Ahli PUIM (Trusted Seller)

.
Latarbelakang PUIM:
Sumber http://puim.my/

logo-puimPersatuan Usahawan Internet Malaysia atau PUIM dan juga dikenali sebagai Malaysia Internet Entrepreneur Association (MIEA) merupakan badan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan dijalankan bawah Akta Pertubuhan 1965 pada 15 Oktober 2011 yang didaftarkan dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan bernombor pendaftaran 4405-11-WKL.

Objektif penubuhan adalah untuk membina, membentuk, dan menjalankan aktiviti yang boleh mengembangkan perniagaan offline ke online, serta menggalakkan perkembangan perniagaan online kepada masyarakat Malaysia khususnya.

Objektif untuk jangkamasa panjang ialah mendukung perniagaan yang dikenalpasti untuk lebih maju dan berdaya saing.Jadi boleh disimpulkan iaitu PUIM juga melakukan kempen kesedaran teknologi dan panduan yang betul supaya tidak menyalahgunakan teknologi ini.

Selama beberapa tahun lepas, banyak kekeliruan timbul mengenai perniagaan Internet. Terdapat pelaburan haram, program skim cepat kaya, penyalahgunaan fakta, manipulasi gambar dan sebagainya mendorong PUIM untuk turut serta memberi pendidikan sebenar bagaimana perniagaan Internet dilakukan.

.

Rujukan Media:

berita_Persatuan Usahawan Internet Malaysia

.

Lookout for PUIM logo to avoid Internet scams
Source: http://www.nst.com.my/latest/lookout-for-puim-logo-to-avoid-internet-scams-1.156746
Date: 14 October 2012

PUTRAJAYA: Consumers wishing to shop online are advised to make purchases via websites that carry the logo of Internet Entrepreneurs Association of Malaysia (PUIM) to avoid scams or losses.

PUIM president Mohd Azrul Mohd Nor said the serial number and PUIM logo are proof that the internet entrepreneurs are recognised by the association where consumer rights are protected.

“Currently, 130 companies or businesses that conduct sale online have the PUIM logo. Customers faced with scams or service problems can contact PUIM so that we can contact the entrepreneurs,” he told reporters after a meeting with internet entrepreneurs here today.

Azrul said successful social sites like Facebook created many new businesses and entrepreneurs, as well as help bring their businesses to another level.

“Marketing via Facebook can be adapted to the needs of traders, regardless whether it is full-time or part-time business. Some started small but have grown big that they can afford teir own shops,” he added.

Most of the small businesses via the internet target female customers by selling beauty products and cosmetics accessories, scarves and clothing. — BERNAMA

.

Pengguna online perlu pastikan logo PUIM elak penipuan
Sumber:  http://www.sinarharian.com.my/nasional/pengguna-online-perlu-pastikan-logo-puim-elak-penipuan-1.94561
Tarikh: 14 Oktober 2012

PUTRAJAYA – Pengguna yang ingin membeli-belah secara online dinasihatkan supaya melakukan pembelian melalui laman web yang mempunyai logo Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) bagi mengelak sebarang penipuan atau kerugian.

Presiden PUIM, Mohd. Azrul Mohd. Nor berkata nombor siri dan logo PUIM merupakan bukti bahawa status seseorang usahawan Internet telah disahkan oleh pihak persatuan dimana hak pengguna dapat dilindungi.

“Buat masa ini sejumlah 130 syarikat atau perusahaan yang melakukan jualan di internet telah mendapat logo PUIM.

“Sekiranya pelanggan berdepan dengan penipuan atau sebarang masalah perkhidmatan, mereka boleh menyemak melalui PUIM dan kita akan dapat menghubungi usahawan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan Usahawan Internet, di sini hari ini.

Sementera itu, beliau berkata laman sosial seperti facebook berjaya melahirkan ramai peniaga dan usahawan baru, selain membantu mengembangkan perniagaan mereka.

Menurutnya, kebanyakan peniaga kecil-kecilan yang berniaga melalui Internet menyasar kepada pelanggan wanita dengan menjual produk kecantikan dan kosmetik, tudung dan pakaian wanita. – Bernama

 .

Both comments and pings are currently closed.