri di wad bersalin apabila tiada bidan berada di samping isterinya ketika itu. Thomas Howard, 33, didakwa berulang kali menekan loceng kecemasan untuk mendapatkan bantuan daripada kakitangan Hospital Royal Blackburn, Lancashire. Apabila tiada bidan yang muncul di wad bersalin itu, Howard terpaksa menyambut sendiri anaknya. [...]

Selamat bersalin selepas kemalangan

Harian Metro, 29/01/2010   REMBAU: Seorang wanita mengandung tujuh bulan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 231.7 Lebuhraya Utara Selatan (Plus), semalam selamat melahirkan bayi perempuan beberapa jam selepas kejadian. Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, wanita berusia 20-an terbabit cedera ringan di dagu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Mangsa bagaimanapun dinasihatkan menjalani [...]

Mangsa bersalin dalam kenderaan bomba

KOTA BHARU 17 Dis. – Seorang wanita melahirkan bayi lelaki seberat 2.5 kilogram dalam kenderaan bomba kerana tidak sempat sampai ke klinik akibat banjir. Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, Norizan Yusoff, 32, dari Kampung Padang Mandul dekat sini yang mengadu sakit hendak bersalin dibawa dengan bot dari rumahnya ekoran kampung itu ditenggelami banjir [...]

Ibu terkejut anak bersalin dalam teksi

Ketika menjenguk seorang saudara di salah sebuah hospital di selatan tanah air baru-baru ini, saya menyaksikan satu adegan menyayat hati membabitkan seorang gadis dan ibu bapanya. Begini kisahnya, ketika menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), L bekerja di sebuah restoran berhampiran tempat tinggalnya. Tujuan L untuk mengumpul wang buat belanja ke Pusat pengajian tinggi [...]

Penumpang bersalin dalam bas ekspres ke Alor Star

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Seorang wanita bersalin di dalam bas ekspres ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Alor Star, dekat Plaza Tol Jalan Duta di Kilometer 27.9, Lebuh Raya Utara-Selatan, malam tadi. Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 11.30 malam sewaktu wanita berkenaan, Hamidah Abdul Hamid, 46, yang berhajat bersalin di kampungnya [...]

Wanita bersalin dalam kereta akibat kesesakan

Wanita bersalin dalam kereta akibat kesesakan KALSUM Mat Sharif menyambut bayi yang dilahirkan di dalam kereta oleh Radiah Alias di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 16 Dis. – Seorang wanita terpaksa bersalin di dalam kereta ekoran terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), petang ini. Kejadian itu [...]