Fakta Berkenaan Kehamilan

Kad-Kahwin-KW-01-B

* Kredit Foto: http://kadkahwincenderahati.blogspot.com

.

Kehamilan bukanlah sesuatu yang luar biasa dan apabila ia berlaku, tubuh akan mula berubah untuk menyesuaikan diri terhadapnya.

Semasa kehamilan, hormon seks wanita akan bertindak bersama untuk membolehkan semua perubahan ini berlaku. Berikut merupakan perubahan yang akan dialami oleh tubuh anda apabila hamil:

.

  • Uterus semakin mengembang apabila bayi membesar dan ini menyebabkan wanita mengandung mempunyai perut yang membulat besar.
  • Bahagian bawah uterus yang dipanggil serviks semakin lembut.
  • Vagina akan berubah warna dari merah jambu ke kebiru-biruan.
  • Payu dara akan mula membengkak dan membesar kerana ia mula menghasilkan susu!
  • Buah pinggang yang menghasilkan air kencing juga membesar. Wanita hamil kencing dengan lebih kerap dan mudah mendapat jangkitan salur air kencing.
  • Berat badan akan bertambah sepanjang kehamilan.

.

pregnancy-test

Nak semak tarikh bersalin? Klik di sini

.

S: Bilakah kehamilan mula berlaku?

J: Semasa persetubuhan atau perhubungan seks, sperma dari lelaki akan dipancutkan ke dalam saluran vagina. Kehamilan berlaku apabila seorang wanita itu subur ketika bersetubuh. Ini bermakna yang dia telah mengovum atau membebaskan telur dari ovari pada masa tersebut. Sel telur ini melalui tiub fallopio sambil menunggu persenyawaan berlaku. Persenyawaan berlaku apabila bahagian tengah sperma dan telur yang dipanggil nukleus bersatu. Penyatuan sperma dan telur ini menandakan fasa awal kehamilan. Bunyinya macam lebih mudah jika dibandingkan dengan apa yang sebenarnya berlaku, bukan? Bahan kimia yang dibebaskan dari otak dan organ seks juga membantu kehamilan berlaku.

S: Apakah tanda-tanda yang menunjukkan seorang wanita itu sedang mengovum?

J: Sebenarnya, bukannya mudah untuk mengetahuinya. Sesetengah wanita mungkin merasa kesakitan seperti kejang otot. Anda juga mungkin mendapati lelehan anda lebih pekat dan berkrim ketika waktu ini. Lelehan itu juga mungkin boleh diregangkan. Cubalah uji dengan memegang mukus itu antara dua jari. Sekiranya anda tidak bersedia untuk hamil, anda hendaklah lebih berhati-hati semasa tempoh ini. Pastikan kawasan vagina kering dan bersih untuk mengelakkan jangkitan. Gunakan panty liner untuk kekal segar dan bersih.

S: Bilakah wanita itu tidak subur?

J: Anda menjadi tidak subur apabila anda tidak mengovum. Ini bermakna ovari anda belum lagi membebaskan sebarang telur ke dalam tubuh anda. Inilah masanya yang menunjukkan pengakhiran kitaran haid anda. Ini biasanya merupakan “tempoh kering” di mana tidak banyak lelehan yang akan keluar.

S: Bagaimana nak tahu yang seseorang itu dah hamil?

J: Apabila haid anda lewat dalam masa seminggu atau dua minggu dan anda pula aktif secara seksual, ia mungkin menunjukkan yang anda dah hamil. Anda juga mungkin mula muntah pada waktu pagi atau lebih sensitif. Anda boleh membeli kit kehamilan dari farmasi untuk mengujinya. Ujian yang positif selalunya menunjukkan yang anda hamil. Bila ini berlaku dan anda tidak bersedia, jangan panik! Dapatkan nasihat daripada orang dewasa yang lebih matang dan bertanggungjawab untuk membantu anda melaluinya. Atau, dapatkan bantuan daripada doktor anda. Anda memang memerlukan nasihat dan panduan semasa waktu ini.

Nak semak tarikh bersalin? Klik di sini

Both comments and pings are currently closed.